SPM Tuition
Subject
  1. Ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu terdiri daripada I Kedaulatan II Undang-undang III Wilayah Pengaruh IV Lambang kebesaran

  2. Pasangan pernyataan manakah yang betul tentang peranan pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka? Pembesar – Peranan

  3. Gambar berikut merupakan antara tokoh nasionalis penting di Filipina. [Gambar: Jose Rizal] Bagaimanakah beliau memperjuangkan nasionalisme di Filipina?

    Diagram for question 3
  4. Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) merupakan antara institusi pendidikan yang berjaya melahirkan semangat kesedaran bangsa di negara kita. Bagaimanakah institusi ini berperanan menyemarakkan nasionalisme?

  5. Senarai berikut berkaitan dengan dua badan penyiasat yang diperkenalkan oleh British. • Jabatan Siasatan Jenayah • Biro Siasatan Politik Mengapakah badan di atas diperkenalkan?

  6. Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa serangan Amerika Syarikat terhadap Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Tahun – Peristiwa 6 Ogos 1945 – Bom atom “Little Boy” digugurkan ke atas bandar Hiroshima 9 Ogos 1945 – Bom atom “Fat Man” digugurkan ke atas bandar Nagasaki Apakah kesan daripada peristiwa di atas?

  7. Bagaimanakah rakyat menentang Malayan Union? I Mengadakan kongres Melayu II Menghantar surat bantahan ke London III Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England IV Menyuarakan bantahan melalui akhbar Melayu

  8. Mengapakah Sabah diserahkan kepada British selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua?

  9. Apakah faktor yang menjayakan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

  10. Maklumat berikut berkaitan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948. • Jus soli hanya terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British. • Penduduk asal dari negeri Melayu. Bagaimanakah kewarganegaraan tersebut diperoleh?

  11. Idealogi komunis dibawa masuk ke negara kita pada tahun 1920-an melalui China. Bagaimanakah ideologi tersebut dibawa masuk ke negara kita? I Rumah ibadah II Sekolah Cina III Kesatuan sekerja IV Memeterai perjanjian

  12. Mengapakah penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah ke petempatan baharu?

  13. Pilih pasangan yang betul tentang pembentukan Sistem Ahli pada tahun 1951. Portfolio – Ahli

  14. Apakah syarat yang diberikan oleh British kepada penduduk Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan?

  15. Mengapakah pilihan raya diadakan di negara kita pada tahun 1950-an?

  16. Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955? I Kemerdekaan Tanah Melayu II Sistem Ahli dimansuhkan III Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri IV Pesuruhjaya Tinggi British hilang kuasa pemerintahan

  17. Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah dikritik oleh Parti Islam Se-Malaya (PAS). Apakah isu yang menimbulkan kritikan tersebut?

  18. Agama Islam merupakan agama Persekutuan di negara kita. Apakah kedudukan agama lain dalam Perlembagaan Persekutuan 1957?

  19. Apakah persediaan Jawatankuasa Persediaan Fizikal untuk menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara? I Membina stadium II Mencipta lagu kebangsaan III Menganjurkan kursus protokol IV Menempah bendera Persekutuan Tanah Melayu

  20. Maklumat berikut berkaitan satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara. Rancangan Buku Merah Apakah kepentingan rancangan tersebut?

  21. Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara? I Mewujudkan kesejahteraan rakyat II Menunjukkan kekuatan angkatan tentera III Menjadi kuasa politik yang unggul di dunia IV Mendapat pengiktirafan daripada negara lain

  22. Maklumat berikut berkaitan ciri-ciri negara berdaulat. • Mempunyai rakyat • Mempunyai sempadan Apakah kepentingan ciri tersebut terhadap negara kita?

  23. Maklumat berikut berkaitan undang-undang di Negeri-negeri Selat. • Charter of Justice I – 1807 • Charter of Justice II – 1826 • Charter of Justice III – 1855 Apakah kesan daripada pengenalan undang-undang tersebut?

  24. Apakah ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan?

  25. Apakah bidang kuasa Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan?

  26. Pernyataan berikut berkaitan dengan badan eksekutif pada peringkat Kerajaan Persekutuan. Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang memegang portfolio tertentu. Apakah peranan badan tersebut?

  27. Jadual berikut berkaitan perkembangan sistem pentadbiran Persekutuan di negara kita. Tahun – Sistem Pentadbiran 1896 – Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1927 – Pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan 1946 – Penubuhan Malayan Union Apakah kepentingan pembentukan sistem tersebut?

  28. Maklumat berikut berkaitan agensi Persekutuan. • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Bagaimanakah agensi Persekutuan berikut melaksanakan kerjasama pembangunan sosioekonomi?

  29. Idea pembentukan Malaysia dikemukakan pada akhir abad ke-19 yang melibatkan pihak British dan penduduk tempatan. Apakah tujuan Sir Malcolm Mac Donald dan Sir Gerald Templer mencadangkan penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara? I Dekolonisasi II Keselamatan III Kebudayaan IV Potensi ekonomi

  30. Pada 30 Januari 1963, Dr Subandrio (Menteri Luar Indonesia) mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia. Mengapakah Indonesia bertindak demikian?

  31. Cabaran politik di Sarawak menjadi cabaran yang dihadapi oleh Malaysia. Apakah faktor berlakunya cabaran tersebut? I Hak sama rata II Konflik perkauman III Krisis perlembagaan IV Ancaman keselamatan

  32. Apakah langkah kerajaan dalam menangani isu taraf hidup yang berbeza dalam Rancangan Malaysia Pertama?

  33. Mengapakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk?

  34. Apakah peristiwa yang mendorong kerajaan untuk membentuk Rukun Negara?

  35. Apakah tujuan Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan Dasar Penswastaan?

  36. Maklumat berikut berkaitan perkembangan industri kereta nasional. • PROTON (1983) • PERODUA (1993) Mengapakah kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri tersebut? I Membuka peluang pekerjaan II Meningkatkan pendapatan rakyat III Menyekat kemasukan kereta import IV Mengatasi masalah inflasi

  37. Apakah usaha untuk menangani masalah kemiskinan dalam kalangan negara Komanwel?

  38. Pada tahun 1976, Malaysia telah menyertai Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara ASEAN di Bali, Indonesia. Apakah isu yang dibincangkan dalam persidangan tersebut?

  39. Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain?

  40. Gambar berikut berkaitan Anugerah Langkawi. [Gambar: logo Anugerah Langkawi] Apakah tujuan anugerah ini diperkenalkan?

    Diagram for question 40