Senarai berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
Ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka:
• X
• Kedaulatan
• Undang-undang
• Lambang Kebesaran
• Wilayah Pengaruh
• Rakyat
Apakah X?
Sultan Melaka telah memberikan kuasa pentadbiran kepada Pembesar Berempat.
Apakah kuasa pentadbiran yang diterima oleh pembesar tersebut?
Jadual berikut berkaitan dengan revolusi di Eropah.
Tahun: 1789 | Peristiwa: Revolusi Perancis
Bagaimanakah revolusi tersebut ditamatkan?
Apakah peranan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dalam pergerakan nasionalisme tanah air?
Gerakan Fasisme di bawah pimpinan Benito Mussolini memberi penekanan kepada nasionalisme melampau.
Mengapakah gerakan tersebut bertindak demikian?
Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan menentang pendudukan Jepun.
Gerakan anti-Jepun yang semakin meningkat mendorong pentadbiran Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA.
Apakah kesan daripada tindakan di atas?
Rancangan Malayan Union yang diisytiharkan dalam Warta Kerajaan dikenali sebagai Kertas Putih 6724.
Apakah yang terkandung dalam Kertas Putih tersebut?
Mengapakah kerajaan British ingin mendapatkan Sarawak daripada keluarga Brooke?
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai pada 21 Januari 1948 di Kuala Lumpur.
Apakah ciri-ciri perjanjian tersebut?
I Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan
II Singapura kekal sebagai tanah jajahan British
III Sultan membincangkan soal agama Islam sahaja
IV Gabenor Jeneral dilantik di setiap negeri
Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Gambar menunjukkan kereta api yang disabotaj oleh komunis.
Mengapakah komunis berbuat sedemikian?
Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada 1950.
Apakah tujuan Rancangan Briggs?
Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan ciri-ciri Sistem Ahli?
I Terdiri daripada jemaah menteri
II Dilantik oleh Gabenor British
III Ahli bertaraf Menteri
IV Satu sistem kabinet bayangan
Berikut merupakan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan melalui penubuhan jawatankuasa pelajaran di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
• Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
• Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Apakah jawatankuasa tersebut?
Muthu ialah warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Perundangan Persekutuan 1955.
Apakah syarat yang perlu Muthu penuhi?
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Mengapakah pembentukan kabinet tersebut penting kepada Persekutuan Tanah Melayu?
Pada 8 Mac 1956, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan atau Suruhanjaya Reid.
Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
Berikut adalah intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Setiap orang yang dilahirkan dalam Persekutuan pada atau selepas hari merdeka akan menjadi warganegara.
Bagaimanakah kewarganegaraan diberikan mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Bangunan di sekitar bandar dan jalan raya telah dihiasi dengan bendera dan lampu berwarna-warni oleh Jawatankuasa Sambutan semasa malam kemerdekaan.
Mengapakah jawatankuasa tersebut ditubuhkan?
Gambar berikut merakamkan peristiwa bersejarah di Stadium Merdeka.
Apakah kesan peristiwa tersebut kepada sejarah negara kita?
I Pembentukan negara bangsa
II Kelahiran negara yang merdeka
III Muncul sebuah negara berdaulat
IV Berakhirnya pentadbiran British
Menurut Ibnu Khaldun, apakah yang menjadi asas kepada kekuasaan sesebuah negara?
Gambar berikut merujuk sampul surat hari pertama Pos Malaysia berkaitan dengan kepelbagaian budaya dan adat resam kaum di Malaysia.
Apakah mesej yang dapat diperoleh daripada sampul surat tersebut?
Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak telah dilaksanakan pada tahun 1877.
Apakah kepentingan mesyuarat tersebut?
Dalam pindaan Perlembagaan 1963, terdapat tiga perkara utama yang berlaku.
Apakah perkara tersebut?
I Struktur Mahkamah Atasan
II Hal ehwal dalam negeri
III Pembahagian kerusi Parlimen
IV Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo
Maklumat berikut menunjukkan sistem perundangan di negeri Melayu.
• Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
• Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911
Apakah kesan penggubalan perlembagaan tersebut?
Logo berikut merupakan logo Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Apakah peranan SUHAKAM?
Antara berikut, yang manakah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?
I Kebudayaan dan sukan
II Kebajikan awam
III Hal ehwal luar negeri
IV Kewarganegaraan
Maklumat berikut berkaitan dengan projek perumahan di negara kita.
• Rumah Selangorku
• Rumah Mampu Milik Johor
Apakah kumpulan sasaran projek perumahan tersebut?
Parti Rakyat Singapura dan Barisan Sosialis menentang pembentukan Malaysia.
Mengapakah berlakunya penentangan tersebut?
Bagaimanakah kerajaan Malaysia menyelesaikan isu konfrontasi dengan Indonesia?
Kerajaan menggunakan kaedah sama yang diguna pakai dalam Rancangan Briggs untuk dilaksanakan di Sarawak bagi mengatasi ancaman komunis.
Apakah nama rancangan tersebut?
Pada tahun 1970-an, kerajaan juga berhadapan dengan isu kadar pengangguran yang meningkat.
Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?
Apakah penambahbaikan yang dilakukan dalam Kajian Aminuddin Baki dalam sistem pendidikan negara?
I Bahasa Melayu bahasa pengantar
II Penekanan kepada subjek Sejarah
III Sistem persekolahan aneka jurusan
IV Memperkenalkan kursus kemahiran
Logo berikut diperkenalkan sempena sambutan 50 tahun Rukun Negara.
Apakah maksud bulan dan bintang dalam logo tersebut?
Gambar berikut merupakan penggunaan teknologi moden yang mampu meningkatkan pengeluaran dalam pelbagai bidang ekonomi di negara kita.
Bagaimanakah teknologi dron membantu petani di sawah padi?
Maklumat berikut berkaitan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Tempoh pelaksanaan: 1990 - 2000 | Rancangan Pembangunan: Dasar Pembangunan Negara | Strategi: Membasmi kemiskinan
Bagaimanakah kerajaan melaksanakan strategi tersebut?
Maklumat berikut berkaitan faktor yang mempengaruhi dasar luar negara.
Keperluan nasional bermaksud memberikan keutamaan kepada kepentingan negara.
Mengapakah kepentingan negara diberi perhatian utama semasa dasar luar digubal?
Fazura ingin melanjutkan pelajarannya di New Zealand.
Bagaimanakah pertubuhan Komanwel dapat membantu beliau?
Maklumat berikut berkaitan dengan tohmahan yang diterima oleh Malaysia ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengerusi OIC pada tahun 2003.
Masyarakat Islam sering dikaitkan dengan 3K iaitu keganasan, kemiskinan dan kemunduran.
Apakah pendekatan yang digunakan oleh Malaysia untuk menghadapi tohmahan tersebut?
Gambar berikut merupakan antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan isu kemanusiaan dan keamanan di Palestin, Syria, Acheh dan Sri Lanka.
[Logo: Aman Palestin, Mercy Malaysia, MyCARE]
Mengapakah rakyat Malaysia terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan tersebut?