Rajah berikut berkaitan dengan kerajaan Alam Melayu.
[Ciri-ciri Negara Bangsa: Raja, Rakyat, Undang-undang, X]
Apakah X ?
Konsep waadat yang mengaitkan pemerintah dan rakyat wujud dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah kepentingan konsep tersebut?
Mengapakah rakyat Amerika melancarkan Revolusi Amerika pada tahun 1776?
Bagaimanakah British menyekat perkembangan idea kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?
I Menyekat aktiviti berkumpulan
II Menubuhkan Biro Siasatan Politik
III Mengawal kebebasan bersuara
IV Menguatkuasakan perintah darurat
Perang Dunia Pertama telah tercetus di Eropah pada tahun 1914 hingga tahun 1918.
Mengapakah perang tersebut berlaku?
Situasi berikut telah berlaku semasa pendudukan pentadbiran Jepun di Tanah Melayu.
[Pendudukan Jepun membawa kepada kemelesetan ekonomi dengan kadar inflasi yang tinggi serta harga barangan yang melambung tinggi.]
Apakah tindakan Jepun untuk menanganinya?
Jadual berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun.
Tarikh: 12 September 1945 | Sistem Pentadbiran: British Military Administration (BMA)
Apakah tujuan pengenalan sistem pentadbiran tersebut?
Mengapakah Syarikat Borneo Utara British (SBUB) bertindak menyerahkan Sabah kepada kerajaan British?
Maklumat berikut berkaitan dengan faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
• Cadangan Raja-raja Melayu
• Desakan daripada orang Melayu
• X
Apakah X?
Jawatankuasa berikut dibentuk selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liaison Committee)]
Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
Apakah yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh berikut?
• Karl Marx
• Friedrich Engels
Gambar berikut merujuk kepada pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh British.
[Gambar: Pasukan Home Guard]
Apakah tugas pasukan tersebut?
Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah mengemukakan teras pembentukan sistem Pendidikan Kebangsaan.
Apakah hasrat jawatankuasa tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan Pilihan Raya Umum Pertama di negara kita.
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
• Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan
• Diisytiharkan oleh Sir Donald MacGillivray
Apakah kepentingan pilihan raya tersebut?
Gambar berikut berkaitan anggota kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
Apakah peranan kabinet tersebut?
I Membincangkan soal kewangan
II Memantapkan pemerintahan beraja
III Merangka sistem pendidikan kebangsaan
IV Mengurangkan kuasa pentadbiran British
Rajah berikut berkaitan dengan perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada tahun 1956.
[Rombongan kemerdekaan menaiki kapal laut, M.V. Asia berlepas dari Singapura ke London.] → [Rombongan ini singgah di Karachi, Pakistan dan menaiki kapal terbang ke London.]
Mengapakah anggota rombongan menggunakan pengangkutan yang berbeza?
Apakah inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Mengapakah peristiwa pemasyhuran kemerdekaan amat penting kepada Persekutuan Tanah Melayu?
Gambar berikut menunjukkan Buku Merah yang dilancarkan pada tahun 1961 dalam Rancangan Malaya Kedua.
(Sumber: http://www/muziumnegara.gov.my)
Mengapakah rancangan di atas diperkenalkan?
Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Yunani?
Setiap negara yang berdaulat mempunyai sistem perundangan yang menjadi asas kepada peraturan negara.
Apakah badan yang bertanggungjawab menentukan sistem perundangan negara kita?
[Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957]
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?
Apakah perkara yang terlibat dalam Pindaan Perlembagaan 1963?
I Struktur mahkamah
II Pengagihan kekayaan
III Peranan bahasa kebangsaan
IV Jawatan Yang di-Pertua Negeri
Apakah status Raja-raja Melayu semasa pendudukan Jepun?
Majlis Raja-Raja merupakan institusi beraja di Malaysia.
Apakah peranan yang dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja?
Mengapakah peruntukan kuasa yang lebih besar diberi kepada Kerajaan Persekutuan?
I Menjamin kestabilan negara
II Mewujudkan kerajaan Persekutuan yang kuat
III Menggubal undang-undang negara
IV Mengurus hal ehwal agama Islam
Sejak tahun 1994, sebanyak 42 buah pulau di perairan negara telah diwartakan sebagai Taman Laut.
Mengapakah langkah tersebut diambil?
Maklumat berikut berkaitan tindakan A.M Azahari.
[Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari menentang pembentukan Malaysia]
Mengapakah A.M. Azahari bertindak seperti di atas?
Indonesia melancarkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia melalui kempen "Ganyang Malaysia" pada 20 Januari 1963.
Apakah tindakan Indonesia melalui kempen tersebut?
Mengapakah Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia bersetuju dengan rancangan pemisahan Singapura dari Malaysia?
I Menjaga kepentingan rakyat
II Mengelakkan ketegangan kaum
III Menguatkan pertahanan Singapura
IV Menyukarkan kerjasama dengan Singapura
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani Peristiwa 13 Mei 1969?
I Mengisytiharkan darurat
II Menubuhkan Majlis Gerakan Negara
III Membatalkan keputusan pilihan raya
IV Menangkap dalang yang mencetuskan rusuhan
Bagaimanakah kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dalam Akta Pendidikan 1996?
I Program pendidikan bersepadu diperkenalkan
II Kurikulum sekolah KBSR dan KBSM dilaksanakan
III Mata pelajaran wajib di semua institusi pengajian
IV Diiktiraf sebagai bahasa pengantar di sekolah
Penganjuran Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) telah diadakan secara bergilir-gilir sejak tahun 1974.
Apakah kesan daripada penganjuran sukan tersebut?
Senarai berikut ialah agensi yang berkaitan dengan program pembangunan wilayah.
• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
• Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
• Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Apakah tanaman komersial yang diusahakan oleh agensi tersebut?
Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991?
Pilih pasangan yang betul berkaitan faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia.
Pasukan pengaman PBB telah dibentuk di negara bergolak di Lubnan, Somalia, dan Kemboja.
Mengapakah situasi di atas berlaku?
Kempen antiminyak kelapa sawit yang dilancarkan oleh negara maju telah menggugat ekonomi negara sedang membangun.
Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?
I Gigih dalam pekerjaan
II Berani membuat penerokaan
III Toleransi sesama masyarakat
IV Waspada terhadap anasir luar
Maklumat berikut menjadi sejarah penting bagi Langkawi.
Tahun: 2006
Peristiwa: Mengisytiharkan Langkawi sebagai geopark.
Mengapakah tindakan di atas dilakukan?