SPM Tuition
Subject
  1. Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka. • Hasil cukai perdagangan • Cukai • Ufti Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hasil perbendaharaan kerajaan?

  2. Antara berikut, yang manakah peranan seorang pembesar dalam sesebuah pentadbiran?

  3. Pendidikan dalam kalangan rakyat Indonesia merupakan isu utama yang dibangkitkan oleh nasionalis Indonesia pada peringkat awal. Mengapakah isu ini menjadi matlamat utama perjuangan mereka?

  4. Akhbar dan majalah telah memainkan peranan penting dalam memupuk semangat nasionalisme. Apakah akhbar dan majalah yang dimaksudkan? I Majalah Guru II Utusan Malaysia III The Malaya Mail IV Lembaga Melayu

  5. Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menjalankan tanggungjawabnya dalam memastikan keamanan dunia mengakibatkan meletusnya Perang Dunia Kedua. Apakah krisis-krisis yang gagal ditangani oleh liga tersebut? I Penaklukan Jepun ke atas Manchuria II Pencerobohan Itali di wilayah Poland III Kemunculan negara baharu yang tidak terkawal IV Keingkaran Jerman mematuhi Perjanjian Versailles

  6. Mengapakah Jerman melancarkan Operasi Barbarossa setelah menguasai Eropah Barat?

  7. Gagasan Malayan Union telah diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan British Military Administration (BMA). Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan Malayan Union diperkenalkan? I Melicinkan sistem pentadbiran II Menambah kos pentadbiran III Menyatupadukan rakyat IV Meningkatkan pelaburan ekonomi

  8. Berikut merupakan maklumat mengenai suatu peristiwa. Tarikh: 1 Julai 1946 | Peristiwa: Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British Mengapakah peristiwa berikut ditentang oleh penduduk Sarawak?

  9. Mengapakah golongan nasionalis Melayu radikal memberi penekanan kepada kebebasan hak bersuara, berhimpun dan menerbitkan akhbar?

  10. Maklumat berikut merupakan piagam yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Piagam Atlantik Apakah kesan pengenalan piagam tersebut kepada Tanah Melayu?

  11. Berikut adalah buku yang ditulis oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Das Kapital Apakah fahaman yang diasaskan oleh tokoh-tokoh tersebut?

  12. Maklumat berikut merujuk pasukan keselamatan yang diwujudkan di negara kita. • Senoi Praaq • Sarawak Rangers Apakah peranan pasukan tersebut?

  13. Maklumat berikut berkaitan dengan usaha ke arah kemerdekaan. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada Januari 1949. Apakah cadangan jawatankuasa tersebut untuk mencapai objektifnya?

  14. Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan sebuah parti politik di negara kita. [Logo kapal layar] Kesediaan menempuh cabaran dan rintangan bagi mencapai kemerdekaan negara. Apakah parti tersebut?

    Diagram for question 14
  15. Rajah berikut berkaitan dengan perkembangan pilihan raya yang diadakan di negara kita sebelum merdeka. 1955 – Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1954 – Pilihan Raya peringkat negeri 1952 – Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1951 – Pilihan Raya Perbandaran X Apakah X?

  16. Gambar berikut menunjukkan salah satu tempat mengundi dalam pilihan raya. Apakah nilai yang ditunjukkan oleh para pengundi?

    Diagram for question 16
  17. Gambar berikut menunjukkan ketibaan rombongan merdeka diarak hingga ke Padang Banda Hilir, Melaka. Apakah peristiwa penting yang berlaku pada ketika itu?

    Diagram for question 17
  18. Maklumat berikut berkaitan dengan cara pemberian kewarganegaraan berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Cara Pemberian Kewarganegaraan • Kuatkuasa undang-undang • Permohonan • X Apakah X?

