SPM Tuition
Subject
  1. Bendahara merupakan pembesar yang mempunyai peranan penting dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Apakah peranan tersebut?

  2. Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang bertulis. • Hukum Kanun Melaka • Undang-undang Laut Melaka Apakah kepentingan undang-undang bertulis tersebut?

  3. Apakah tujuan pergerakan nasionalisme di China?

  4. British telah memperkenalkan dasar desentralisasi di Tanah Melayu. Apakah kesan dasar tersebut terhadap negara?

  5. Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939. Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut? I Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa II Perkembangan kuasa imperialis baharu III Penyekatan ekonomi terhadap kuasa Jerman IV Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles

  6. Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Jepun di Tanah Melayu. Gerakan anti-Jepun yang semakin meningkat mendorong kuasa Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA. Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Tanah Melayu?

  7. Mengapakah perkhidmatan British Military Administration (BMA) ditamatkan oleh British?

  8. Sebagai rakyat patriotik, mengapakah anda menentang Malayan Union?

  9. Apakah cadangan PUTERA-AMCJA sebagai alternatif menggantikan Perjanjian Persekutuan 1948?

  10. Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?

  11. Gambar 1 dan 2 berikut berkaitan dengan kerosakan yang dilakukan oleh Komunis Tanah Melayu. [Gambar 1 dan Gambar 2] Mengapakah mereka bertindak demikian? I Menamatkan Malayan Union II Menentang pentadbiran Jepun III Menubuhkan kerajaan republik IV Melumpuhkan ekonomi negara

    Diagram for question 11
  12. Bagaimanakah kerajaan mengawal pergerakan penduduk di bawah Undang-Undang Darurat? I Penggunaan kad pengenalan II Sistem pendaftaran kebangsaan III Penubuhan pasukan perisikan IV Menyerang kubu komunis

  13. Senarai berikut merupakan sekolah yang terdapat di Tanah Melayu. • Sekolah Melayu • Sekolah Cina • Sekolah India • Sekolah Inggeris Apakah sistem persekolahan tersebut?

  14. Apakah kepentingan Sistem Ahli terhadap usaha ke arah kemerdekaan?

  15. Mengapakah Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan?

  16. Maklumat berikut merujuk kepada ucapan perasmian Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1955. “Ini adalah hari yang amat penting dalam sejarah Majlis ini dan sebuah peristiwa penting dalam perjuangan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.” Apakah majlis yang dimaksudkan dalam ucapan tersebut?

  17. Tunku Abdul Rahman dan wakil raja-raja Melayu telah mengadakan satu misi rundingan di London berkaitan kemerdekaan. Pada pendapat anda, apakah semangat yang dimiliki oleh anggota rombongan tersebut?

  18. Gambar 3 berikut menunjukkan perarakan Tunku Abdul Rahman ke Banda Hilir, Melaka selepas tiba dari rundingan di London. [Gambar 3] Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

    Diagram for question 18
  19. Kemerdekaan negara tercapai kerana sumbangan tokoh-tokoh nasionalis negara. Bagaimanakah generasi hari ini menghargai jasa mereka?

  20. Apakah persamaan peranan kedua-dua institusi berikut? • Parlimen • Dewan Undangan Negeri

  21. Berikut adalah perkataan bahasa Arab yang merujuk kepada kedaulatan. Daulah Apakah maksud perkataan tersebut?

  22. Pemerintah dan rakyat memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Pernyataan manakah yang menerangkan peranan tersebut? (Pemerintah / Rakyat)

  23. Maklumat berikut adalah model yang digunakan oleh Suruhanjaya Reid dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Model Westminster Apakah ciri penting model tersebut?

  24. Berikut merupakan pindaan Perlembagaan 1965 berkaitan dengan pemisahan Singapura. • Imigresen • Kewangan • Hubungan Luar • X Apakah X?

  25. Gambar berikut berkaitan dengan Cap Mohor Besar Raja-Raja. [Gambar] Apakah kepentingan cap mohor tersebut?

    Diagram for question 25
  26. Bagaimanakah keahlian Dewan Rakyat dipilih?

  27. Rajah berikut berkaitan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pembahagian Kuasa → Kerajaan Persekutuan | Kerajaan Negeri Mengapakah pembahagian kuasa dilakukan?

  28. Program Perumahan Rakyat (PPR) telah dilaksanakan pada tahun 1997. Apakah kebaikan pelaksanaan program tersebut? I Membangunkan kawasan luar bandar II Membuka kawasan baharu untuk perumahan III Menyelesaikan masalah kekurangan rumah IV Menghapuskan masalah kemiskinan

  29. Maklumat berikut merujuk kepada idea gagasan Malaysia. • Penyatuan wilayah penguasaan British • Membentuk satu sistem pentadbiran dan ekonomi Mengapakah langkah tersebut diambil?

  30. Senarai berikut merupakan dasar konfrontasi yang telah dilakukan Indonesia ke atas Gagasan Malaysia. • Pendaratan tentera Indonesia di Tebedu, Sarawak • Peristiwa berbalas tembakan tentera Malaysia dan Indonesia Bagaimanakah tindakan Malaysia menangani isu serangan tersebut?

  31. Apakah cabaran dalaman negara selepas pembentukan Malaysia?

  32. Kerajaan melaksanakan pelbagai program dalam usaha mengatasi isu pembangunan dan ekonomi. • Kadar pengangguran meningkat • Peluang pekerjaan yang terhad Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut selepas merdeka?

  33. Antara berikut, yang manakah merupakan ideologi yang diusahakan oleh kerajaan untuk perpaduan rakyat?

  34. Bagaimanakah Rukun Negara dapat membentuk masyarakat yang adil?

  35. Rancangan Buku Hijau dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974. Apakah perkara yang diberi tumpuan dalam pelaksanaan dasar tersebut?

  36. Maklumat berikut merupakan salah satu strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Kemudahan Fizikal dan Alam Sekitar Pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar Bagaimanakah kerajaan melaksanakan strategi tersebut?

  37. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai hubungan erat dengan pelbagai kerajaan di rantau dan luar Alam Melayu pada abad ke-15. Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan luar pada ketika itu? I Mengekalkan penguasaan perdagangan di Selat Melaka II Memperoleh perakuan tentang kedaulatan Melaka III Membantu menguasai tanah jajahan yang luas IV Melancarkan sistem pemerintahan kerajaan Melaka

  38. Maklumat berikut adalah perubahan dasar luar Malaysia pada tahun 1970-an. Dasar Berkecuali Apakah perkara yang membuktikan perubahan dasar Malaysia tersebut?

  39. Apakah cabaran yang dihadapi oleh negara kita dalam pasaran antarabangsa?

  40. Apakah kepentingan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara?