Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat.
10 marks- (a)
Nyatakan undang-undang yang diperkenalkan semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. (i) (ii)
[2] - (b)
Jelaskan kandungan undang-undang di (a).
[4] - (c)
Apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat sesebuah negara tidak mematuhi undang-undang?
[4]
Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
10 marks- (a)
Apakah faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
[3] - (b)
Jelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[3] - (c)
Bagaimanakah keadaan Tanah Melayu sekiranya Persekutuan Tanah Melayu 1948 tidak dilaksanakan?
[4]
Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang memberi hak kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya serta memiliki kebebasan asasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
10 marks- (a)
Senaraikan dua kebebasan asasi berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. (i) (ii)
[2] - (b)
Terangkan gabungan unsur tradisional dan moden dalam pentadbiran negara kita.
[4] - (c)
Petikan di bawah berkaitan dengan hak asasi manusia. Setiap warganegara Malaysia mempunyai kebebasan mengikut peruntukan undang-undang. Mereka mempunyai hak berhubung soal sivik dan politik. Dalam kebebasan pendidikan rakyat bebas belajar setinggi mana pun. Dalam kebebasan sosial pula, setiap rakyat bebas bergaul atau menjalankan apa jua kegiatan yang sihat. Begitu juga, dalam kebebasan kebudayaan, rakyat boleh mengamalkan cara hidup dan budaya mereka. (Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/03/137097/kebebasan-hak-asasi-manusia-perlu-ada-batasan. Dipetik pada 25 Mac 2016) Berdasarkan maklumat tersebut, jelaskan kesan sekiranya kebebasan hak asasi disalahgunakan.
[4]
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk mengendalikan keadaan darurat negara kesan Peristiwa 13 Mei 1969.
10 marks- (a)
Namakan dua ahli MAGERAN. (i) (ii)
[2] - (b)
Jelaskan tanggungjawab MAGERAN.
[4] - (c)
Pembentukan Rukun Negara merupakan kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969. Apakah kepentingan prinsip Rukun Negara yang kelima?
[4]
Section B
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941-1945) atau Perang Pasifik berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.
20 marks- (a)
Jelaskan faktor peluasan kuasa Jepun di Asia Pasifik.
[6] - (b)
Bagaimanakah bermulanya Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik?
[6] - (c)
Gambar di bawah berkaitan dengan kesengsaraan akibat peperangan. [Gambar: bangunan musnah, ibu dan kanak-kanak menangis, kanak-kanak berlindung, lelaki cacat bertongkat] Apakah iktibar yang boleh diambil daripada gambar di atas?
[8]
Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu bermula dengan pilihan raya peringkat perbandaran, diikuti peringkat negeri dan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
20 marks- (a)
Apakah bentuk Majlis Perundangan Persekutuan yang dipilih oleh Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan?
[4] - (b)
Bagaimanakah proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan?
[8] - (c)
Pilihan raya memberikan banyak manfaat kepada sesebuah negara. Ulaskan.
[8]
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.
20 marks- (a)
Jelaskan ciri perlembagaan dari aspek pemerintahan beraja.
[4] - (b)
Pindaan Perlembagaan 1963 memasukkan beberapa klausa baharu. Bincangkan.
[8] - (c)
Petikan berikut berkaitan kepentingan Perlembagaan Malaysia. “…Antara kepentingan utama Perlembagaan Malaysia adalah mengukuhkan perpaduan antara kaum. Umum sedia maklum, rakyat yang menetap di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Setiap di antara kita mempunyai perbezaan dari setiap aspek dan generasi terdahulu iaitu nenek dan moyang kita berjaya menunjukkan sifat toleransi serta telah mewujudkan masyarakat majmuk walaupun dalam kesusahan hidup pada ketika itu. Dengan wujudnya Perlembagaan Malaysia, hak dan kebebasan warganegara terjamin. Sebagai contoh, warganegara Malaysia berhak mendapat perlindungan yang sama rata daripada pihak berkuasa seperti polis dan tentera supaya keselamatan diri dan negara terjamin…” (Sumber: https://www.ipendidikan.my/kepentingan-perlembagaan-malaysia.html) Perlembagaan menjadi kunci kepada pembentukan sebuah negara yang harmoni. Berikan ulasan anda.
[8]
Maklumat berikut berkaitan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). “Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan Wawasan 2020. Dasar ini juga meneruskan strategi asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum.”
20 marks- (a)
Apakah matlamat dan objektif Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
[4] - (b)
Bagaimanakah Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilaksanakan?
[8] - (c)
Pelaksanaan DEB dan DPN membawa perubahan kepada kemajuan ekonomi dan taraf hidup penduduk. Buktikan.
[8]
Malaysia aktif dalam aktiviti kemanusiaan dan kelestarian global sehingga ke peringkat antarabangsa.
20 marks- (a)
Jelaskan pelibatan rakyat Malaysia dalam menangani isu Palestin.
[6] - (b)
Bincangkan komitmen Malaysia dalam ASEAN untuk menyelesaikan isu alam sekitar serantau.
[6] - (c)
Poster berikut berkaitan dengan Kempen Kesedaran 3R di Malaysia. [Poster: Kempen Kesedaran 3R – Reuse (Guna Semula), Reduce (Pengurangan), Recycle (Kitar Semula)] Sebagai generasi muda dalam komuniti ASEAN, cadangkan usaha anda untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar dalam warga ASEAN.
[8]