SPM Tuition
Subject
  1. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran yang tersusun. Apakah sistem pentadbiran tersebut?

  2. Hukum Kanun Melaka terdiri daripada 44 Fasal. Dalam Fasal 4 menyatakan tentang hukuman bunuh yang dikenakan kepada seseorang. Apakah kesalahan yang dikenakan mengikut undang-undang di atas?

  3. Senarai tokoh berikut merupakan pejuang nasionalisme di negara kita. • Za'ba • Fatimah Yaakub • Abdul Rahim Kajai Bagaimanakah tokoh tersebut membangkitkan kesedaran nasionalisme di negara kita?

  4. Akhbar: Al-Imam | Tahun Diterbitkan: 1906 Apakah yang disarankan oleh golongan ulama melalui penerbitan akhbar tersebut?

  5. Mengapakah Tentera Jepun memberikan layanan yang kejam kepada kaum Cina di Tanah Melayu?

  6. Gambar berikut menunjukkan Gurchan Singh yang menggerakkan penentangan terhadap pendudukan Jepun. [Gambar: Gurchan Singh] Apakah yang dilakukan beliau semasa pendudukan tentera Jepun?

    Diagram for question 6
  7. Bantahan terhadap Malayan Union telah dibuat melalui akhbar Melayu. Apakah akhbar tersebut?

  8. Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British telah mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan. Apakah bentuk penentangan yang dilancarkan oleh golongan tersebut? I Mengadakan kongres II Menulis surat bantahan III Mengadakan persidangan IV Bantahan golongan agama

  9. Mengapakah pegawai British menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu?

  10. Apakah kesan Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang bukan Melayu?

  11. Menjelang tahun 1924, cawangan Parti Kuomintang ditubuhkan pada hampir setiap bandar di negeri Melayu untuk menyebarkan pengaruh komunis. Apakah bandar tersebut?

  12. Mengapakah rakyat bergantung kepada makanan berikut semasa zaman darurat? • Ubi kayu • Keledek • Jagung

  13. Apakah kepentingan Sistem Ahli?

  14. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956? I Pendidikan Sivik diperkenalkan II Pengenalan sekolah aneka jurusan III Penggunaan kurikulum yang seragam IV Pelaksanaan sistem persekolahan yang sama

  15. Apakah pilihan raya yang terawal di negara kita?

  16. Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 1955?

  17. Gambar berikut berkaitan dengan Rundingan London yang berlangsung pada tahun 1956. [Gambar: menandatangani perjanjian Rundingan London] Apakah kepentingan rundingan tersebut?

    Diagram for question 17
  18. Apakah cara pemberian kewarganegaraan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

  19. Apakah persediaan Jawatankuasa Persediaan Fizikal untuk menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara?

  20. Gambar berikut ialah Bunga Kebangsaan. [Gambar: bunga raya] Apakah kepentingan lambang negara tersebut?

    Diagram for question 20
  21. Siapakah ketua utama negara?

  22. Gambar berikut ialah Sampul Surat Hari Pertama Pos Malaysia. [Gambar: Sampul Surat Hari Pertama "Perayaan di Malaysia Siri 3"] Apakah mesej yang diperoleh daripada sampul surat tersebut?

    Diagram for question 22
  23. Senarai berikut merupakan undang-undang Inggeris yang diperkenalkan di negara kita. • Charter of Justice I • Charter of Justice II • Charter of Justice III Apakah matlamat British memperkenalkan undang-undang tersebut?

  24. Apakah nama Sabah sebelum pembentukan Malaysia?

  25. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 mulai 31 Januari 2024. [Gambar: Sultan Ibrahim] Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dipilih?

    Diagram for question 25
  26. Apakah kesan kerjasama politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 14?

  27. Rajah berikut menunjukkan tiga peringkat pentadbiran kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia → Kerajaan Persekutuan Kerajaan Malaysia → Kerajaan Negeri Kerajaan Malaysia → X Apakah X?

  28. Apakah majlis yang ditubuhkan untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri? I Majlis Khazanah Nasional II Majlis Persekutuan Negeri III Majlis Kewangan Negara IV Majlis Tanah Negara

  29. Mengapakah British bersetuju dengan idea pembentukan Malaysia?

  30. Maklumat berikut berkaitan intipati Perjanjian Malaysia. Kerusi parlimen diberikan kepada Singapura sebanyak 12 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Sabah 16 kerusi. Mengapakah setiap negeri mendapat pengagihan kerusi parlimen yang berbeza?

  31. Apakah kesan daripada pemecatan Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak?

  32. Perkembangan berikut telah menjadi punca utama peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Ketidakseimbangan ekonomi dan sosial ↓ Perarakan selepas Pilihan Raya Umum 1969 Mengapakah perkembangan tersebut telah mencetuskan peristiwa rusuhan kaum di negara kita?

  33. Aminuddin Baki [Gambar: Aminuddin Baki] Mengapakah tokoh berikut memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan pada tahun 1965?

    Diagram for question 33
  34. Maklumat berikut berkaitan prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan. • Berteraskan kebudayaan rakyat asal Rantau Melayu • Unsur kebudayaan lain yang sesuai • X Apakah X?

  35. Apakah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengadakan garis panduan pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?

  36. Apakah langkah yang diambil dalam DEB dan DPN yang berjaya menurunkan kadar kemiskinan di Malaysia?

  37. Apakah peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? I Menggerak ZOPFAN II Menganggotai CHOGM III Menyertai misi pengaman IV Menjadi ahli Majlis Keselamatan

  38. Jadual berikut berkaitan peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM). • Menyuarakan isu pencerobohan hak asasi • Dasar Aparteid • Isu Bosnia dan Herzegovina Apakah saranan Malaysia bagi menangani isu tersebut?

  39. Apakah tujuan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) diwujudkan?

  40. Sebagai rakyat Malaysia, apakah nilai yang boleh diambil bagi menjaga kelestarian alam sekitar?