SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat. Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka: Hukum Kanun Melaka; Undang-undang Laut Melaka

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut. (i) Hukum Kanun Melaka [2 markah] (ii) Undang-undang Laut Melaka [2 markah]

      [4]
    2. (b)

      Bagaimanakah undang-undang tersebut berjaya mewujudkan kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

      [2]
    3. (c)

      Dalam Hukum Kanun Melaka, terdapat beberapa perkataan yang hanya boleh digunakan oleh raja, iaitu titah, murka, kurnia dan anugerah. Rakyat tidak dibenarkan mempersendakan dan menuturkan perkataan tersebut. (Sumber diubahsuai: Buku teks Tingkatan 4, 2019) Ulaskan pernyataan tersebut.

      [4]
  2. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) telah ditubuhkan pada tahun 1949 oleh pentadbir British di bawah Sir Malcolm MacDonald untuk mengeratkan hubungan kerjasama dan persefahaman antara masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah matlamat pembentukan CLC?

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan peranan yang dimainkan oleh jawatankuasa tersebut dalam menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum.

      [4]
    3. (c)

      Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC) 1949 membabitkan pelbagai etnik berusaha menyelesaikan sesetengah masalah Perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan berlainan daripada pelbagai etnik. Melalui CLC, pemimpin pelbagai etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan dicari jalan penyelesaiannya. Selain berusaha merapatkan hubungan dan kerjasama antara etnik, CLC sendiri dianggap sebagai platform bagi wakil setiap etnik menyuarakan kepentingan politik masing-masing. (Sumber: https://www.bharian.com.my) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan pembentukan jawatankuasa tersebut.

      [4]
  3. Kebebasan asasi merupakan salah satu ciri amalan demokrasi yang dinikmati oleh setiap warganegara Malaysia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan seperti rajah berikut. Kebebasan Asasi Mengikut Perlembagaan Persekutuan: • X • Hak Berkenaan Pendidikan • Kebebasan Beragama • Y

    10 marks
    1. (a)

      Apakah X dan Y?

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan ciri-ciri kebebasan asasi seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

      [4]
    3. (c)

      Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda mengamalkan kebebasan asasi supaya negara kekal aman dan makmur?

      [4]
  4. Rajah berikut berkaitan langkah kerajaan untuk membina kesejahteraan negara. Perpaduan: • Dasar Kebudayaan Kebangsaan • Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan dua prinsip utama dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Bagaimanakah usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan?

      [4]
    3. (c)

      Teliti petikan berikut. Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan bangsa yang mempunyai pelbagai adat dan budaya. Jabatan Menteri sebulat suara bersetuju bahawa semua perayaan berasaskan kebudayaan harus diraikan oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya, perlu meraikan bagi memupuk kebersamaan dan perpaduan yang erat di negara kita. Perbezaan agama, budaya dan adat resam setiap kaum dirai bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. (Sumber diubahsuai: www.awani.com) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [4]

Section B

  1. Perkembangan nasionalisme di negara kita turut disemarakkan melalui penulisan oleh golongan guru, penulis dan wartawan yang menghasilkan karya seperti akhbar, majalah, novel, cerpen dan puisi.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan isu yang diketengahkan oleh akhbar pada ketika itu.

      [4]
    2. (b)

      Bagaimanakah golongan intelektual di negara kita menyumbang kepada perkembangan nasionalisme pada abad ke-20?

      [8]
    3. (c)

      Teliti maklumat dalam poster berikut. [Poster: TULAR BERITA BARU? SEMAK SEBELUM SEBAR! — BACA: Jangan baca tajuk utama sahaja; baca artikel/ulasan penuh berkenaan sesuatu berita/isu. SEMAK: Semak sumber berita sama ada daripada pihak berautoriti atau akhbar tempatan; layari portal SEBENARNYA.MY untuk mengesan kesahihan maklumat. SEBAR: Sebarkan jika berita atau fakta yang disemak diyakini SAHIH & daripada sumber yang SAH. Sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Jadilah PENGGUNA BIJAK yang hanya menyebarkan berita BENAR dan SAHIH. TIDAK PASTI JANGAN KONGSI.] (Sumber: https://www.mkn.gov.my) Berikan ulasan anda.

      [8]
      Diagram for question 5 (c)
  2. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 5 Ogos 1957 merupakan asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang merdeka.

    20 marks
    1. (a)

      Terangkan inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan kepentingan perjanjian tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Teliti infografik berikut. [Infografik: Sekilas Profil Malaysia. AGAMA — 1. Mengikut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan: Agama Islam ialah agama Persekutuan; agama lain boleh diamalkan dengan aman & damai di mana-mana bahagian Persekutuan. 2. Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan (Kebebasan beragama) pula menyatakan: Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti & mengamalkan agamanya & tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkannya. BAHASA RASMI — 1. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan: Bahasa Melayu yang juga dikenali sebagai Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi; ia tidak boleh dipertikai fungsi & peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. 2. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. 3. Kepentingannya ialah sebagai Bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran & pembelajaran. 4. Namun, masyarakat pelbagai kaum bebas menggunakan bahasa lain.] (Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia; Infografik Bernama, 19 Ogos 2021) Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan dan mengapakah perkara tersebut termaktub dalam perlembagaan negara kita?

