Hukum Kanun Melaka turut memberi perhatian kepada isu kekeluargaan.
Mengapakah isu tersebut diberi perhatian?
Apakah peranan pembesar dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
Maklumat berikut berkaitan dengan isu kasut di Burma.
Orang Inggeris memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma
Apakah kesan isu tersebut?
Pada 1930-an, muncul golongan masyarakat India yang lahir di Tanah Melayu dan dikenali sebagai "the Strait born people".
Bagaimanakah masyarakat tersebut memberi kesan kepada perkembangan nasionalisme?
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941 – 1945) juga dikenali sebagai Perang Pasifik.
Mengapakah perang tersebut berlaku?
Apakah matlamat penubuhan Force 136 pada tahun 1943?
British Military Administration (BMA) merupakan pentadbiran tentera di Tanah Melayu yang bermula pada 12 September 1945.
Apakah peranan pentadbiran tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan penyerahan Sabah.
Tarikh: 26 Jun 1946
Peristiwa: Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyerahkan Sabah kepada kerajaan British
Mengapakah penyerahan tersebut dilakukan?
I Kedudukan yang strategik
II Kekayaan bahan mentah
III Kawasan pasaran utama
IV Kemajuan sistem prasarana
Mengapakah orang Melayu tidak menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 1948?
Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.
Tahun: 1 Februari 1948
Peristiwa: Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan
Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu?
Berikut adalah tindakan yang dilakukan oleh pengganas komunis di Tanah Melayu.
• Merosakkan ladang getah
• Mengganggu kerja di lombong
• Membunuh pekerja ladang
Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?
Mengapakah rakyat bergantung pada makanan berikut semasa zaman darurat?
• Jagung
• Keledek
• Ubi kayu
Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan di Tanah Melayu pada Januari 1949?
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.
Bagaimanakah sistem tersebut selaras dengan proses dekolonisasi kerajaan British?
Apakah kesan penubuhan majlis berikut terhadap Tanah Melayu?
Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955
Apakah peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955?
I Menjalinkan kerjasama diplomatik
II Mengurangkan kemasukan orang asing
III Membincangkan isu keselamatan
IV Membincangkan soal kewangan
Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.
• Menetapkan kuasa Kerajaan Pusat dan kuasa Kerajaan Negeri
• Mewujudkan rupa bangsa kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
• X
Apakah X?
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
I Pegawai British menasihati raja dalam pentadbiran
II Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
III Agama Islam sebagai agama persekutuan
IV Sultan menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan
Jawatankuasa berikut ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu.
• Jawatankuasa Persediaan Fizikal
• Jawatankuasa Sambutan
Mengapakah persediaan sambutan kemerdekaan tersebut penting?
Maklumat berikut berkaitan satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara.
Rancangan Buku Merah
Apakah kepentingan rancangan tersebut?
Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?
Bagaimanakah dasar berikut dapat mempertahankan kedaulatan negara kita?
• Dasar Pendidikan Kebangsaan
• Dasar Kebudayaan Kebangsaan
British telah memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat pada abad ke-19.
Mengapakah British memperkenalkan Charter of Justice tersebut?
Penyataan berikut berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963
Apakah faktor yang membawa kepada pindaan tersebut?
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.
Apakah hak rakyat dalam sistem tersebut?
Penyataan berikut berkaitan sistem pentadbiran di negara kita.
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan kemakmuran kepada negara.
Bagaimanakah sistem tersebut mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara?
I Rakyat berkuasa membentuk kerajaan
II Kebebasan mutlak dijamin perlembagaan
III Dominasi satu parti menguasai pentadbiran
IV Kuasa raja mengimbangi amalan demokrasi
Senarai Negeri memperuntukkan kuasa Kerajaan Negeri.
Apakah perkara yang terletak dalam Senarai Negeri?
Gambar berikut menunjukkan suasana mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri.
[Gambar mesyuarat. Sumber: Bernama, 17 Mac 2020]
Mengapakah mesyuarat tersebut dilaksanakan?
Pada tahun 1962, referendum diadakan di Singapura.
Mengapakah referendum tersebut diadakan?
Rajah berikut menunjukkan berlaku perubahan pada tarikh pengisytiharan pembentukan Malaysia.
31 Ogos 1963 → 16 September 1963
Mengapakah perubahan ini berlaku?
Rajah berikut berkaitan kaedah kerajaan menangani ancaman komunis di Sarawak.
X → • Menyebarkan risalah
• Mengisytiharkan kawasan putih
• Menawarkan pengampunan
Apakah kaedah X?
Apakah faktor tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969?
Perkara berikut berkaitan dengan cadangan aktiviti kokurikulum dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
• Kegiatan persatuan
• Unit beruniform
• Sukan dan permainan
Mengapakah aktiviti kokurikulum diberi tumpuan?
Apakah matlamat penubuhan Rukun Negara?
I Mencipta masyarakat yang adil
II Menjamin hak kebebasan rakyat
III Memperkasa semangat kenegerian
IV Membentuk masyarakat demokratik
Dasar Ekonomi Baru bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Bagaimanakah cara untuk mencapai tujuan tersebut?
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) bermatlamat untuk mencapai perpaduan melalui pengagihan kekayaan negara.
Bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai?
Apakah usaha yang dilakukan oleh anggota Komanwel dalam menangani masalah kemiskinan?
Jadual berikut berkaitan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam menangani isu politik negara Islam.
Isu politik | Sumbangan
Perang Iran – Iraq | Menghantar tentera pemerhati PBB
Kekejaman Zionis Israel di Palestin | X
Apakah X?
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah diumumkan pada tahun 1992 di Singapura.
Bagaimanakah AFTA boleh memacu kemajuan ekonomi ASEAN?
I Penggunaan mata wang tunggal dikuatkuasakan
II Kemasukan pelabur dari rantau lain dikawal
III Sekatan dagangan dihapuskan
IV Pasaran terbuka luas
Senarai berikut berkaitan NGO yang mewakili suara Malaysia di pentas dunia.
• Aman Palestin
• Muslim Care Malaysia
Apakah sumbangan NGO tersebut?