SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Rajah berikut berkaitan struktur sosial Kesultanan Melayu Melaka. [Rajah: Golongan Pemerintah (atas) — Golongan Diperintah (bawah)]

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan golongan berikut: (i) Pemerintah [1 markah] (ii) Diperintah [1 markah]

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan peranan golongan dalam (1a).

      [4]
    3. (c)

      Petikan berikut berkaitan hubungan golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah. “rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon, jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri demikian lagi raja itu dengan segala rakyatnya” Sumber: W.G Shellabear, 1995. Sejarah Melayu. Ulas petikan tersebut.

      [4]
  2. Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada 25 Julai 1946 bagi membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan dua tokoh yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

      [4]
    3. (c)

      Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 memberi kebaikan kepada negara kita. Jelaskan pernyataan tersebut.

      [4]
  3. Kedaulatan merujuk kepada kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan sesebuah negara.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan dua jenis kedaulatan.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan kepentingan mewujudkan negara berdaulat.

      [4]
    3. (c)

      Pada pandangan anda, bagaimanakah sikap bertoleransi mampu mengekalkan kedaulatan negara?

      [4]
  4. Maklumat berikut adalah dasar kerajaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional. • Akta Bahasa Kebangsaan • Dasar Kebudayaan Kebangsaan

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan usaha yang dilaksanakan untuk memperkasa bahasa Melayu.

      [3]
    2. (b)

      Bagaimanakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat mengekalkan identiti bangsa Malaysia?

      [3]
    3. (c)

      Kegilaan terhadap artis luar menyebabkan remaja di negara kita mengalami masalah halusinasi, kemurungan dan hilang jati diri. Sumber ubah suai https://www.bharian.com.my/ Jelaskan kesan yang akan berlaku sekiranya masalah tersebut tidak dibendung.

      [4]

Section B

  1. Jawab soalan berikut berkaitan nasionalisme.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan maksud nasionalisme.

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme di negara berikut: (i) Filipina. [4 markah] (ii) Thailand. [4 markah]

      [8]
    3. (c)

      Terangkan iktibar yang dapat diteladani daripada perjuangan nasionalis Asia Tenggara.

      [8]
  2. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dan Sistem Ahli telah membawa kepada kerjasama antara kaum untuk mencapai kemerdekaan negara.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan isu dan peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).

      [6]
    2. (b)

      Terangkan ciri-ciri Sistem Ahli.

      [6]
    3. (c)

      Baca petikan berikut. Berdasarkan kajian dalam Jurnal Perpaduan yang diterbitkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, rakyat Malaysia tanpa mengira latar etnik dan agama tidak teragak-agak mengakui akan mempertahankan negara dengan harta dan nyawa. Kajian berkenaan menjelaskan mengenai sisi masyarakat Malaysia yang bukan sahaja penyayang dan mementingkan kedamaian, malah berani mempertaruhkan nyawa serta berkorban harta demi pertahankan kedaulatan negara. Sumber: https://www.bharian.com.my Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]
  3. Gambar berikut menunjukkan peristiwa pengisytiharan Malaysia secara rasmi pada 16 September 1963 di Kota Kinabalu, Sabah. [Gambar]

    20 marks
    Diagram for question 7
    1. (a)

      Jelaskan idea pembentukan Malaysia.

      [6]
    2. (b)

      Terangkan reaksi tempatan terhadap idea tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Kepelbagaian kaum, etnik dan budaya di Malaysia perlu diraikan. Beri pendapat anda.

      [8]
  4. Statistik berikut menunjukkan penurunan kadar kemiskinan negara kesan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dari tahun 1970 hingga 2000. [Graf: Statistik penurunan kadar kemiskinan di Malaysia — 1970, 1990, 2000]

    20 marks
    Diagram for question 8
    1. (a)

      Jelaskan usaha kerajaan bagi menyelesaikan masalah kemiskinan melalui pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

      [6]
    2. (b)

      Huraikan pencapaian dasar pembangunan tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Ekonomi Malaysia diasak ketidaktentuan global. Sumber: https://www.bharian.com.my Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah anda menghadapi cabaran tersebut?

      [8]
  5. Senarai berikut berkaitan dengan penglibatan negara kita dalam usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar. • Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi • Memperjuangkan isu Antartika

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan mengenai Deklarasi Langkawi.

      [6]
    2. (b)

      Terangkan peranan Malaysia dalam memperjuangkan isu Antartika sebagai warisan sejagat.

      [6]
    3. (c)

      Baca petikan berikut. Bernama baru-baru ini memaparkan laporan eksklusif bersiri dua bahagian tentang aduan penduduk berdekatan yang tidak tahan dengan asap yang keluar dari tapak pelupusan sampah itu, serta mereka juga bimbang terhadap pencemaran tanah dan air. Penduduk berkata tidak banyak tindakan diambil sebelum ini walaupun banyak aduan dilaporkan. Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi satu kenyataan mengesahkan terdapat pembakaran sisa plastik di tapak itu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, beberapa bahan kimia dikeluarkan daripada pembakaran sisa plastik adalah toksik dan boleh menyebabkan kanser, seperti dioxin. "Tindakan serta-merta yang dilaksanakan, memadam kebakaran timbunan sampah yang dipercayai sisa plastik kitar semula dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba," menurut kenyataan itu. Sumber: https://www.hmetro.com.my Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan dan beri cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

      [8]