Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang berasaskan syariah dan hukum adat iaitu Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka.
10 marks- (a)
Nyatakan tiga kandungan dalam Undang-Undang Laut Melaka.
[3] - (b)
Jelaskan aspek jenayah yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka.
[3] - (c)
Pada pandangan anda, mengapakah penguatkuasaan undang-undang penting dalam sesebuah negara?
[4]
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948.
10 marks- (a)
Apakah faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
[3] - (b)
Jelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[3] - (c)
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 memberikan kesan kepada pengukuhan negara dan bangsa Malaysia sehingga kini. Berikan pandangan anda.
[4]
Kebebasan asasi merupakan hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang.
10 marks- (a)
Senaraikan dua kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
[2] - (b)
Jelaskan bidang kuasa Parlimen sebagai badan perundangan tertinggi Malaysia.
[4] - (c)
Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen membentuk pentadbiran yang sistematik dan unggul di negara kita. Berikan ulasan anda.
[4]
Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969.
10 marks- (a)
Apakah faktor yang menyebabkan tercetusnya rusuhan tersebut?
[3] - (b)
Jelaskan perkara yang diputuskan dalam pengisytiharan perintah darurat untuk menghentikan rusuhan daripada merebak ke bandar-bandar lain.
[3] - (c)
Tragedi 13 Mei yang mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda telah memberikan banyak pengajaran kepada negara kita. (Sumber: https://harakahdaily.net/index/peristiwa-13-mei-1969) Berikan cadangan anda untuk mengelakkan peristiwa tersebut supaya tidak berulang kembali pada masa kini.
[4]
Section B
Perang Dunia Kedua (1939–1945) berlaku di dua medan pertempuran iaitu di Eropah dan Asia Pasifik.
20 marks- (a)
Jelaskan faktor dasar peluasan kuasa Jepun di Asia Pasifik.
[6] - (b)
Terangkan kronologi serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik.
[6] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Konflik peperangan antara Rusia dan Ukraine telah menyebabkan penurunan jumlah eksport antara Malaysia dan kedua-dua negara tersebut. Sumber import terbesar Malaysia daripada Rusia ialah petroleum dan arang batu, manakala Malaysia mengimport gandum dan bijirin serta minyak bunga matahari daripada Ukraine. Industri pembuatan cip tempatan telah terkesan akibat konflik ini. Malaysia menyumbang sebanyak 13% kepada sektor pengujian dan pembungkusan cip dunia. Sektor ini terkesan kerana Rusia dan Ukraine merupakan pengeluar bagi neon dan palladium iaitu bahan utama pembuatan semikonduktor. Hal ini akan menyebabkan pengurangan eksport komponen tersebut ke pasaran dunia terutamanya benua Eropah. (Sumber: www.astroawani.com/berita-malaysia/dewan-rakyat) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap negara kita sekiranya masalah ini berlanjutan.
[8]
Pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu bermula dari peringkat Majlis Perbandaran, diikuti peringkat negeri dan seterusnya Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
20 marks- (a)
Apakah syarat untuk menjadi pengundi dan calon Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
[4] - (b)
Terangkan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
[8] - (c)
Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah pilihan raya penting kepada negara kita?
[8]
Perlembagaan Persekutuan mempunyai keunikan kerana mengandungi ciri tradisional dan moden.
20 marks- (a)
Jelaskan ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
[6] - (b)
Perlembagaan Persekutuan dipinda beberapa kali selepas negara mencapai kemerdekaan. Mengapakah pindaan tersebut dilakukan?
[6] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Perlembagaan bertanggungjawab untuk memastikan kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran, agar pentadbiran negara berjalan licin. Hal ini tentu sekali dapat menjamin kecekapan, keadilan dan ketelusan pentadbiran. Melalui perlembagaan juga, jaminan taat setia rakyat terhadap ketua kerajaan dan ketua negara dapat dinyatakan secara bertulis dan difahami oleh semua. Dengan cara ini, akan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Perlembagaan Malaysia juga dapat menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat untuk berpersatuan, beragama dan memiliki harta. (Sumber: https://www.scribd.com/document/kepentingan-perlembagaan) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap negara jika tidak dilaksanakan.
[8]
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan usaha untuk memajukan Malaysia berdasarkan Wawasan 2020.
20 marks- (a)
Jelaskan strategi DPN.
[4] - (b)
Terangkan langkah kerajaan dalam pelaksanaan DPN.
[8] - (c)
Apakah kejayaan pelaksanaan DPN yang boleh kita banggakan pada hari ini?
[8]
Malaysia berada di barisan hadapan dalam membangkitkan isu kemanusiaan dan keamanan di Palestin dan Syria. Malaysia sering menyuarakan pandangan dalam pertubuhan antarabangsa dan serantau seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Komanwel, OIC dan ASEAN.
20 marks- (a)(i)
Huraikan peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan misi kemanusiaan berkaitan isu berikut: (i) Isu Palestin
[4] - (a)(ii)
Huraikan peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan misi kemanusiaan berkaitan isu berikut: (ii) Isu Syria
[4] - (b)
Pembanjiran pelarian dan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara kita menimbulkan isu ketenteraman dan keselamatan awam. Jelaskan langkah-langkah Malaysia mengatasi masalah tersebut.
[4] - (c)
Teliti poster berikut. [Poster: KEAMANAN SEDUNIA - Jaga hak asasi; Tiada perang; Tangani isu global; International Peace Day, 21 September] Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
[8]