SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Pelaksanaan pemerintahan secara sistematik menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang unggul.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan pembesar yang terlibat dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan peranan pembesar di soalan 1 (a).

      [4]
    3. (c)

      [Gambar: Pelabuhan Melaka] Sumber: https://www.utusan.com.my/rencana/forum/ 2023 Gambar di atas memaparkan kesibukan Pelabuhan Melaka yang melambangkan kejayaan Kesultanan Melayu Melaka. Sejauh manakah hubungan antara Sultan Melaka dengan Pembesar Berempat membantu kejayaan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

      [4]
      Diagram for question 1 (c)
  2. Gambar berikut menunjukkan zaman komunis di Tanah Melayu. [Gambar] Sumber Gambar: https://historyworldssbj.blogspot.com/2014/03/darurat-1948-1960_2883.html

    10 marks
    Diagram for question 2
    1. (a)

      Ideologi komunis telah bermula sekitar tahun 1930an dan terus berkembang selepas Perang Dunia Kedua. Namakan dua pengasas ideologi komunisme di Barat. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Bagaimanakah Parti Komunis Malaya berkembang di Tanah Melayu?

      [4]
    3. (c)

      Bagaimanakah kita boleh menghargai keamanan yang telah kita kecapi selama 67 tahun?

      [4]
  3. Pembentukan sistem Persekutuan di negara kita bermula sejak tahun 1896 dan terus berkembang hingga hari ini.

    10 marks
    1. (a)

      Berikan maksud sistem Persekutuan di negara kita.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan peranan dan tanggungjawab bagi kerajaan berikut: (i) Pentadbiran Kerajaan Persekutuan [2 markah] (ii) Pentadbiran Kerajaan Negeri [2 markah]

      [4]
    3. (c)

      Hubungan baik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri dapat menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. Beri komen anda.

      [4]
  4. Cabaran utama selepas Pembentukan Malaysia ialah pembangunan ekonomi terutama di Sabah dan Sarawak. Selain itu, Malaysia menghadapi cabaran dalam persaingan politik dan ancaman komunis. Kerajaan Persekutuan telah memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam menghadapi cabaran ini.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah cabaran yang dihadapi oleh negara Malaysia selepas pembentukannya? (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan usaha yang telah dilakukan untuk menghadapi cabaran di atas.

      [4]
    3. (c)

      [Gambar: Buku Strategy for Action, Tun Abdul Razak] Dalam buku Strategy for Action, Tun Abdul Razak meminta semua rakyat Malaysia agar lebih berdedikasi dalam usaha membangunkan negara menjadi tanah air yang gembira dan makmur bagi diri sendiri dan anak-anak. Sumber: Arkib Negara Malaysia Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, huraikan strategi yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kesejahteraan ekonomi negara kita.

      [4]
      Diagram for question 4 (c)

Section B

  1. Maklumat berikut berkaitan dengan semangat nasionalisme. Hari ini kita meraikan ulang tahun kemerdekaan negara dalam suasana negara sudah jauh lebih maju dari semua aspek tetapi semangat nasionalisme yang menjadi pendorong utama kemerdekaan semakin luntur. Sesungguhnya, dengan semangat kemerdekaan dan patriotisme yang membara negara kita dapat mencapai kemerdekaan. -Berita Harian, 31 Ogos 2013

    20 marks
    1. (a)

      Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

      [4]
    2. (b)

      Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan terhadap hak dan kebebasan rakyat. Jelaskan tentang revolusi berikut: (i) Revolusi Keagungan di England (1688) [4 markah] (ii) Revolusi Perancis (1789) [4 markah]

      [8]
    3. (c)

      Poster berikut menggambarkan Sambutan Hari Kemerdekaan. [Poster] Beri ulasan anda.

      [8]
      Diagram for question 5 (c)
  2. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948 antara Raja-raja Melayu dengan Edward Gent, wakil kerajaan British di King's House, Kuala Lumpur.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah faktor penubuhan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dari aspek pentadbiran.

      [4]
    3. (c)

      Terangkan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dari aspek kerjasama kaum.

      [4]
    4. (d)

      Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mengembalikan kedaulatan raja dan kedudukan bangsa Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Buktikan.

      [8]
  3. Sejak tahun 1957, jawatan Raja Berperlembagaan yang dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong telah diperkenalkan di Malaysia.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan konsep Raja Berperlembagaan tersebut.

      [6]
    2. (b)

      Huraikan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong berikut: (i) Kuasa Eksekutif [2 markah] (ii) Kuasa Perundangan [2 markah] (iii) Kuasa Kehakiman [2 markah]

      [6]
    3. (c)

      Sistem Raja Berperlembagaan perlu dipertahankan. Mengapakah anda menyokong pernyataan tersebut?

      [8]
  4. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka untuk tempoh masa 10 tahun iaitu 1991-2000. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat pada 17 Jun 1991.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah strategi Dasar Pembangunan Nasional?

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menyusun semula masyarakat semasa pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

      [8]
    3. (c)

      Perbelanjaan kerajaan melalui subsidi khususnya adalah diperlukan dan sangat penting bagi memperbaiki kebajikan masyarakat secara keseluruhannya. Dalam pembangunan sektor pertanian, peruntukan atau perbelanjaan kerajaan kepada sektor pertanian lebih tertumpu kepada pembangunan fizikal infrastruktur seperti jalan raya, sistem pengairan dan tali air, subsidi input pengeluaran (seperti baja, racun dan benih) bagi tujuan peningkatan hasil padi. Di samping itu juga, program mekanisme turut diberi penekanan melalui pembangunan mesin, traktor dan mekanisme yang lain bagi memodenkan lagi pengeluaran tanaman ini. Sumber: bharian.com.my Wajarkah pemberian subsidi diteruskan oleh kerajaan? Nyatakan pendirian anda dan berikan alasannya.

      [8]
  5. Penggubalan dasar luar Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat domestik dan antarabangsa.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

      [4]
    2. (b)

      Malaysia menjadi anggota banyak pertubuhan antarabangsa. Terangkan manfaat yang diperoleh Malaysia melalui pertubuhan Komanwel.

      [8]
    3. (c)

      Teliti maklumat berikut. MATLAMAT PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA 1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara 2. Melindungi kepentingan industri 3. Mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia 4. Memupuk hubungan baik dengan negara luar 5. Menghadapi perkembangan serta cabaran politik, ekonomi dan sosial Huraikan maklumat di atas dan mengapakah hubungan baik dengan negara luar perlu diperkukuh?

      [8]
      Diagram for question 9 (c)