SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Hubung kait pemerintah dan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka selaras dengan konsep waadat.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan golongan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan peranan golongan pemerintah dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional.

      [4]
    3. (c)

      Apakah kepentingan waadat kepada institusi beraja pada masa kini?

      [4]
  2. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua ekoran timbulnya kesedaran dalam kalangan pemimpin kaum akan kepentingan perpaduan.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah isu yang menimbulkan pertikaian antara kaum pada ketika itu?

      [3]
    2. (b)

      Bagaimanakah CLC menyelesaikan isu tersebut?

      [3]
    3. (c)

      Bagaimanakah perpaduan antara rakyat berbilang kaum dapat dikekalkan di negara kita?

      [4]
  3. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting untuk memastikan segala usaha pembangunan dapat memberikan manfaat demi kesejahteraan rakyat di seluruh negara.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan kerjasama tersebut. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengatasi masalah perumahan rakyat?

      [4]
    3. (c)

      Kejayaan pemulihan ekonomi negara, kestabilan politik dan kesejahteraan sosial yang sedang dikecapi ketika ini adalah hasil kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang sentiasa berganding bahu menyalurkan keperluan keluarga Malaysia. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/191235/berita/nasional/kerjasama-persekutuan-negeri-pacu-pemulihan-ekonomi-kestabilan-politik, 5 Mac 2022 Ulaskan pernyataan tersebut.

      [4]
  4. Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk bagi mewujudkan perpaduan negara dan integrasi nasional melalui aspek kesenian dan kebudayaan.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

      [2]
    2. (b)

      Apakah matlamat utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

      [2]
    3. (c)

      Bagaimanakah kerajaan berusaha memastikan matlamat di 4(b) tercapai?

      [2]
    4. (d)

      Gambar berikut berkaitan program Citrawarna Malaysia di negara kita. [Gambar: persembahan Citrawarna Malaysia] Sumber: https://www.astroawani.com, 9 Disember 2023 Jelaskan kebaikan penganjuran program tersebut kepada negara kita.

      [4]
      Diagram for question 4 (d)

Section B

  1. Perkembangan nasionalisme di negara kita digerakkan oleh golongan intelektual, penulis dan pemimpin persatuan.

    20 marks
    1. (a)

      Bagaimanakah akhbar dan majalah dapat menyemarakkan semangat nasionalisme di negara kita?

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan perkembangan nasionalisme oleh persatuan.

      [6]
    3. (c)

      Akhbar digital lebih dekat di hati generasi muda masa kini. Berikan komen anda.

      [8]
  2. Perang Dunia Pertama (1914 – 1918) berlaku dalam kalangan negara Eropah termasuk empayar Uthmaniyah.

    20 marks
    1. (a)

      Mengapakah Perang Dunia Pertama tercetus?

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan kesan perang tersebut terhadap dunia.

      [6]
    3. (c)

      Peperangan bukan penyelesaian kepada sesuatu masalah kerana dalam peperangan, yang kalah menjadi abu, yang menang menjadi arang. Berikan komen anda.

      [8]
  3. Perlembagaan Persekutuan merupakan peraturan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan ciri-ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan.

      [6]
    2. (b)

      Perlembagaan Persekutuan mempunyai keunikan kerana turut mengandungi ciri-ciri moden. Buktikan.

      [6]
    3. (c)

      Baca petikan berikut. Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia yang dipersetujui oleh negarawan kemerdekaan negara antaranya, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambanthan. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman damai dan perpaduan. Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu kedudukan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 menjaga kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mengambil kira rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan, Raja Berperlembagaan menjadi simbol perpaduan, bahasa ibunda boleh dipelajari, agama lain diamalkan dan Perkara 153 juga menjamin kepentingan minoriti lainnya. Hakikatnya, tiada negara dalam dunia tidak memiliki kumpulan etnik yang menjadi pengasasnya. Nyata daripada pembentukan Perlembagaan Persekutuan, Malaysia sebuah negara berasaskan etnik, anak watannya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan warganegaranya terdiri kepelbagaian etnik dan agama. Sumber: https://www.bharian.com.my/authors/oleh-prof-dr-mansor-mohd-noor, 18 Disember 2018 Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan iktibar yang boleh diambil.

      [8]
  4. Pembentukan Malaysia memperlihatkan kerjasama tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kesepakatan antara semua pihak akhirnya berjaya membentuk Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan idea gagasan Malaysia.

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan perkara berikut: (i) Inti pati Perjanjian Malaysia [4 markah] (ii) Peristiwa pengisytiharan Malaysia [4 markah]

      [8]
    3. (c)

      Teliti petikan berikut. Tidak dinafikan lagi, penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaysia, Sabah dan Sarawak telah berjaya membentuk sebuah negara yang aman dan bebas daripada pengaruh dan anasir luar khususnya komunis. Komunis adalah musuh utama negara sebelum kemerdekaan dan awal kemerdekaan. Bagi mengelakkan pengaruh komunis terus berleluasa, kerajaan Tanah Melayu pada waktu itu melihat penggabungan Sabah dan Sarawak serta Singapura dapat menyelesaikan masalah ini. Walaupun pengaruh komunis berlangsung dalam tempoh 1948 hingga 1960, saki-baki komunis masih lagi ada dan ini telah memperkuatkan lagi usaha Tunku Abdul Rahman pada waktu itu untuk menubuhkan Malaysia. Setelah Malaysia ditubuhkan, masalah ini telah dapat diatasi sedikit demi sedikit dan ekoran daripada usaha kerajaan, keamanan telah dapat diwujudkan. Hasilnya sehingga ke hari ini, Malaysia telah menjadi antara negara yang bebas daripada pengaruh dan anasir asing. Ini merupakan manfaat yang paling berharga yang telah dinikmati oleh generasi baharu Malaysia kerana dapat hidup dengan aman dan damai. Ini berbeza dengan kehidupan nenek moyang mereka zaman dahulu yang sentiasa hidup dalam ketakutan, kerisauan, kebuluran dan menjadi mangsa kekejaman komunis. Sumber: https://news.ump.edu.my/experts/manfaat-penubuhan-malaysia-16-september-1963, 15 September 2020 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan manfaat yang diperoleh hasil daripada pembentukan Malaysia.

      [8]
  5. Pelibatan Malaysia dalam ASEAN membuktikan negara kita memberikan perhatian serius terhadap hubungannya dengan negara serantau.

    20 marks
    1. (a)

      Nyatakan latar belakang pembentukan ASEAN.

      [4]
    2. (b)

      Malaysia memperoleh banyak faedah apabila menyertai ASEAN. Buktikan.

      [8]
    3. (c)

      Poster berikut berkaitan kerjasama sosial antara negara anggota ASEAN. [Poster: Kerjasama Sosial Dalam ASEAN — 1 Sukan, 2 Festival Kebudayaan, 3 Pendidikan, 4 Makanan Tradisional] Bagaimanakah kerjasama tersebut dapat mengukuhkan hubungan antara anggota ASEAN?

      [8]
      Diagram for question 9 (c)