Rakyat akan meminum air tadahan Inskripsi Telaga Batu dalam upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah kerajaan Srivijaya.
Apakah tujuan upacara tersebut dilakukan?
Laksamana berperanan dalam membantu kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah peranan laksamana?
Mengapakah gerakan nasionalis di Burma digerakkan oleh golongan kelas pertengahan yang berpendidikan Barat?
Maklumat berikut berkaitan corak perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu.
Nama Tokoh | Karya
Abdul Rahim Kajai | Cerpen Cerita Awang Putat
Shamsuddin Salleh | Cerpen Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang
Apakah persamaan isu dalam karya tersebut?
Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919.
Apakah isi kandungan perjanjian tersebut?
I Mengehadkan saiz angkatan tentera
II Menamatkan sekatan ekonomi
III Mewujudkan negara baharu
IV Menyerahkan tanah jajahan
Tokoh berikut berkaitan perjuangan gerakan anti-Jepun.
[Gambar: Albert Kwok]
Apakah sumbangan beliau?
Mengapakah Pentadbiran Tentera British (British Military Administration - BMA) di Tanah Melayu gagal melaksanakan tugasnya?
I Menyatukan pelbagai kaum
II Mengiktiraf hak pribumi
III Menghalang peningkatan inflasi
IV Mengawal wabak penyakit
Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan British Military Administration (BMA).
Perkara manakah yang terkandung dalam Perlembagaan Malayan Union pada 1 April 1946?
Maklumat berikut merupakan gabungan yang mencadangkan Perlembagaan Rakyat bagi menentang cadangan Jawatankuasa Kerja yang dipersetujui oleh British.
• Nasionalis Melayu Radikal
• Gabungan PUTERA-AMCJA
Mengapakah kedua-dua gabungan tersebut bertindak demikian?
I Pandangan ditolak
II Proses tidak demokratik
III Gagal menyatukan persekutuan
IV Hak kerakyatan dinafikan
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
I Hak semua kaum terjamin
II Majlis Raja-Raja dibentuk
III Pembentukan sebuah persekutuan
IV Mengiktiraf kedudukan agama Islam
Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua persidangan di Calcutta, India pada tahun 1948.
• Persidangan Kongres Belia Asia
• Persidangan Parti Komunis India
Apakah kesan persidangan tersebut terhadap Parti Komunis Malaya?
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.
Tahun | Peristiwa
17 Jun 1948 | Undang-Undang Darurat diisytiharkan
Apakah peristiwa yang menyebabkan undang-undang tersebut disytiharkan?
Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada Januari 1949.
Isu | Peranan CLC
• Persediaan ke arah berkerajaan sendiri | X
Apakah X?
Pembentukan Sistem Ahli oleh British di Tanah Melayu adalah selari dengan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berdasarkan Piagam Atlantik.
Bagaimanakah British menyokong dasar tersebut?
Apakah kepentingan pilihanraya dalam konteks negara yang berdaulat?
Gambar berikut merupakan Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955.
[Gambar: Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955]
Bagaimanakah kabinet tersebut berperanan dalam perkembangan sejarah kemerdekaan tanah air?
Maklumat berikut berkaitan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya Reid 1956
Pengerusi: Lord Reid
Ahli: Sir William Ivor Jennings (Britain); Sir William Mckell (Australia); Hakim B. Malik (India); Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
I Memperuntukkan hak sama rata untuk semua kaum
II Mengadakan referendum dalam kalangan penduduk
III Memastikan sistem persekutuan yang kuat
IV Menerima pandangan pelbagai pihak
Parti berikut telah menolak syarat kewarganegaraan yang longgar dalam draf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Parti Negara
UMNO
Apakah alasan yang diberikan oleh parti tersebut?
3(1) Agama di Negeri Persekutuan ialah agama Islam; akan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dalam mana-mana jua negeri dalam Persekutuan.
Apakah rumusan anda tentang peruntukan tersebut?
Bagaimanakah kerajaan berperanan dalam menangani isu antarabangsa di peringkat awal kemerdekaan?
Gambar berikut merupakan lambang yang diperkenalkan di Malaysia sebagai negara yang berdaulat.
[Gambar: Jata Negara]
Mengapakah lambang tersebut perlu dihormati?
Apakah peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia?
Maklumat berikut berkaitan sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
Pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat memperkenalkan Charter of Justice.
Apakah kepentingan undang-undang tersebut?
Perkara yang manakah yang terkandung dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan 1965?
I Imigresen
II Kewangan
III Struktur Mahkamah Atasan
IV Jawatan Yang di-Pertua Negeri
Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi Majlis Raja-Raja Melayu?
Mengapakah konsep pengasingan kuasa penting dalam amalan demokrasi berparlimen?
Senarai Persekutuan memperuntukkan kuasa Kerajaan Persekutuan.
Perkara yang manakah terletak dalam Senarai Persekutuan?
Antara berikut, manakah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
I Majlis Keselamatan Negara
II Majlis Air Negara
III Majlis Tanah Negara
IV Majlis Kewangan Negara
Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu.
Konsep Melayu Raya diperjuangkan untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia.
Mengapakah konsep tersebut tidak dapat dilaksanakan?
Pilih penyataan yang berkaitan dengan intipati Perjanjian Malaysia 1963.
I Tarikh Pembentukan Malaysia adalah 16 September 1963
II Pembahagian kerusi parlimen bagi semua wilayah adalah setara
III Kuasa menubuhkan kabinet negeri diberikan kepada Sarawak dan Sabah
IV British mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia
Apakah langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi masalah Peristiwa 13 Mei 1969?
Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu berikut selepas merdeka?
• Peluang pekerjaan terhad
• Kadar pengangguran tinggi
Gambar berikut merupakan logo Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).
[Gambar: Logo MASUM]
Mengapakah sukan tersebut diadakan secara bergilir-gilir?
Prinsip Rukun Negara yang kelima ialah kesopanan dan kesusilaan.
Mengapakah kita perlu menghayati prinsip tersebut?
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam tempoh 10 tahun bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan wawasan 2020.
Bagaimanakah dasar tersebut merapatkan jurang ketidakseimbangan pembangunan wilayah?
Apakah impak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam pembinaan kemakmuran negara.
Apakah peristiwa yang membuktikan Malaysia mengamalkan dasar berkecuali pada tahun 1970-an?
Rajah di bawah berkaitan dengan cantuman nama tiga buah negara di Asia Tenggara.
MAPHILINDO → Malaysia, Filipina, Indonesia
Mengapakah MAPHILINDO ditubuhkan oleh negara-negara tersebut?
Peta I berkaitan dengan kerjasama Malaysia dengan negara serantau.
[Peta: Lingkungan Kawasan SIJORI-GT]
Apakah manfaat yang diperolehi Malaysia dalam kerjasama tersebut?
Malaysia lantang bersuara terhadap pertubuhan dunia seperti kerelevanan organisasi PBB.
Mengapakah Malaysia bertindak demikian?