SPM Tuition
Subject
  1. Rajah 1 berikut menunjukkan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu: Raja | Wilayah Pengaruh | Rakyat | X Rajah 1 Apakah X?

  2. Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka mendapatkan wilayah pengaruh berikut? • Lingga • Patani

  3. Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Apakah tujuan gerakan nasionalisme di Thailand?

  4. Gambar 1 ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) iaitu seorang tokoh nasionalis di Tanah Melayu pada abad ke-20. [Gambar 1] Bagaimanakah beliau menyebarkan idea nasionalisme? I Menggunakan akhbar II Menulis karya kreatif III Membentuk parti politik IV Membangunkan madrasah

    Diagram for question 4
  5. Antara berikut yang manakah faktor Perang Dunia Pertama? I Kemunculan ideologi baharu II Krisis rantau Balkan III Pakatan ketenteraan IV Kegagalan Liga Bangsa

  6. Maklumat berikut merujuk kepada rundingan yang diadakan selepas kekalahan Jepun di Tanah Melayu. Tarikh: Ogos 1945 Wakil: • Dato' Onn Jaafar • Kiai Salleh • Ketua Bintang Tiga Lokasi: Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat, Johor Apakah kesan daripada usaha tersebut?

  7. Mengapakah British memperkenalkan pentadbiran berikut di Tanah Melayu? British Military Administration (BMA)

  8. Maklumat berikut berkaitan dengan penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Tarikh: 1 Julai 1946 Peristiwa: Sarawak diserahkan kepada kerajaan British Apakah kesan daripada penyerahan tersebut kepada negeri Sarawak?

  9. Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

  10. Maklumat berikut berkaitan syarat kewarganegaraan mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Nama : Wong Ah Meng Tarikh lahir : 16 November 1948 Tempat lahir : Melaka Tengah, Melaka Apakah status kewarganegaraan beliau?

  11. Gambar 2 berikut adalah anggota pasukan Sarawak Rangers. [Gambar 2] Bagaimanakah pasukan tersebut membantu dalam usaha membanteras komunis?

    Diagram for question 11
  12. Pada zaman darurat, tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan di Tanah Melayu. Apakah kesan situasi tersebut?

  13. Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951?

  14. Mengapakah Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu?

  15. Pasangan manakah yang betul tentang syarat untuk menjadi pengundi dan syarat untuk menjadi calon Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955? (Syarat Menjadi Pengundi — Syarat Menjadi Calon)

  16. Gambar 3 berikut adalah barisan kabinet pertama Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1955. [Gambar 3] Apakah peranan kabinet tersebut? I Menggubal perlembagaan negara yang merdeka II Membincangkan isu keselamatan dalam negeri III Meminta kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan IV Membincangkan soal kewarganegaraan dan dasar luar negara

    Diagram for question 16
  17. Antara berikut, yang manakah merupakan Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan 1956? I Kedudukan Raja Melayu dipelihara II Kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja III Kepatuhan rakyat kepada amalan demokrasi berparlimen IV Keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain

  18. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Mengapakah perjanjian ini penting kepada negara kita pada masa kini?

  19. Maklumat berikut berkaitan dengan penyertaan negara kita dalam pertubuhan antarabangsa. 17 September 1957: Persekutuan Tanah Melayu diterima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Apakah bukti kemerdekaan negara kita diiktiraf oleh pertubuhan tersebut?

  20. Gambar 4 berikut merupakan lambang-lambang negara Malaysia. [Gambar 4: Bendera Persekutuan | Jata Negara] Mengapakah lambang-lambang di atas dibentuk sebelum pengisytiharan kemerdekaan negara?

    Diagram for question 20
  21. Kedaulatan boleh ditakrifkan mengikut bahasa. Sumber — Perkataan Bahasa Inggeris — Sovereignty Bahasa Yunani — Superanus Berdasarkan takrifan dari sudut bahasa, apakah yang boleh dimaksudkan dengan kedaulatan dalam bahasa Inggeris?

  22. Senarai berikut berkaitan dengan pelaksanaan dasar sosial bagi memperkukuhkan kesejahteraan negara. • Bahasa Kebangsaan • Rukun Negara Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui dasar tersebut?

  23. Pasangan manakah yang betul berkaitan badan dan penggubalan undang-undang sebelum merdeka? (Badan — Penggubalan undang-undang)

  24. Rajah 2 berikut menunjukkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong: • Melaka • Pulau Pinang • Sarawak • Sabah Rajah 2 Bagaimanakah kedudukan baginda di negeri-negeri tersebut?

  25. Apakah yang menghalang kuasa British di negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?

  26. Maklumat berikut berkaitan peranan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja berperanan sebagai pengimbang dalam sistem demokrasi di negara kita Bagaimanakah Majlis Raja-Raja melaksanakan peranan tersebut?

  27. Mengapakah Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa lebih besar berbanding Kerajaan Negeri? I Mewujudkan keadilan II Mengukuh perpaduan III Menjamin kestabilan negara IV Meningkatkan kemajuan negara

  28. Gambar 5 berikut menunjukkan suasana mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri. [Gambar 5] Mengapakah mesyuarat tersebut dilaksanakan?

    Diagram for question 28
  29. Antara berikut, apakah faktor-faktor yang berjaya merealisasikan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963? I Tuntutan II Konfrontasi III Rundingan IV Kesepakatan

  30. Maklumat berikut berkaitan reaksi pembentukan Malaysia. Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia bertindak mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia pada 20 Januari 1963. Apakah alasan yang membawa kepada tindakan tersebut?

  31. Garis masa berikut merujuk kepada operasi ketenteraan di Sarawak. 6 Julai 1965 — Operasi Hammer 8 Ogos 1971 — Operasi Ngayau 26 Mac 1972 — RASCOM dibentuk 21 Oktober 1973 — Operasi Sri Aman Mengapakah operasi tersebut dilancarkan?

  32. Rancangan Malaysia Pertama telah dilaksanakan dari tahun 1966 hingga 1970. Apakah isu ekonomi yang perlu ditangani oleh kerajaan dalam melaksanakan rancangan tersebut? I Kejatuhan harga bahan mentah II Kebergantungan pada eksport getah III Kemerosotan kemasukan pelabur asing IV Ketidaksamarataan agihan modal saham

  33. Mengapakah hubungan kaum menjadi sukar semasa penjajahan British?

  34. Mengapakah rakyat Malaysia perlu menghayati Rukun Negara?

  35. Apakah tujuan Rancangan Buku Hijau diperkenalkan pada 20 Disember 1979?

  36. Gambar 6 berikut merupakan pertanian pintar. [Gambar 6] Apakah kebaikan penggunaan teknologi moden dalam bidang pertanian?

    Diagram for question 36
  37. Apakah matlamat penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945?

  38. Dasar Aparteid menjadi isu penting yang menarik perhatian Komanwel. Malaysia turut lantang menentang dasar ini. Mengapakah Malaysia menentang Dasar Aparteid?

  39. Gambar 7 berikut merupakan Pulau Sipadan. [Gambar 7] Bagaimanakah isu pertindihan sempadan dapat diselesaikan?

    Diagram for question 39
  40. Bagaimanakah Tun Dr. Mahathir Mohamad menangani kemelesetan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 – 1998?