Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan idea nasionalisme di Barat. Tahun — Peristiwa 1688 — Revolusi Keagungan 1776 — Revolusi Amerika 1789 — Revolusi Perancis
10 marks- (a)
Nyatakan maksud nasionalisme.
[2] - (b)
Mengapakah tercetusnya Revolusi Keagungan di England pada tahun 1688?
[4] - (c)
Idea nasionalisme di Barat telah memberi kesedaran dan kebangkitan memperjuangkan kedaulatan kepada rakyat di negara kita. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut?
[4]
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 merintis ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.
10 marks- (a)
Nyatakan cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
[2] - (b)(i)
Jelaskan faktor yang menyebabkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. (i) Penentangan orang Melayu
[2] - (b)(ii)
(ii) Sokongan Pentadbir British
[2] - (c)
Gambar tersebut merupakan kejayaan pembentukan Persekutuan. [Gambar] Huraikan mesej yang terkandung dalam gambar tersebut.
[4]
Di Malaysia, setiap peringkat pentadbiran kerajaan diberikan peruntukan kuasa melalui konsep pembahagian kuasa.
10 marks- (a)
Nyatakan dua perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan.
[2] - (b)
Jelaskan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam aspek pembangunan sosioekonomi.
[4] - (c)
Penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri membawa keberkesanan terhadap pentadbiran negara. Buktikan.
[4]
Gambar di bawah menunjukkan peristiwa rusuhan antara kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 iaitu bermula beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum Ketiga. [Gambar: 13 MEI]
10 marks
- (a)
Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum di negara kita pada masa tersebut?
[3] - (b)
Bagaimanakah pengisytiharan darurat dilaksanakan untuk mengatasi rusuhan kaum ketika itu?
[3] - (c)
"Kita perlu menjaga negara ini. Inilah satu-satunya rumah kita," Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/14Mei2014 Pada pendapat anda, apakah peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk memastikan peristiwa 13 Mei tidak berulang lagi?
[4]
Section B
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 yang menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum.
20 marks- (a)
Apakah isu yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
[4] - (b)
Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum?
[8] - (c)
Baca petikan berikut. CLC membuktikan bahawa setiap etnik memberikan kerjasama yang baik sekiranya terdapat isu-isu yang mendesak dan memerlukan penyelesaian serta sokongan bagi semua pihak. Ianya juga memberi gambaran bahawa perkongsian kuasa hanya boleh berjaya dengan sokongan semua etnik dan golongan pemerintah. Formula yang diperkenalkan oleh CLC ini masih kekal sehingga sekarang. Sikap bertolak ansur dalam gerakan politik dapat memacu pembangunan negara secara berterusan. (Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 3, Issue 3, page 160-167, 2018) Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]
Selepas meneliti pelbagai memorandum daripada Raja-raja Melayu, parti politik serta orang awam, Suruhanjaya Reid telah mengeluarkan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 marks- (a)
Apakah kandungan draf Perlembagaan Suruhanjaya Reid?
[4] - (b)
Maklumat berikut berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Dalam usaha membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, satu perjanjian telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957 yang dinamakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Walaupun Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara Malaysia, namun adakalanya ia juga dicabar. Perkara ini berlaku kerana masyarakat pada masa kini yang lebih celik teknologi dan berpendidikan tinggi cuba mendapatkan hak yang melebihi hak-hak yang telah termaktub dalam kontrak sosial pada masa dahulu. Dalam konteks Negara Malaysia, kontrak sosial merujuk kepada persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu tetapi segenap lapisan penduduk negara ini. (JABATAN PENERANGAN 2017) Jelaskan maklumat dalam petikan tersebut dan kesannya jika kontrak sosial negara tidak dipatuhi.
[8]
Jadual berikut berkaitan usaha mengukuhkan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tahun — Tindakan 1960 — Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (Laporan Rahman Talib) 1974 — Jawatankuasa Kabinet 1988 — Falsafah Pendidikan Kebangsaan
22 marks- (a)
Jelaskan kandungan Laporan Rahman Talib.
[6] - (b)
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 telah menghasilkan KBSR dan KBSM. Huraikan.
[8] - (c)
Pernyataan berikut berkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Jelaskan ciri-ciri warganegara Malaysia yang ingin dilahirkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut.
[8]
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang dilancarkan pada 17 Jun 1991 merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada tahun 1990.
20 marks- (a)
Jelaskan matlamat pelaksanaan DPN.
[4] - (b)
Huraikan strategi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mencapai matlamat DPN.
[8] - (c)
Teliti gambar berikut. [Gambar: Stesen cari gali petroleum yang dikendalikan oleh Petronas Carigali; Taman Teknologi Perindustrian Kulim (Kulim Hi-Tech Park), Kedah; Perkhidmatan pemeriksaan gigi oleh doktor yang bertauliah; Lebuhraya Pantai Timur 2] Berdasarkan gambar-gambar tersebut, huraikan kejayaan pelaksanaan DPN yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia pada hari ini.
[8]
Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menunjukkan sokongan lantang kepada perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sehingga dijadikan tuan rumah bagi Persidangan Keserantauan Asia pada Mei 1983.
20 marks- (a)
Terangkan latar belakang penubuhan OIC.
[6] - (b)
Jelaskan usaha Malaysia dalam membantu menegakkan isu perjuangan Palestin.
[6] - (c)
Poster berikut membuktikan usaha Malaysia dalam memperjuangkan isu kemanusiaan dan keamanan di Palestin. [Poster: Malaysia Suarakan Enam Syor Kepada OIC Berhubung Konflik Palestin-Israel] Ulaskan maklumat dalam poster dan nyatakan kelebihan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.
[8]