SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) yang berlaku di Eropah dan Asia Pasifik melibatkan Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu.

    10 marks
    1. (a)

      Namakan dua negara yang terlibat dalam perang tersebut.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua.

      [4]
    3. (c)

      Apakah iktibar yang boleh diambil untuk mengelakkan peperangan berlaku pada masa kini?

      [4]
  2. (Tiada rangsangan) Soalan tentang Sistem Ahli.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah maksud Sistem Ahli?

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan ciri Sistem Ahli.

      [4]
    3. (c)

      Bagaimanakah Sistem Ahli menjadi asas kepada pentadbiran negara yang berkesan?

      [4]
  3. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Persekutuan dengan menggabungkan beberapa buah negeri.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan dua bentuk kerajaan dalam sistem Persekutuan negara kita.

      [2]
    2. (b)

      Bagaimanakah keluhuran Perlembagaan dapat mengukuhkan sistem Persekutuan?

      [4]
    3. (c)

      Mengapakah sistem Persekutuan negara kita perlu dipertahankan?

      [4]
  4. Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain. Sumber : http://.pmo.gov.my

    10 marks
    1. (a)

      Berikan dua pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia.

      [2]
    2. (b)

      Mengapakah Malaysia perlu menjalinkan hubungan baik dengan negara luar?

      [4]
    3. (c)

      Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjayakan dasar luar negara? Jelaskan.

      [4]

Section B

  1. (Tiada rangsangan) Soalan tentang nasionalisme.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan maksud nasionalisme.

      [4]
    2. (b)

      Bagaimanakah sistem pendidikan serta pengaruh luar dan serantau mempengaruhi gerakan nasionalisme di negara kita?

      [8]
    3. (c)

      Jelaskan kepentingan semangat nasionalisme dalam memajukan negara kita.

      [8]
  2. Persediaan yang rapi telah diatur bagi menyambut pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan persediaan pemasyhuran kemerdekaan yang dibuat oleh jawatankuasa berikut: (i) Jawatankuasa Persediaan Fizikal [3 markah] (ii) Jawatankuasa Sambutan [3 markah]

      [6]
    2. (b)

      Terangkan upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan yang menjadi detik bersejarah negara kita.

      [6]
    3. (c)

      Gambar berikut menunjukkan peristiwa pemasyhuran kemerdekaan negara kita. [Gambar: suasana malam pemasyhuran kemerdekaan] Jelaskan perasaan anda jika berada dalam peristiwa tersebut.

      [8]
      Diagram for question 6 (c)
  3. (Tiada rangsangan) Soalan tentang pembentukan Malaysia.

    24 marks
    1. (a)

      Jelaskan faktor yang mencetuskan idea pembentukan Malaysia.

      [8]
    2. (b)

      Huraikan langkah-langkah pembentukan Malaysia.

      [8]
    3. (c)

      Sebagai warganegara yang mendokong prinsip keharmonian, bagaimanakah kita dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Beri cadangan anda.

      [8]
  4. Dunia pendidikan pada masa kini semakin mencabar bagi memastikan matlamat melahirkan modal insan yang hebat tercapai.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.

      [4]
    2. (b)

      Baca Falsafah Pendidikan Kebangsaan berikut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan berjaya melahirkan modal insan yang hebat?

      [8]
    3. (c)

      Petikan berikut berkaitan isu keciciran murid di Malaysia. "Kegagalan murid menguasai dengan baik tiga kemahiran asas - membaca, menulis dan mengira (3M) akan memberi kesan kepada pembelajaran mereka di peringkat tinggi dan seterusnya ketinggalan sekiranya tiada langkah intervensi diambil," kata Prof Madya Dr Azlin Norhaini Mansor. Menurut Pengerusi Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, kesan daripada masalah berkenaan akan dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, khususnya dari segi kualiti modal insan pada masa tersebut. "Unesco menganggarkan 50 peratus murid langsung tidak hadir ke sekolah sepanjang pandemik. Walaupun tiada data yang jelas tentang situasi di Malaysia, saya jangkakan keadaan hampir sama berlaku di sini," katanya. Menurut beliau, situasi itu membimbangkan kerana kajian di luar negara mendapati penutupan sekolah selama lapan minggu sudah boleh menyebabkan kehilangan pembelajaran. Sumber ubah suai : https://majoriti.com.my, 12 Januari 2022 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan cadangkan langkah untuk mengatasi masalah keciciran murid.

      [8]
  5. Gambar berikut berkaitan isu alam sekitar yang telah menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk di Malaysia dan Asia Tenggara. [Gambar: Pencemaran alam sekitar] Sumber : https://alamsekitarterkini.wordpress.com

    20 marks
    Diagram for question 9
    1. (a)

      Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia bersama-sama negara Asia Tenggara yang lain untuk mengatasi isu tersebut.

      [6]
    2. (b)

      Mengapakah alam sekitar menjadi elemen penting dalam kehidupan manusia di seluruh dunia? Beri alasan anda.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Tidak ada bahagian bumi tidak tersentuh kesan aktiviti manusia atau pencemaran. Semakin meningkat populasi manusia dan peningkatan penggunaan per kapita, memberi kekangan besar terhadap sumber semula jadi. Peningkatan kawasan urbanisasi, perindustrian baharu dan amalan pertanian moden mencemarkan sumber air, udara dan tanah seluruh dunia. Sumber semula jadi tidak hanya dieksploitasi berlebihan, tetapi dicemari bahan kimia beracun sehingga dikhuatiri menyukarkan kelangsungan hidup generasi akan datang. Laporan World Cities Report 2020 oleh Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN HABITAT) menjelaskan pembangunan bandar terancang dapat menghasilkan nilai persekitaran sangat besar. Kecekapan sumber lebih besar bermaksud penggunaan kepada sumber tenaga lebih sedikit. Dicadangkan supaya dapat mengelak penggunaan tanah yang luas secara tidak terancang demi melindungi kawasan semula jadi dan pertanian untuk kelangsungan kehidupan masa hadapan. Sumber ubah suai : [email protected] 23 Julai 2021 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesannya terhadap negara jika pencemaran alam sekitar terus berlaku.

      [8]