SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Rajah berikut menunjukkan sistem Pembesar Empat Lipatan yang diamalkan dalam Kesultanan Melayu Melaka. Sultan → X → Y | Temenggung | Laksamana

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan jawatan X dan Y. X : Y :

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan sistem pentadbiran kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

      [4]
    3. (c)

      Sistem pentadbiran yang teratur memperlihatkan kebijaksanaan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka mentadbir Kerajaan. Agihan tugas yang tersusun membolehkan Kesultanan Melayu Melaka unggul sebagai sebuah empayar. (Sumber : Petikan buku teks Sejarah Tingkatan 4.) Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan kepentingan pemimpin bijak dalam pentadbiran pada masa kini.

      [4]
  2. Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1946.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah faktor mendorong kepada penubuhan Persekutuan tersebut?

      [2]
    2. (b)

      Senaraikan dua ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948. (i) (ii)

      [2]
    3. (c)

      Jelaskan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

      [2]
    4. (d)

      Terangkan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

      [4]
  3. Institusi beraja terdiri daripada institusi Majlis Raja-Raja, institusi beraja di negeri-negeri dan institusi Yang di-Pertuan Agong pada peringkat Persekutuan.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah fungsi Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan?

      [2]
    2. (b)

      Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong melaksanakan kuasanya dalam perundangan?

      [4]
    3. (c)

      Institusi raja memainkan peranan dalam memastikan kestabilan dan kemakmuran negara. Berikan penjelasan anda.

      [4]
  4. Laporan Rahman Talib 1960 menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan tiga teras sistem pendidikan kebangsaan dalam laporan jawatankuasa tersebut. (i) (ii) (iii)

      [3]
    2. (b)

      Senaraikan tiga cadangan penambahbaikan dalam Laporan Rahman Talib. (i) (ii) (iii)

      [3]
    3. (c)

      Poster berikut menunjukkan kepentingan mengutamakan pendidikan. [Poster: DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM DAN PENDIDIKAN SEBAGAI AGEN PERUBAHAN] Beri ulasan anda.

      [4]
      Diagram for question 4 (c)

Section B

  1. Selepas tamatnya perang dunia kedua, British telah melaksanakan Pentadbiran Tentera British atau British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu.

    20 marks
    1. (a)

      Mengapakah Pentadbiran Tentera British (BMA) diperkenalkan di Tanah Melayu?

      [4]
    2. (b)

      Malayan Union diperkenalkan untuk menggantikan BMA. Huraikan ciri-ciri pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu?

      [8]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. KUALA LUMPUR : Sekiranya Malayan Union masih kekal, Tanah Melayu akan merdeka sebagai sebuah republik dan sistem Raja Berperlembagaan tidak akan terpakai seperti yang berlaku di Indonesia dan Singapura. Selain itu, masyarakat Melayu atau bumiputera lainnya tidak dapat mengecapi keistimewaan sebagai penduduk asal negara ini kerana kerakyatan jus soli yang diberikan kepada golongan imigran pada ketika itu. Seterusnya, kemungkinan besar agama Islam tidak diiktiraf sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu tidak diangkat sebagai bahasa kebangsaan negara. Di samping itu, Raja-raja Melayu akan hilang kedaulatan dan terpinggir seperti yang berlaku di Indonesia dan India. Pendek kata semuanya akan berubah. Malaysia hari ini wujud hasil daripada titik peluh perjuangan nenek moyang kita semua yang sanggup berkorban untuk negara. Sebagai rakyat Malaysia adalah wajar bagi kita semua untuk terus berusaha agar negara kita menuju ke arah kemajuan dan kesejahteraan. Usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara kita amat penting agar negara kita tidak dijajah dan dikuasai oleh bangsa asing lagi. (Sumber ubahsuai: http:www.astroawani.com.my) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan beri komen anda.

      [8]
  2. Gelombang politik di negara kita dipengaruhi melalui pergerakan politik serantau dan antarabangsa. Rentetan daripada itu, pertubuhan politik ini telah membuahkan idea dalam membentuk negara bangsa.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan latar belakang idea negara merdeka bagi pertubuhan berikut, (i) United Malays Nasional Organisation [3 markah] (ii) Angkatan Pemuda Insaf [3 markah]

      [6]
    2. (b)

      Terangkan peranan Jawatankuasa Antara Kaum dalam menangani isu yang melibatkan pertikaian antara kaum serta kesannya ke arah perpaduan kaum.

