SPM Tuition
Subject
  1. Gambar berikut merupakan inskripsi yang terdapat dalam kerajaan Srivijaya. [Gambar: Inskripsi Telaga Batu] Apakah kepentingan inskripsi tersebut?

    Diagram for question 1
  2. Pilih padanan yang betul berkaitan peranan pembesar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pembesar — Peranan

  3. Mengapakah Revolusi Keagungan berlaku di England pada tahun 1688? I Mengembalikan hak rakyat II Menentang penjajahan asing III Menolak pelaksanaan Akta Setem IV Menegakkan kedaulatan Parlimen

  4. Gambar berikut merupakan tokoh nasionalisme pada awal abad ke-20. [Gambar: Raja Chulan Raja Abdullah; Muhammad Eunos Abdullah] Apakah sumbangan tokoh tersebut?

    Diagram for question 4
  5. Penamatan Perang Dunia Pertama telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Versailles pada tahun 1919. Apakah kepentingan perjanjian tersebut?

  6. Mengapakah Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa di Asia Pasifik pada Perang Dunia Kedua? I Menyebarkan ideologi II Memulih kepercayaan rakyat III Memenuhi keperluan industri IV Mewujudkan orde baharu

  7. Maklumat berikut berkaitan reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union. Tarikh: 1 hingga 4 Mac 1946 Peristiwa: Kongres Melayu Tempat: Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur Apakah persetujuan yang dicapai dalam kongres tersebut?

  8. Bagaimanakah British melumpuhkan gerakan nasionalisme di Sabah selepas Perang Dunia Kedua?

  9. Bagaimanakah PUTERA-AMCJA menentang perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

  10. Mengapakah orang Melayu menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

  11. Maklumat berikut berkaitan usaha British menangani ancaman komunis di Tanah Melayu pada tahun 1948. Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat • Menggeledah rumah kediaman • Mengetatkan undang-undang senjata api • X Apakah X?

  12. Apakah kesan pelaksanaan rancangan penempatan semula Kampung Baru semasa zaman darurat di Tanah Melayu?

  13. Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein telah mencadangkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang baharu. Apakah cadangan jawatankuasa tersebut?

  14. Mengapakah Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Independence of Malayan Party (IMP) pada tahun 1951?

  15. Pilihan Raya Umum 1955 telah membawa kepada penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Apakah kesan penubuhan majlis tersebut?

  16. Gambar berikut adalah ahli kabinet pertama Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1955. [Gambar] Apakah kepentingan pembentukan kabinet tersebut?

    Diagram for question 16
  17. Apakah perkara yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan di London pada tahun 1956?

  18. Maklumat berikut berkaitan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Perkara 153 (1) Maka Yang di-Pertuan Agong bertanggongjawab atas perkara menjaga kedudokan istimewa orang2 Melayu serta hak2 yang halal bagi kaum2 yang lain2 menurut sharat2 Perkara ini. Apakah rumusan yang dapat dibuat daripada inti pati perjanjian tersebut?

  19. Apakah peranan Jawatankuasa Sambutan dalam persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara?

  20. Berikut adalah agensi kerajaan yang terlibat dalam membangunkan ekonomi negara selepas merdeka. • Kementerian Pembangunan Luar Bandar • Majlis Pembangunan Luar Bandar Apakah peranan agensi tersebut?

  21. Senarai berikut adalah usaha kerajaan bagi menjamin kedaulatan negara. • Bahasa Kebangsaan • Sukan • Rukun Negara Apakah kepentingan usaha tersebut?

  22. Apakah peranan rakyat dalam mengukuhkan pertahanan negara?

  23. Apakah ciri tradisional yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan?

  24. Mengapakah Perlembagaan Persekutuan dipinda pada tahun 1963?

  25. Durbar telah ditubuhkan pada tahun 1897. Apakah peranan institusi tersebut?

  26. Mengapakah kebebasan asasi di negara kita tidak bersifat mutlak?

  27. Mengapakah pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri dilaksanakan di negara kita? I Mengekalkan kuasa mutlak II Menyatukan parti politik III Menjamin kestabilan IV Memajukan negara

  28. Mengapakah Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penubuhan majlis berikut? • Majlis Kewangan Negara • Majlis Tanah Negara • Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

  29. Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada tahun 1962 untuk menjayakan gagasan Malaysia. Apakah tujuan pembentukan suruhanjaya tersebut?

  30. Jeneral Suharto mengambil alih kuasa pemerintahan Indonesia daripada Presiden Soekarno pada tahun 1965. Apakah kesan peristiwa tersebut?

  31. Maklumat berikut merupakan langkah mengatasi ancaman komunis di Sarawak selepas pembentukan Malaysia. X • Menyebarkan risalah • Tawaran program pengampunan • Mengadakan perhimpunan awam Apakah X?

  32. Maklumat berikut berkaitan isu pembangunan ekonomi yang dihadapi selepas pembentukan Malaysia. • Terlalu bergantung kepada eksport bijih timah dan getah • Kejatuhan harga bahan mentah Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?

  33. Apakah kepentingan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang digubal pada tahun 1971?

  34. Pernyataan berikut merujuk kepada prinsip kelima Rukun Negara. Kesopanan dan Kesusilaan Bagaimanakah prinsip tersebut boleh dicapai?

  35. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di bandar. Apakah inisiatif kerajaan bagi merealisasikan hasrat tersebut?

  36. Jadual berikut menunjukkan penurunan peratusan kadar kemiskinan di negara kita. Tahun: 1970 | 1990 | 2000 Peratus kemiskinan: 49.3% | 17.1% | 7.2% Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

  37. Rancangan Colombo telah diperkenalkan oleh pertubuhan Komanwel pada tahun 1951. Apakah kepentingan rancangan tersebut?

  38. Malaysia telah menandatangi Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) pada 15 hingga 16 April 1971. Apakah rasional perjanjian tersebut ditandatangani?

  39. Maklumat berikut berkaitan dengan isu pertindihan sempadan yang melibatkan Malaysia dengan negara jiran. Tahun — Isu tuntutan sempadan 2002 — Pulau Sipadan dan Ligitan 2008 — Pulau Batu Putih Isu tersebut berjaya diselesaikan melalui

  40. Gambar berikut menunjukkan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin. [Gambar] Bagaimanakah reaksi masyarakat Malaysia terhadap situasi tersebut?

    Diagram for question 40