Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) yang berlaku di Eropah dan Asia Pasifik melibatkan Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu.
10 marks- (a)
Namakan dua negara yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
[2] - (b)
Jelaskan faktor berlakunya Perang Dunia Kedua.
[4] - (c)
Apakah iktibar yang boleh diambil untuk mengelakkan peperangan berlaku pada masa sekarang?
[4]
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan telah diadakan pada tahun 1955.
10 marks- (a)
Mengapakah pilihan raya tersebut diadakan?
[2] - (b)
Bagaimanakah Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dilaksanakan?
[4] - (c)
Jadual di bawah menunjukkan perkembangan kerjasama politik di Malaysia. Tahun pembentukan | Kerjasama politik 1954 | Parti Perikatan 1974 | Parti Perikatan menukar nama kepada Barisan Nasional 1999 | Barisan Alternatif 2008 | Pakatan Rakyat Mengapakah kerjasama politik berkembang dalam amalan demokrasi di negara kita sehingga hari ini?
[4]
Kedaulatan negara penting bagi mewujudkan keberkesanan pentadbiran, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kecemerlangan hubungan luar negara
10 marks- (a)
Nyatakan kepentingan mewujudkan negara yang berdaulat i) ii) iii)
[3] - (b)
Jelaskan langkah-langkah mempertahankan kedaulatan.
[3] - (c)
Pada pendapat anda, mengapakah masih berlaku campur tangan kuasa asing yang memusnahkan kedaulatan negara lain sehingga kini?
[4]
Petikan berikut adalah ucapan semasa perasmian Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. “Kita mesti menggubal satu identiti bangsa Malaysia dengan mengambil kira semua kaum dan agama. Saya menegaskan bahawa sudah sampai ketikanya bagi kita menentukan identiti dan keperibadian kebangsaan sebagai satu bangsa yang mempunyai maruah dan martabat sebagai bangsa-bangsa lain yang merdeka dan berdaulat di dunia ini” Sumber: Abdul Aziz Rahman. “100 Wira Negara” dalam MUBARAK 14 April 2017, Kuala Lumpur
10 marks- (a)
Nyatakan tiga prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan. (i) (ii) (iii)
[3] - (b)
Mengapakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan?
[3] - (c)
Bagaimanakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan mampu memperkukuh keselamatan negara?
[4]
Section B
Maklumat penjajahan kuasa Barat pada abad ke-19 telah menggerakkan kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara
20 marks- (a)
Jelaskan perkembangan nasionalisme di Thailand.
[6] - (b)
Huraikan gerakan nasionalisme di Indonesia.
[6] - (c)
Baca petikan berikut. Patriotisme adalah satu perkara yang amat penting kepada rakyat setiap negara. Perkataan ini bukan sekadar luahan perasaan tetapi menuntut kepada penghayatan oleh setiap warganegara. Patriotisme juga bukan sekadar semangat, tetapi ia merupakan sesuatu yang agung melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan. Nasionalisme adalah gerakan mencipta masyarakat yang lebih terbuka untuk mendapatkan kebahagiaan perseorangan, bagi menjamin kemerdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran. Dengan kata lain, nasionalisme itu adalah satu semangat. Oleh itu, kebudayaan seperti agama, bahasa dan lain-lain boleh menimbulkan semangat nasionalisme. Melalui elemen-elemen tersebut juga, nasionalisme mampu mewujudkan semangat yang dapat melahirkan satu identiti baharu bagi negara yang dijajah. Semangat nasionalisme juga dapat melahirkan perasaan bersatu padu antara rakyat yang dijajah. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/99031 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesannya kepada negara jika diamalkan.
[8]
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
20 marks- (a)
Huraikan langkah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
[6] - (b)
Terangkan intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[6] - (c)
Baca petikan berikut. Perlembagaan negara kita unik kerana ia terhasil melalui perjuangan orang Melayu menolak Malayan Union dan perjuangan kemerdekaan menghasilkan Perjanjian Kemerdekaan 1957. Melalui kontrak sosial, semua kaum diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan sebahagian daripada hak yang lain. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain. Kaum lain mendapat jaminan hak mengamalkan adat resam, bahasa dan agama masing-masing. Di samping hak mereka yang terpenting iaitu hak kewarganegaraan untuk berkongsi hidup sebagai rakyat di bumi Malaya ini. Inilah amanah besar keharmonian negara yang tidak boleh diubah oleh kuasa majoriti 2/3 di Dewan Rakyat tanpa persetujuan Majlis Raja-raja Melayu. Sumber: https://www.sinarharian.com.my Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan implikasi terhadap negara sekiranya perlembagaan negara tidak dipatuhi.
