Apakah ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?
Maklumat berikut berkaitan dengan Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Peranan Bendahara
• Ketua pentadbir
• Ketua turus angkatan tentera
• X
Apakah X ?
Apakah kesan Revolusi Keagungan (1688) terhadap sistem pemerintahan di England?
Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalis lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar.
• Raja Chulan Raja Abdullah
• Mahmut Mat
• Mohammad Eunos Abdullah
Apakah yang diperjuangkan oleh golongan ini?
Perjanjian Versailles merupakan salah satu punca tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah.
Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?
I Jerman kehilangan tanah jajahan.
II Jerman perlu membayar pampasan perang yang tinggi
III Jerman telah diduduki oleh Pakatan Bertiga
IV Jerman didesak menandatangani Perjanjian Pelucutan Senjata (1932-1934)
Tokoh di bawah telah menentang Jepun secara individu.
[Gambar: Sybil Kathigasu]
Bagaimanakah tindakan beliau untuk menentang Jepun?
I Beliau dan suaminya memberikan bantuan ubat-ubatan kepada pasukan gerila anti-Jepun.
II Berkongsi maklumat melalui siaran radio British dengan gerila anti-Jepun.
III Bertanggungjawab membekalkan senjata dan peluru kepada pasukan Force 136.
IV Mendedahkan peta markas Jepun kepada gerila anti-Jepun.
Apakah ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union?
I Majlis Raja-Raja membincangkan urusan pentadbiran
II Malayan Union diketuai oleh Gabenor British
III Singapura diletakkan di bawah unit pentadbiran yang berasingan
IV Kewarganegaraan konsep rakyat Raja diperkenalkan
Berikut merupakan tindakan British terhadap nasionalis di Sabah?
• Menawarkan kenaikan pangkat
• Memindahkan ahli dan pemimpin
Apakah tujuan British berbuat demikian?
Mengapakah British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946?
Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Pernyataan berikut berkaitan dengan tindakan komunis di Tanah Melayu.
Pada 16 Jun 1948, komunis telah membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Gambar berikut menunjukkan Pengarah Operasi dalam Rancangan Briggs.
[Gambar: Sir Harold Rowdon Briggs]
Apakah sumbangan beliau?
Apakah portfolio yang dipegang oleh Dato’ Onn Jaafar semasa pembentukan Sistem Ahli pada tahun 1951?
Penyata Jawatakuasa Pelajaran 1956 yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein juga dikenali sebagai Penyata Razak 1956.
Bagaimanakah penyata tersebut berusaha mengintegrasikan rakyat pelbagai kaum di negara kita?
I Penggunaan kurikulum yang seragam
II Pengenalan buku teks berunsur tempatan
III Pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah
IV Pelaksanaan sistem persekolahan yang sama bagi semua bangsa
Gambar berikut menunjukkan proses mengundi semasa pilihan raya.
[Gambar: proses mengundi]
Apakah hak rakyat dalam situasi di atas?
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman bertanggungjawab menunaikan mandat daripada rakyat.
Apakah mandat yang dimaksudkan?
Apakah terma rujukan yang perlu dipatuhi oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam pelaksanaan tugasnya?
I Membentuk kerajaan pusat yang kuat
II Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu
III Melaksanakan pemerintahan demokrasi
IV Mewujudkan kepelbagaian kewarganegaraan
Berikut adalah inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
• Kewarganegaraan
• Kedudukan Bahasa Melayu
• Kedudukan Agama Islam
Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang perjanjian ini?
Pernyataan berikut merupakan salah satu jawatankuasa persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.
Sebagai sebuah negara yang akan memperoleh kemerdekaan, penonjolan identiti negara perlu diberikan perhatian oleh jawatankuasa ini.
Apakah jawatankuasa yang terlibat?
Peristiwa penting berikut berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1957.
[Gambar: Bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan]
Apakah yang dapat dibuktikan daripada peristiwa tersebut?
Mengapakah kedaulatan penting kepada sesebuah negara?
Berikut adalah langkah mempertahankan kedaulatan negara.
• Mewujudkan kestabilan politik
• Mewujudkan kemakmuran ekonomi
Bagaimanakah kerajaan berusaha mencapai matlamat tersebut?
