Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka memperkenalkan aspek berikut?
Lambang kebesaran
Rajah berikut merupakan fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka.
Jenayah
Ekonomi
Kekeluargaan
X
Apakah X?
Nasionalisme di Burma (Myanmar) bermula apabila golongan Thakin menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.
Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?
Senarai berikut merupakan hasil penulisan kreatif Pak Sako atau Ishak Haji Muhammad.
Anak Mat Lela Gila
Putera Gunung Tahan
Bagaimanakah Pak Sako memberikan kesedaran nasionalisme kepada penduduk di Tanah Melayu?
I Menyindir penjajah
II Memperjuangkan Pendidikan orang Melayu
III Mengadakan ceramah umum
IV Mengingatkan kepentingan kebebasan
Kedatangan Jepun ke negara kita pada tahun 1941 disebabkan oleh beberapa faktor.
Apakah faktor tersebut?
Operasi Semut merupakan Gerakan Anti-Jepun yang berlaku di Sarawak yang merupakan sebahagian daripada kempen tentera Bersekutu menentang Jepun.
Apakah strategi yang dijalankan dalam Operasi Semut ini?
I Melakukan pemberontakan bersenjata
II Melakukan sabotaj
III Melancarkan perang gerila
IV Mengumpulkan risikan
Apakah akhbar Melayu yang terlibat dengan penentangan terhadap Malayan Union?
Rosli Dhoby telah ditangkap kerana membunuh Sir Duncan Stewart, Gabenor British Sarawak yang kedua.
Apakah kesan pembunuhan tersebut?
Gambar berikut menunjukkan peristiwa Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948.
Pernyataan manakah yang betul berkenaan cadangan Raja-raja Melayu bagi menyelesaikan konflik penubuhan Malayan Union?
Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Malayan Union?
I Rakyat boleh memilih pengganti raja
II Tanah Melayu menjadi hak mutlak orang Melayu
III Kedaulatan Raja-raja Melayu dikekalkan
IV Hak keistimewaan orang Melayu dipelihara
Bagaimanakah pengaruh komunis dapat diserap sehingga penduduk Tanah Melayu terpengaruh dengan ideologi komunis?
Mengapakah rancangan penempatan semula Kampung Baru merenggangkan hubungan antara kaum?
Apakah kepentingan pelaksanaan Sistem Ahli di negara kita?
Maklumat berikut berkaitan dengan langkah memperkasa sistem Pendidikan di Tanah Melayu.
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah sekiranya terdapat 15 orang murid dalam kumpulan yang sama
Maklumat di atas merujuk kepada
Perikatan UMNO – MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi negeri yang dipertandingkan dalam pilihan raya peringkat negeri.
Apakah faktor kemenangan Pakatan tersebut?
Siapakah yang mengetuai pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu selepas Pilihan Raya Umum 1955?
Rundingan kemerdekaan antara wakil Raja-raja Melayu dengan wakil Parti Perikatan di London telah membincangkan beberapa isu.
Apakah isu yang dibincangkan dalam rundingan tersebut?
I Kerakyatan jus soli
II Mewujudkan pakatan murni
III Keselamatan negara
IV Hubungan British dan Tanah Melayu
Sebagai rakyat Malaysia, apakah iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Berikut merupakan jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menjayakan sambutan kemerdekaan negara.
Jawatankuasa Fizikal
X
Apakah X?
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kerajaan pada hari ini dapat menjalankan pentadbiran negara dengan baik?
Berikut merupakan sistem pentadbiran yang diamalkan di negara kita.
Demokrasi Berparlimen
Mengapakah sistem tersebut penting terhadap kedaulatan negara?
Penyataan berikut berkaitan dengan konsep patriotisme.
• Perasaan cinta yang mendalam terhadap negara
• Sanggup mempertahankan negara demi kemakmuran dan kestabilan negara
Apakah peranan rakyat bagi merealisasikan semangat tersebut?
Negara kita mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri sebelum kedatangan kuasa Barat.
Apakah bentuk pemerintahan negara kita sebelum kedatangan British?
Pindaan perlembagaan pada 7 Ogos 1965 merupakan satu peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah negara kita.
Apakah implikasinya?
Antara berikut, yang manakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?
Maklumat berikut berkaitan dengan gabungan unsur tradisional dan moden dalam pentadbiran negara kita.
• Raja Berperlembagaan
• Demokrasi Berparlimen
Apakah kepentingan wujudnya kedua-dua unsur tersebut dalam sistem pentadbiran negara kita?
Antara berikut, perkara manakah yang terletak di bawah Senarai Bersama?
I Biasiswa
II Perumahan
III Pertahanan
IV Pertanian dan perhutanan
Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Apakah tujuan mesyuarat tersebut diadakan?
Sebelum idea gagasan Malaysia muncul, telah ada idea lain yang ingin menggabungkan bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara.
Apakah idea tersebut?
Tarikh Pengisytiharan Malaysia ditangguhkan dari 31 Ogos 1963 kepada 16 September 1963.
Mengapakah berlaku situasi tersebut?
Apakah cabaran utama yang menyebabkan kerajaan sukar memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan di Sarawak dan Sabah?
Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyebabkan berlaku ketegangan antara kaum.
Apakah langkah serta merta yang diambil untuk menghentikan rusuhan?
Berdasarkan Kajian Aminuddin Baki, sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965.
Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan?
Rajah 1 menunjukkan sebuah logo sukan yang dianjurkan di Malaysia.
Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?
Antara berikut, yang manakah strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mencapai perpaduan kaum?
I Membasmi kemiskinan
II Membuka industri baru
III Menawar peluang pekerjaan
IV Menyusun semula penduduk
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional berjaya memberi kesan terhadap peningkatan taraf hidup rakyat.
Apakah buktinya?
Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap Kerusi Majlis Keselamatan PBB sebanyak empat kali. Apakah peranan Majlis Keselamatan PBB?
Malaysia menentang Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.
Mengapakah Malaysia menentang dasar tersebut?
Bagaimanakah Malaysia menangani masalah kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 – 1998?
Malaysia telah melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara pada tahun 2009.
Apakah tujuan pelancaran dasar tersebut?