SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara termasuklah negara kita.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah maksud nasionalisme?

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan peristiwa tercetusnya gerakan nasionalisme berikut: (i) Revolusi Keagungan di England (1688) [2 markah] (ii) Revolusi Amerika (1776) [2 markah]

      [4]
    3. (c)

      Apakah kepentingan sikap berwaspada terhadap kuasa asing? Jelaskan.

      [4]
  2. Perjanjian Malaysia yang melibatkan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura telah ditandatangani pada 9 Julai 1963.

    10 marks
    1. (a)

      Senaraikan tiga langkah pembentukan Malaysia. (i) (ii) (iii)

      [3]
    2. (b)

      Jelaskan inti pati Perjanjian Malaysia.

      [3]
    3. (c)

      Pembentukan Malaysia banyak memberi manfaat kepada negara kita sehingga hari ini. Buktikan.

      [4]

Section B

  1. Perkembangan pengaruh komunis di negara kita berlaku sebelum Perang Dunia Kedua. Tindakan komunis melancarkan perjuangan bersenjata menyebabkan British mengisytiharkan darurat.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan usaha bagi menangani ancaman komunis seperti berikut: (i) Rancangan Briggs [3 markah] (ii) Perang Saraf [3 markah]

      [6]
    2. (b)

      Huraikan kesan zaman darurat terhadap negara kita.

      [6]
    3. (c)

      Pemimpin negara perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan bekerjasama rapat dalam pelbagai agensi kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Sumber ubah suai: https://malaysiagazette.com Huraikan kesan tersebut kepada negara.

      [8]
  2. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan peristiwa yang bermakna kepada negara kita.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan persiapan sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara.

      [6]
    2. (b)

      Huraikan kesan kemerdekaan negara kita dalam aspek politik.

      [6]
    3. (c)

      Bagaimanakah anda menghargai kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini?

      [8]
  3. Majlis Raja-Raja bermula dengan pembentukan Durbar pada tahun 1897 seiring dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan fungsi Majlis Raja-Raja.

      [4]
    2. (b)

      Terangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan negara kita.

      [8]
    3. (c)

      Beri ulasan anda berkaitan dengan petikan berikut. Kuala Lumpur – Generasi muda terutama generasi Y kurang diterapkan dengan konsep Rukun Negara terutama berkaitan prinsip kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Mereka sering dilaung-laungkan sebagai pewaris kepimpinan negara masih jauh ketinggalan kerana tidak memahami dan menghayati sejarah negara, perlembagaan persekutuan serta institusi beraja. Buktinya media sosial dijadikan alat untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap institusi beraja tanpa batasan. Sumber ubah suai : https://bernama.com

      [8]
  4. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan strategi DPN.

      [4]
    2. (b)

      Bagaimanakah DPN dilaksanakan?

      [8]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Kerajaan akan mempelbagai struktur dan aktiviti ekonomi negara, terutama melalui penekanan terhadap sektor-sektor yang menumpukan aspek-aspek kelestarian dan ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) serta ekonomi digital. "Kesemua ini akan mewujudkan peluang pekerjaan yang bakal menawarkan gaji lebih tinggi kepada rakyat," katanya. Tengku Zafrul berkata, perkara yang penting pada masa ini adalah sistem kewangan negara dan pasaran saham terus berfungsi dengan baik dan teratur. Sehingga kini tiada gangguan dari segi kewangan dan aktiviti pinjaman kekal lancar. Beliau berkata, aktiviti perniagaan juga terus mendapat pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal. Selain itu, pasaran saham terus menunjukkan aliran masuk bersih berjumlah RM6.7 bilion daripada pelabur asing dan RM2.3 bilion daripada pelabur runcit. Sumber ubah suai : https://www.bharian.com.my 1 Oktober 2022 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan peranan rakyat untuk membangunkan negara.

      [8]
  5. Bagaimanakah perkara berikut dapat memastikan Malaysia mengekalkan kelestarian global?

    20 marks
    1. (a)

      Bagaimanakah perkara berikut dapat memastikan Malaysia mengekalkan kelestarian global? (i) Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi [4 markah] (ii) Menyertai Sidang Kemuncak Bumi [4 markah] (iii) Membangkitkan isu Antartika sebagai Warisan Sejagat [4 markah]

      [12]
    2. (b)

      Teliti poster berikut. Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.

      [8]
      Diagram for question 9 (b)