Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Pemodenan yang dilaksanakan oleh raja-raja Thailand dalam aspek politik ekonomi dan sosial telah menyelamatkan Thailand daripada dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.
10 marks- (a)
Nyatakan dua tokoh pemodenan dalam gerakan nasionalisme di Thailand. (i) (ii)
[2] - (b)
Jelaskan pemodenan pentadbiran yang dilaksanakan oleh tokoh di atas.
[4] - (c)
Jelaskan bagaimana pemodenan yang dilaksanakan berjaya menyelamatkan Thailand daripada penjajahan.
[4]
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 selepas mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.
10 marks- (a)
Nyatakan tiga pihak ahli Jawatankuasa Kerja penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. (i) (ii) (iii)
[3] - (b)
Senaraikan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[3] - (c)
Jelaskan kepentingan usaha-usaha untuk mempertahankan kemerdekaan pada hari ini.
[4]
Rajah berikut menunjukkan langkah-langkah pembentukan Malaysia. X ↓ Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ↓ Y ↓ Rundingan London ↓ Suruhanjaya Cobbold ↓ Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
10 marks- (a)
Nyatakan: (i) X (ii) Y
[2] - (b)
Penubuhan Suruhanjaya Cobbold bukti penubuhan Malaysia dibuat dengan persetujuan rakyat. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
[4] - (c)
Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada kejayaan dalam pembentukan Malaysia?
[4]
Petikan berikut adalah ucapan semasa perasmian Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. "Kita mesti menggubal satu identiti bangsa Malaysia dengan mengambil kira semua kaum dan agama. Saya menegaskan bahawa sudah sampai ketikanya bagi kita menentukan identiti dan keperibadian kebangsaan sebagai satu bangsa yang mempunyai maruah dan martabat sebagai bangsa-bangsa lain yang merdeka dan berdaulat di dunia ini." Sumber: Abdul Aziz Rahman. "100 Wira Negara" dalam MUBARAK, 14 April 2017, Kuala Lumpur
10 marks- (a)
Nyatakan tiga prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan. (i) (ii) (iii)
[3] - (b)
Mengapakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan?
[3] - (c)
Bagaimanakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan mampu memperkukuh keselamatan negara?
[4]
Section B
Sistem Ahli telah dilaksanakan pada tahun 1951 hingga tahun 1955.
20 marks- (a)
Terangkan latar belakang pembentukan Sistem Ahli.
[6] - (b)
Jelaskan ciri-ciri Sistem Ahli.
[6] - (c)
Sejauhmanakah pelaksanaan Sistem Ahli memberikan faedah kepada pemerintahan negara?
[8]
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 (PTM 1957) merupakan asas dan panduan negara yang merdeka.
20 marks- (a)
Jelaskan inti pati Perjanjian PTM 1957.
[6] - (b)
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas dalam pembinaan negara. Buktikan pernyataan di atas.
[6] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia yang dipersetujui oleh negarawan kemerdekaan negara antaranya, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V T Sambanthan. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman damai dan perpaduan. Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu kedudukan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 menjaga kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mengambil kira rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan, Raja Berperlembagaan menjadi simbol perpaduan, bahasa ibunda boleh dipelajari, agama lain diamalkan dan Perkara 153 juga menjamin kepentingan minoriti lainnya. Hakikatnya, tiada negara dalam dunia tidak memiliki kumpulan etnik yang menjadi pengasasnya. Nyata daripada pembentukan Perlembagaan Persekutuan, Malaysia sebuah negara berasaskan etnik, anak watannya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan warganegaranya terdiri kepelbagaian etnik dan agama. (Berita Harian Online, 18 Disember 2018) Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]
Pernyataan berikut berkaitan Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Bahagian IV Bab 1 - Ketua Utama Negara Perkara 32: Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
20 marks- (a)
Jelaskan kedudukan Institusi Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan tersebut.
[4] - (b)(i)
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang luas dalam pemerintahan di negara kita. Jelaskan kuasa baginda dalam aspek berikut: (i) Kuasa Eksekutif
[4] - (b)(ii)
(ii) Kuasa Perundangan
[4] - (c)
Petikan berita berikut berkaitan institusi Raja Berperlembagaan di negara kita. Sistem pemerintahan beraja menjadi pelengkap serta semak dan imbang kepada sistem pemerintahan demokrasi. Inilah yang menjadi asas kestabilan politik Malaysia selama ini. Kestabilan politik ini pula menyumbang keharmonian dan kesepaduan sosial, kemakmuran ekonomi dan kesohoran global. Dalam politik Malaysia yang semakin kompleks, peranan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja semakin relevan dan signifikan. (Sumber: https://www.bharian.com.my) Beri ulasan anda berkaitan pernyataan tersebut.
[8]
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) meneruskan usaha Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada tahun 1990.
20 marks- (a)
Jelaskan matlamat Dasar Pembangunan Negara (DPN).
[4] - (b)
Bagaimanakah DPN dilaksanakan di negara kita?
[8] - (c)
Apakah kesan sekiranya kerajaan tidak melaksanakan DPN di negara kita?
[8]
Malaysia berada di barisan hadapan dalam membangkitkan isu kemanusiaan dan keamanan.
20 marks- (a)(i)
Bagaimanakah rakyat Malaysia terlibat dalam misi kemanusiaan berkaitan isu yang berikut. (i) Isu Palestin
[4] - (a)(ii)
(ii) Isu Syria
[4] - (a)(iii)
(iii) Tsunami di Aceh dan Sri Lanka
[4] - (b)
Gambar berikut berkaitan dengan isu perjuangan di Palestin. Rasionalkan tindakan Malaysia membantu rakyat Palestin sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sehingga hari ini. Berikan pendapat anda.
[8]