I Mengagihkan kekayaan dengan adil
II Mewujudkan pentadbiran yang cekap
III Meminta bantuan kuasa asing
IV Mengamalkan ideologi kapitalis
Jadual berikut berkaitan sejarah penggubalan undang-undang kerajaan Melayu sebelum merdeka.
Tahun | Peristiwa
1877 | Mesyuarat Majlis Negeri Perak yang pertama
Apakah kepentingan peristiwa tersebut?
Setelah Singapura membuat keputusan untuk keluar daripada Malaysia, apakah kesan terhadap sistem perundangan negara kita?
Pemerintahan beraja diteruskan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 dan beberapa pindaan dibuat supaya sesuai dengan konsep demokrasi.
Antara berikut, yang manakah pindaan yang telah dibuat?
Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran negara kita.
Konflik yang berlaku antara Badan Perundangan dengan badan Eksekutif berkaitan dengan undang-undang.
Bagaimanakah konflik tersebut diselesaikan?
Rajah berikut menunjukkan peruntukan kuasa dalam Perlembagaan Malaysia.
Pengasingan Kuasa → Kerajaan Persekutuan | Kerajaan Negeri
Apakah kesan daripada pengasingan kuasa tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama sosioekonomi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri melalui Pembangunan Koridor Wilayah berlandaskan projek pembangunan.
Tahun | Rancangan Pembangunan Koridor Wilayah | Wilayah Liputan
2007 | Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau East Coast Economic Region (ECER) | Pahang, Terengganu, Kelantan, Daerah Mersing, Johor.
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam mencapai matlamat tersebut?
Parti- parti Sarawak telah bergabung dan membentuk Parti Perikatan Sarawak.
Apakah tujuan pembentukan Parti Perikatan Sarawak tersebut?
Gambar menunjukkan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia di Kuala Lumpur?
[Gambar: Peristiwa Pengisytiharan Malaysia di Kuala Lumpur]
Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Istiadat pengisytiharan diadakan serentak di Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah.
Siapakah yang membacakan Pengisytiharan Malaysia di Stadium Merdeka?
Berikut adalah beberapa operasi ketenteraan yang dilancarkan di negeri Sarawak.
• Operasi Hammer
• Operasi Ngayau
• Operasi Sri Aman
Apakah tujuan operasi tersebut dilancarkan ?
Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu kebergantungan pada eksport getah dan bijih timah bagi membangunkan ekonomi negara di bawah Rancangan Malaysia Pertama?
I Menyediakan teknologi moden kepada petani
II Menyediakan bantuan kewangan kepada pengusaha
III Mencari pasaran baharu bagi getah dan bijih timah
IV Mempelbagaikan pengeluaran komoditi negara
Akta Pendidikan 1996 mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.
Mengapakah cadangan tersebut dibuat ?
Rukun Negara ialah ikrar yang perlu dihayati oleh rakyat Malaysia.
Apakah kesan ikrar tersebut kepada negara?
I Memupuk keharmonian negara
II Memantapkan hubungan serantau
III Memperkasa semangat kenegerian
IV Meningkatkan kesejahteraan rakyat
Gambar di bawah menunjukkan Rancangan Buku Hijau yang dilancarkan pada 20 Disember 1974.
[Gambar: Rancangan Buku Hijau]
Mengapakah rancangan tersebut diperkenalkan?
Apakah tujuan Pusat Giatmara memberikan latihan kepada golongan belia?
Maklumat berikut merupakan antara matlamat Malaysia .
• Memupuk hubungan baik dengan negara luar
• Melindungi kepentingan nasional Malaysia di negara luar
Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai ?
Maklumat berikut berkaitan dengan penentangan Dasar Aparteid.
Afrika Selatan tarik diri daripada Komenwel setelah Malaysia dan negara lain tegas membantah Dasar Aparteid.
Mengapakah Malaysia menentang Aparteid?
Apakah matlamat penubuhan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ?
• Cinta Gaza Malaysia (CGM)
• Muslim Care Malaysia
Maklumat di atas merujuk pertubuhan NGO di negara kita.
Apakah matlamat kedua-dua NGO tersebut?