      [8]
      Diagram for question 6 (c)
  3. Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. • Pembangunan sosioekonomi • Penyediaan perumahan rakyat

    20 marks
    1. (a)

      Bagaimanakah kerjasama pembangunan sosioekonomi dilaksanakan antara kedua-dua kerajaan tersebut selepas merdeka?

      [6]
    2. (b)

      Terangkan kerjasama dalam pembangunan penyediaan perumahan rakyat oleh kerajaan.

      [6]
    3. (c)

      Baca dan fahami petikan berikut. Antara perkara yang tersenarai di bawah Senarai Persekutuan ialah hubungan luar seperti perjanjian antarabangsa, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah termasuk bidang kuasa dan kuasa mahkamah (kecuali Mahkamah Syariah negeri), rahsia rasmi, undang-undang Islam dan peribadi yang lain bagi tujuan undang-undang Persekutuan dan kewarganegaraan Malaysia. Ia juga termasuk perkara seperti kewangan, perdagangan dan perindustrian termasuk import dan eksport, perkapalan termasuk pelabuhan, perhubungan dan pengangkutan, pendidikan, perubatan dan kesihatan, kebajikan orang asli, pelancongan, buruh dan keselamatan sosial. Bagi Senarai Negeri pula, ia termasuk undang-undang Islam dan undang-undang peribadi dan keluarga bagi individu yang menganut agama Islam, mewujudkan Mahkamah Syariah, tanah, pertanian dan hutan, kerajaan tempatan, pihak berkuasa tempatan, pemilihan kerajaan tempatan, pasar dan pelesenan teater, pawagam dan tempat-tempat hiburan awam, kerja raya negeri dan air (kecuali pembekalan dan perkhidmatan air) serta cuti negeri. (Sumber: Diubahsuai daripada sinarharian.com.my) Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan di atas dan kelebihan pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara.

      [8]
  4. Pada akhir abad ke-19, idea pembentukan Malaysia telah dikemukakan oleh pihak British dan penduduk tempatan.

    20 marks
    1. (a)

      Huraikan langkah-langkah pembentukan Malaysia berikut: (i) Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JKSM) [4 markah] (ii) Suruhanjaya Cobbold [4 markah] (iii) Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) [4 markah]

      [12]
    2. (b)

      Baca dan fahami maklumat dalam petikan berikut. Malaysia hari ini, antara negara bebas daripada pengaruh dan anasir asing. Ini manfaat paling berharga dinikmati generasi baharu Malaysia kerana dapat hidup aman dan damai. Berbeza kehidupan nenek moyang yang sentiasa hidup ketakutan, kerisauan, kebuluran dan menjadi mangsa kekejaman komunis. Ekoran ini juga wujud satu negara bangsa yang besar merangkumi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ia mengimbangi nisbah penduduk terdiri pelbagai agama, budaya dan bangsa. Percantuman Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sesungguhnya menyatupadukan seluruh bangsa dan kaum sehingga terbentuknya suatu budaya sangat unik di bawah satu payung. Malaysia antara negara yang sangat kaya dengan keunikan budaya, adat resam, kepercayaan dan gaya hidup. Lihatlah kesannya sekarang, dengan pelancong daripada dalam dan luar negara tertarik melihat sendiri gaya hidup masyarakat yang mempunyai budaya unik ini. (Sumber: Diubahsuai daripada bharian.com.my) Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan iktibar yang boleh diambil.

      [8]
  5. Dasar luar Malaysia terus diperkukuh selepas kemerdekaan. Hal ini bagi mencorakkan dan menggubal dasar yang mampu memberikan faedah kepada kedaulatan negara.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan cabaran bagi mengukuhkan dasar luar.

      [4]
    2. (b)

      Terangkan peranan Malaysia dalam pertubuhan berikut: (i) Komanwel [4 markah] (ii) OIC [4 markah]

      [8]
    3. (c)

      PUTRAJAYA: Asas-asas utama dasar luar Malaysia seperti dasar berkecuali dan kerjasama dengan negara-negara lain akan terus dikekalkan, beberapa aspek akan menjadi keutamaan termasuk hubungan dengan negara-negara tertentu yang memerlukan tinjauan semula. Sebagai contoh, hubungan dengan ASEAN, satu daripada dasar luar yang sangat penting untuk diberikan keutamaan, hubungan dengan negara-negara kuasa besar, Asia Barat dan sebagainya. (Senator Datuk Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Luar; Sumber: https://www.astroawani.com) Bincangkan maklumat yang terdapat dalam petikan dan kesan pengamalan dasar tersebut kepada negara.

      [8]