SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Rajah berikut menunjukkan pembahagian masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka. [Piramid: Sultan (atas) – Pembesar – Rakyat (bawah)]

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan golongan berikut. (i) Pemerintah [1 markah] (ii) Rakyat [1 markah]

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan peranan golongan di (a).

      [4]
    3. (c)

      Petikan berikut berkaitan hubungan golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah. “rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon, jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri demikian lagi raja itu dengan segala rakyatnya” Sumber: W.G Shellabear, 1995. Sejarah Melayu Ulas petikan berikut.

      [4]
  2. Raja-raja Melayu bersetuju mengadakan Pilihan Raya Umum Pertama bagi memilih anggota Majlis Mesyuarat Persekutuan (MPP) 1955.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan syarat-syarat menjadi calon dalam pilihan raya tersebut. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

      [4]
    3. (c)

      Pada pandangan anda, bagaimanakah seseorang calon pilihanraya boleh menarik pengundi muda?

      [4]
  3. Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan negara. Perlembagaan mempunyai dua ciri utama, iaitu tradisional dan moden.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan ciri-ciri tradisional yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan ciri-ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan.

      [4]
    3. (c)

      Berikut ialah prinsip ketiga Rukun Negara kita. Keluhuran Perlembagaan Mengapakah prinsip tersebut dijadikan prinsip Rukun Negara?

      [4]
  4. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 memperuntukan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan langkah-langkah yang dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

      [3]
    2. (b)

      Bagaimanakah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan meningkatkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu?

      [3]
    3. (c)

      Teliti lirik lagu “Bahasa Jiwa Bangsa” berikut. Gunakanlah Bahasa kebangsaan kita, Marilah amalkan ramai-ramai, Bahasalah menyatukan kita semua, Yakinlah Bahasa jiwa bangsa Berdasarkan lirik lagu tersebut, sejauh manakah bahasa kebangsaan mampu menyatukan rakyat Malaysia?

      [4]

Section B

  1. Konflik dunia merangkumi Perang Dunia Kedua (1939-1945) di Eropah tercetus akibat daripada persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan latar belakang Perang Dunia Kedua.

      [4]
    2. (b)

      Mengapakah Perang Dunia Kedua berlaku?

      [8]
    3. (c)

      Maklumat berikut berkaitan dengan perang dunia. 3 SEPTEMBER ini menandakan ulang tahun ke-76 tamatnya Perang Dunia Kedua. Ketika kita memperingati kejayaan pihak Berikat menghancurkan kuasa Paksi, kita juga turut sama berkongsi rasa dukacita yang mendalam disebabkan hampir setiap negara di dunia dan merasai derita hari-hari perang berkenaan. Semasa Perang Dunia Kedua, Rusia (ketika itu dikenali Kesatuan Republik Sosialis Soviet) dan China kehilangan banyak nyawa. Nyawa tentera dan orang awamnya yang melayang dalam perang mencecah lebih daripada separuh angka kematian seluruh dunia, yang dianggarkan antara 70 dan 85 juta orang. Di sebalik tragedi sejagat itu sudah jauh ketinggalan dalam lipatan sejarah, kita wajar mengenangnya sebagai satu pengajaran atau iktibar yang sangat bernilai. Ia memberi kita pemahaman yang tepat tentang apa yang perlu dijadikan sempadan dan apa pula yang wajar dijadikan teladan. Sebelum perang berakhir sekali pun, Perang Dunia Kedua sudah mengubah sikap masyarakat dunia terhadap hal ehwal antarabangsa. Sumber: https://www.astrowani.com/berita-dunia/kolumnis Apakah pengajaran atau iktibar yang diperolehi daripada peristiwa tersebut?

      [8]
  2. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) berperanan menyelesaikan isu yang melibatkan pertikaian antara kaum.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan peranan CLC dalam menyelesaikan isu tersebut.

      [6]
    2. (b)

      Tindakan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut berjaya memupuk perpaduan kaum. Terangkan pernyataan tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Teliti petikan akhbar berikut. Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, semangat muhibah terhasil apabila rakyat yang berasal dari etnik dan agama yang berbeza saling menghormati antara satu sama lain dan sentiasa berhati-hati dan menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum. “Di Malaysia, perpaduan dalam komuniti pelbagai kaum sebahagian daripada sejarah dan warisan kita. Ia menjadi sumber penting integrasi kaum selama bertahun-tahun dan pastinya memainkan peranan penting dalam menjadikan Malaysia tempat yang harmoni untuk hidup, belajar dan bermain,” katanya. Sumber: http://www.bharian.com.my/berita/nasional Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan di atas dan terangkan kesan sekiranya perpaduan tidak diamalkan dalam masyarakat kita?

      [8]
  3. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting untuk memastikan segala usaha pembangunan dapat memberikan manfaat kepada rakyat.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan kerjasama pembangunan dari aspek sosioekonomi.

      [6]
    2. (b)

      Bagaimanakah sistem Persekutuan di negara kita diperkukuhkan?

      [6]
    3. (c)

      Konsep pembahagian kuasa yang diamalkan di negara ini membawa manfaat kepada negara Malaysia. Terangkan pernyataan tersebut.

      [8]
  4. Poster berikut berkaitan dengan proses pembentukan Malaysia setelah Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu 1963.

    20 marks
    Diagram for question 8
    1. (a)

      Jelaskan idea pembentukan Malaysia.

      [6]
    2. (b)

      Terangkan langkah-langkah pembentukan Malaysia.

      [6]
    3. (c)

      Baca petikan berikut. Kekuatan utama Malaysia sejak merdeka ialah kestabilan politik yang telah membolehkan negara ini mencapai kejayaan yang membanggakan dalam pelbagai bidang. Untuk memastikan Malaysia terus mencatatkan kejayaan, kita memerlukan keamanan dan kestabilan politik. Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah negara maju. Kita mempunyai pelbagai sumber dan modal insan yang berkualiti. Salah satu prasyarat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi ialah pelaburan dalam dan luar negeri. Pelaburan adalah di antara pemangkin kepada pemulihan ekonomi yang dapat menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendapatan dan meningkatkan eksport. Iklim pelaburan yang kukuh serta kestabilan politik akan memastikan Malaysia dapat terus menarik pelaburan dari dalam dan luar negara. Sumber Diubah suai: daripada petikan ucapan Dato Sri Mustapa Mohamed, 5 Ogos 2021 Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan langkah-langkah untuk mencapai sebuah negara maju.

      [8]
  5. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa dan bergiat aktif seperti dalam pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan peranan Malaysia dalam NAM.

      [6]
    2. (b)

      Terangkan pelibatan Malaysia dalam OIC.

      [6]
    3. (c)

      Maklumat berikut adalah berkaitan dengan dasar luar Malaysia. • Dasar keamanan dan berkecuali • Dasar berbaik-baik dengan semua negara Mengapakah dasar tersebut harus diamalkan oleh pemimpin negara kita?

      [8]