  19. Apakah takrifan kemerdekaan menurut Kamus Dewan?

  20. Gambar berikut merupakan lambang kebangsaan Malaysia. Mengapakah lambang tersebut diwujudkan? I Lambang jati diri II Simbol kemegahan III Lambang kedaulatan IV Simbol perpaduan

    Diagram for question 20
  21. Senarai berikut berkaitan dengan kesejahteraan sosial. • Rukun Negara • Bahasa Kebangsaan Apakah matlamat perkara tersebut diperkenalkan?

  22. Gambar berikut menunjukkan kepelbagaian budaya dan adat resam kaum di negara kita. Apakah kesimpulan daripada gambar tersebut?

    Diagram for question 22
  23. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan model Westminster. Dari negara manakah model tersebut diambil?

  24. Maklumat berikut berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah. Boleh mendengar mana-mana persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Apakah mahkamah tersebut?

  25. Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

  26. Apakah kepentingan institusi berikut terhadap negara kita sehingga hari ini? [Gambar: Parlimen]

    Diagram for question 26
  27. Senarai Negeri memperuntukkan kuasa Kerajaan Negeri. Perkara yang manakah terletak dalam Senarai Negeri?

  28. Apakah faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan di negara kita? I Keluhuran Perlembagaan II Sistem demokrasi berparlimen III Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri IV Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

  29. Apakah konsep gagasan Malaysia?

  30. Rajah berikut berkaitan dengan pembentukan Malaysia. Wilayah yang menyokong Gagasan Malaysia: Singapura, Sarawak Mengapakah wilayah tersebut menyokong gagasan Malaysia? I Mengelakkan dekolonisasi II Menamatkan ancaman komunis III Mengukuhkan benteng pertahanan IV Memenuhi desakan penduduk tempatan

  31. Maklumat berikut berkaitan dengan isu pembangunan ekonomi. • Kadar pengangguran meningkat • Peluang pekerjaan terhad Apakah usaha yang dapat dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut?

  32. Andai kata anda menganggotai MAGERAN, apakah perkara utama yang perlu anda berikan perhatian? I Perpaduan kaum II Ketidakseimbangan ekonomi III Kesetiaan kepada raja IV Masalah pendidikan

  33. Mengapakah perkhidmatan Feri Malaysia diperkenalkan ke seluruh negara?

  34. Institusi berikut mempunyai kaitan dengan peranan Bahasa Melayu. • Dewan Bahasa Dan Pustaka • Universiti Kebangsaan Malaysia Mengapakah institusi tersebut ditubuhkan oleh kerajaan?

  35. Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan agensi kerajaan. [Logo BERNAS – Padiberas Nasional Berhad] Apakah matlamat penubuhan agensi tersebut?

    Diagram for question 35
  36. Antara berikut, yang manakah pusat latihan ditubuhkan oleh kerajaan untuk golongan belia? I Sekolah Teknik II Sekolah Vokasional III Institut Latihan Perindustrian (ILP) IV Pusat Latihan Kemahiran Giatmara

  37. Antara berikut, yang manakah matlamat penggubalan dasar luar? I Mempertahankan kemerdekaan II Menyatukan rakyat antarabangsa III Meningkatkan keyakinan rakyat IV Melindungi kepentingan nasional

  38. Malaysia menandatangani perjanjian pertahanan baharu iaitu Perjanjian Pertahanan Lima Negara bagi mengekalkan keselamatan negara. Apakah yang akan diperoleh menerusi perjanjian tersebut?

  39. Maklumat berikut berkaitan pihak yang melancarkan gerakan antiminyak sawit. NGO Pencinta Alam di Eropah menganggap penanaman kelapa sawit sebagai punca pencemaran alam sekitar dan kemusnahan hutan. Apakah tindakan Malaysia bagi menangani isu ini? I Mengadakan kempen berterusan II Mendapat sokongan negara ASEAN III Menghasilkan minyak sawit hidroponik IV Mendapatkan skim pensijilan MSPO

  40. Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara ditandatangani pada tahun 1995. Apakah tindakan Malaysia bagi memastikan perairan negara bebas daripada senjata nuklear?