Maklumat berikut berkaitan Kerajaan Funan.
• Muncul abad Pertama
• Pengasasnya Kaundiya
Penyataan manakah yang ada kaitan dengan Kerajaan Funan.
Berikut adalah hubungan pemerintah dan rakyat.
Rakyat ini umpama akar dan raja itu umpama pohon
Apakah prinsip Rukun Negara yang dapat dikaitkan dengan perumpamaan tersebut?
Gerakan nasionalisme di Vietnam selepas Perang Dunia Pertama bercorak revolusi dan didukung oleh dua aliran ideologi. Apakah dua aliran ideologi tersebut?
Apakah tujuan British memperkenalkan dasar desentralisasi?
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour. Mengapakah Jepun menyerang Pearl Harbour?
Mengapakah pentadbiran tentera Jepun memberikan peluang kepada pemimpin tempatan menjawat jawatan yang lebih tinggi?
I Menawan hati dan fikiran pemimpin
II Mendapatkan sokongan daripada rakyat
III Mengatasi masalah kekurangan pegawai
IV Membentuk orde Baharu bagi Tanah Melayu
Mengapakah orang Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union?
Berikut adalah kedua-dua pegawai British dalam usaha penyerahan Sarawak kepada British
• Sir Harold MacMicheal
• Gerald T. MacBryan
Apakah persamaan kedua-dua pegawai tersebut?
Tindakan British menolak Perlembagaan Rakyat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati PUTERA-AMCJA. Apakah reaksi PUTERA-AMCJA terhadap tindakan British?
Apakah ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang dibentangkan pada 20 November 1946?
I Percukaian
II Kemerdekaan
III Perundangan
IV Kewarganegaraan
Selepas Templer dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, beliau menggunakan pendekatan baharu dalam menghapuskan pengaruh komunis.
Apakah pendekatan baru tersebut?
Penyataan yang manakah berkaitan kesan politik zaman Darurat terhadap negara kita.
I Peningkatan jumlah warganegara
II Penubuhan MCA
III Konflik perkauman meletus
IV Pengenalan pilihan raya bandaran
Mengapakah selepas Perang Dunia Kedua, kesedaran kerjasama politik dalam kalangan pemimpim kaum meningkat?
Maklumat berikut berkaitan ciri-ciri Sistem Ahli.
• Satu sistem Kabinet Bayangan
• Ahli bertaraf “Menteri”
• X
Apakah X?
Rajah menunjukkan pengenalan pilihan raya negara secara berperingkat di negara kita.
1955 Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
1954 Pilihan raya peringkat negeri
1954 Pilihan raya perbandaran
Mengapakah British memperkenalkan pilihan raya di negara kita?
Majlis Mesyuarat Persekutuan yang dibentuk pada PTM 1955 adalah berasaskan “Model Westminster”. Mengapakah Malaysia menggunakan model tersebut?
Apakah isu hangat dalam memorandum bertulis dalam penetapan perlembagaan PTM 1957?
Dalam Perjanjian Persekutuan 1957, Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan. Apakah alasan munasabah negara kita memerlukan bahasa kebangsaan?
Berikut adalah jawatankuasa yang ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.
Jawatankuasa Persediaan Fizikal
Apakah persediaan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut?
I Pembinaan stadium
II Menggubal Rukun Negara
III Membina pintu gerbang
IV Memperkenalkan lagu kebangsaan
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu diterima untuk menyertai pertubuhan Komanwel?
Apakah peranan rakyat dalam negara berdaulat?
Pada 12 Februari 2013 negara kita dicerobohi oleh pengganas dari Kepulauan Sulu. Apakah kesan kejadian tersebut kepada negara?
Apakah ciri tradisional yang terdapat dalam perlembagaan Persekutuan?
Mengapakah pindaan perlembagaan negara dilakukan pada tahun 1965?
Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
Bagaimanakah ciri tersebut dilaksanakan dalam negara kita?
I Rakyat berhak memilih wakil
II Raja pemerintah tertinggi negara
III Perdana Menteri memiliki kuasa kehakiman
IV Ketua negara mengetuai Badan Perundangan
Mengapakah kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara tidak bersifat mutlak?
Apakah kerajaan yang diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri?
Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama dalam pemuliharaan khazanah negara?
Mengapakah pemimpin Parti Rakyat Brunei menentang cadangan pembentukan Malaysia?
Apakah cadangan Suruhanjaya Cobbold bagi menjamin kepentingan Sarawak dan Sabah terpelihara?
Apakah cabaran ekonomi yang perlu ditangani setelah Sarawak dan Sabah menyertai Gagasan Malaysia?
Apakah langkah serta-merta yang diambil bagi menghadapi tragedi rusuhan kaum 1969?
Bagaimanakah kerajaan memantapkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran?
Sukan mampu menjadi agen perpaduan rakyat di negara kita. Bagaimanakah ini dapat dibuktikan?
DEB juga turut memberi fokus kepada penduduk bandar yang menghadapi kemiskinan.
Apakah punca kemiskinan penduduk di bandar?
Sosioekonomi taraf penduduk telah berubah dengan pelaksanaan DEB dan DPN.
Apakah bukti yang menunjukkan penurunan kadar kemiskinan?
Pemerdagangan orang merupakan jenayah terancang. Mengapakah Malaysia turut menjadi transit pemerdagangan orang ke negara lain?
Apakah sebab berlakunya peningkatan pembebasan gas rumah hijau di atmosfera?
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) diadakan dua tahun sekali. Apakah isu yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut?
Apakah tindakan yang diambil oleh Malaysia dalam isu kawalan senjata nuklear?