      [6]
    3. (c)

      Teliti poster berikut. [Poster: 'SUPERPATRIOTISME', JAWAPAN KEPADA USAHA PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA — “Marilah kita kembali kepada tradisi dan sejarah negara. Yang tua disantuni, yang muda dihormati, yang baik diteruskan, yang lemah diperbaiki.”] (Sumber : https://m-update.com/2019/08/21/) Berikan ulasan anda, bagaimanakah ‘superpatriotisme’ mampu menyatupadukan kaum di Malaysia.

      [8]
      Diagram for question 6 (c)
  3. Selepas pembentukan Malaysia 1963, Parti Komunis Malaya (PKM) memberi ancaman keselamatan terhadap kerajaan Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan cabaran berikut: (i) Isu pembangunan ekonomi [3 markah] (ii) Tragedi hubungan antara kaum [3 markah]

      [6]
    2. (b)

      Bagaimana kerajaan mengatasi cabaran di 7 (a)?

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Pihak komunis merasakan bahawa mereka perlu mendapatkan sokongan daripada penduduk tempatan daripada segi tenaga manusia, makanan, wang, dan bekalan logistik. Orang awam juga tidak terkecuali dari keganasan dan siri pembunuhan komunis. Sesiapa yang dianggap tidak memberikan kerjasama dan memihak kepada kerajaan akan ditangkap, diseksa dan dibunuh. Kekejaman ini dilakukan bagi mendapatkan sokongan orang ramai melalui ketakutan kerana kerjasama dengan kerajaan ini akan mengganggu dan melemahkan gerakan komunis. Harta awam juga turut disabotaj oleh pihak komunis. Antaranya seperti jalan raya utama di beberapa kawasan bertujuan menyekat sebarang bantuan dari pihak pemerintah. Masyarakat yang berada ketakutan dan menghadapi kerugian yang besar ini mudah dipengaruhi untuk membantu pihak komunis menyediakan bekalan asas seperti makanan, pakaian serta senjata api dalam menggerakkan perjuangan secara subversif. (Jurnal Perspektif (2021) Jil. 12 Bil. 2 (52-62)) Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]
  4. Penetapan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah antara langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha mengekalkan perpaduan dan integrasi nasional.

    20 marks
    1. (a)

      Huraikan peranan yang dimainkan oleh pusat ilmu berikut dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (i) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) [4 markah] (ii) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) [4 markah]

      [8]
    2. (b)

      Bagaimanakah perpaduan kaum boleh dicapai melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

      [4]
    3. (c)

      Teliti poster berikut. [Poster: #KELUARGA MALAYSIA — Keterangkuman • Kebersamaan • Kesyukuran; “Nilai setiap Keluarga Malaysia merupakan komponen penting demi menentukan jatuh, bangun bumi bertuah ini.”] (Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia) Huraikan maklumat yang terkandung dalam poster tersebut.

      [8]
      Diagram for question 8 (c)
  5. Peranan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan di peringkat serantau dan antarabangsa memperlihatkan kerjasama dan sumbangan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial terutama isu yang mempunyai kaitan serta kepentingan kepada negara.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan peranan Malaysia dalam kerjasama ekonomi dan sosial ASEAN.

      [6]
    2. (b)

      Terangkan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan OIC.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Dalam menghadapi persekitaran global yang kompleks serta hubungan serantau dan antarabangsa yang semakin berkembang. Pendirian Malaysia akan terus berpandukan prinsip-prinsip menghormati kemerdekaan, kedaulatan, keutuhan wilayah dan sikap tidak mencampuri urusan negara lain, penyelesaian masalah secara aman, kewujudan bersama secara harmoni dan hubungan yang saling memanfaatkan. (Sumber : Kementerian Luar Negeri Malaysia) Pada pendapat anda, apakah kesan pendirian Malaysia terhadap hubungan serantau dan antarabangsa.

      [8]