[8]
Rajah berikut berkaitan struktur pentadbiran Persekutuan berteraskan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. [Rajah: Yang di-Pertuan Agong; Majlis Raja-Raja; Badan Perundangan, Badan Eksekutif, Badan Kehakiman]
20 marks- (a)
Apakah fungsi Majlis Raja-Raja dalam sistem pemerintahan di atas?
[4] - (b)
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa pemerintahan yang luas di negara kita. Jelaskan kuasa baginda dalam aspek berikut. (i) Kuasa Eksekutif [4 markah] (ii) Kuasa Perundangan [4 markah]
[8] - (c)
Baca petikan berikut. Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kepada rakyat dan negara. Tugas baginda termasuklah memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga mempunyai kuasa untuk memanggil, menangguhkan dan membubarkan Parlimen. Selain itu, baginda ialah Ketua Agama Islam bagi negeri beraja. Baginda juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Baginda turut diperuntukkan kuasa melantik dan membatalkan lantikan jawatan menteri dan timbalan menteri. Selain itu, baginda merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Baginda berkuasa untuk membuat pengisytiharan darurat. Sumber: http://www.istananegara.gov.my Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan mengekalkan sistem pemerintahan beraja sehingga hari ini?
[8]
Maklumat berikut berkaitan dengan ancaman keselamatan Sarawak selepas pembentukan Malaysia. Pemberontakan Komunis di Sarawak telah berlaku di antara Malaysia dari tahun 1962 hingga 1990, dan melibatkan Parti Komunis Kalimantan Utara dan Kerajaan Malaysia. Ia merupakan salah satu daripada dua pemberontakan Komunis yang mencabar bekas tanah jajahan British di Malaysia semasa Perang Dingin. Sumber: https://sarawakvoice.com/2016/10/19/cabaran-sarawak-selepas-merdeka-dalam-malaysia/
20 marks- (a)
Jelaskan bentuk ancaman komunis di Sarawak.
[6] - (b)
Bagaimanakah usaha menangani komunis di Sarawak dilakukan?
[6] - (c)
Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada ancaman komunis di negara kita.
[8]
Kelantangan Malaysia menyuarakan ketidakadilan dalam ekonomi dan bertindak tegas bagi memastikan ekonomi negara tidak terjejas, wajar dijadikan pengajaran.
20 marks- (a)
Jelaskan peranan Malaysia dalam hubungan ekonomi antarabangsa berikut: (i) Kerjasama Pembangunan Ekonomi Segi Tiga [4 markah] (ii) Mengantarabangsakan Sistem Kewangan Islam [4 markah]
[8] - (b)
Bagaimanakah Malaysia menangani kemelesetan ekonomi pada tahun 1997 hingga 1998?
[4] - (c)
Teliti laporan berita di bawah. KUALA LUMPUR: Aktiviti ekonomi berkemungkinan akan terus mengalami penyusutan sekiranya bank-bank mengetatkan pemberian pinjaman akibat terkena tempias dari krisis kewangan yang berlaku dalam sektor perbankan di Amerika Syarikat, kata Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui'zz Morhalim. Staf Rizab Persekutuan (THE FED) pada minit mesyuarat FOMC bagi bulan Mac 2023 yang lepas membuat simulasi bahawa ekonomi di Amerika Syarikat mempunyai potensi untuk berhadapan kemelesetan akibat permasalahan ini. Berikut adalah tinjauan MIDF Research terhadap keadaan sektor perbankan Amerika Syarikat dan kesan terhadap Malaysia ialah keadaan sektor perbankan di Amerika Syarikat telah mewujudkan kebimbangan terhadap krisis kewangan yang mempunyai potensi untuk berulang seperti yang dialami pada tahun 2008-2009. Seterusnya, penutupan bank Silicon Valley dan Signature Bank telah membuat ramai mempersoalkan kesihatan sektor perbankan. Selain itu, Rizab Persekutuan (THE FED) masih menekankan kepentingan untuk mengawal kadar faedah ke paras tinggi agar dapat mengawal inflasi. Di samping itu, MIDF Research menyarankan agar sentiasa peka dan perhatikan setiap perkembangan ekonomi dengan lebih teliti. Kekuatan ekonomi Amerika Syarikat merupakan satu petunjuk penting bagi pertumbuhan positif global. Risiko kemelesetan ekonomi dunia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi ekonomi Malaysia. Sumber: astroawani.com Huraikan mesej yang terkandung dalam berita tersebut dan apakah cadangan untuk meningkatkan ekonomi negara kita.
[8]