Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) berlaku di dua medan pertempuran iaitu di Eropah dan Asia Pasifik.
10 marks- (a)
Mengapakah Perang Dunia Kedua berlaku di Eropah?
[3] - (b)
Perang Dunia Kedua di Eropah meletus apabila Jerman menyerang Poland pada bulan September 1939. Jelaskan perkembangan peristiwa tersebut.
[3] - (c)
Poster propaganda berikut digunakan oleh pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua. [Poster propaganda Bersekutu; Sumber: https://www.alamy.com] Berikan komen anda.
[4]
Gambar berikut menunjukkan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas Pilihan Raya Umum 1955. [Gambar kabinet pertama; Sumber: Malaysia. Arkib Negara Malaysia, 2007. Merintis Denai Demokrasi. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia]
10 marks
- (a)
Namakan dua orang tokoh tempatan yang menganggotai kabinet tersebut. (i) (ii)
[2] - (b)
Jelaskan peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
[4] - (c)
Rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 ke 31 orang. (Sumber diubah suai: https://ecentral.my/senarai-menteri-kabinet-kerajaan-madani/ 12 Disember 2023) Mengapakah berlaku pertambahan ahli Jemaah Menteri kabinet di negara kita?
[4]
Malaysia telah melakukan pindaan perlembagaan pada tahun 1963 dan 1965.
10 marks- (a)
Mengapakah pindaan perlembagaan ini dilakukan?
[2] - (b)
Jelaskan perkara utama yang dipinda dalam Perlembagaan 1963.
[4] - (c)
Petikan berikut berkaitan pindaan rang undang-undang negara. Pada tahun 2019, Rang Undang-Undang Perlembagaan telah mengalami pindaan yang menurunkan had umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun. Pelaksanaan Undi18 yang bermula pada Februari 2022, membolehkan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mengundi dalam pilihan raya negara ini. Perubahan pindaan ini merupakan langkah penting untuk memberi peluang kepada orang muda untuk menyumbang kepada pembangunan negara melalui proses demokrasi. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada http://www.Malaysiakini.com/announcement/609111) Berikan komen anda.
[4]
Rukun Negara ialah ideologi negara yang dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membimbing rakyat ke arah perpaduan.
10 marks- (a)
Nyatakan dua prinsip Rukun Negara. (i) (ii)
[2] - (b)
Jelaskan matlamat prinsip Rukun Negara.
[4] - (c)
Bagaimanakah anda mengaplikasikan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan harian anda?
[4]
Section B
Kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia mencetuskan kebangkitan nasionalisme di India, China, Mesir, empayar Uthmaniyah dan Jepun.
20 marks- (a)(i)
Jelaskan perkembangan nasionalisme di negara berikut: (i) India
[4] - (a)(ii)
(ii) China
[4] - (a)(iii)
(iii) Jepun
[4] - (b)
Semangat nasionalisme generasi muda semakin terhakis. Beri komen anda.
[8]
Kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid pada 8 Mac 1956.
20 marks- (a)
Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
[4] - (b)
Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima oleh Suruhanjaya Reid daripada pelbagai pihak. Jelaskan tentang memorandum tersebut.
[8] - (c)
Pada pendapat anda, mengapakah perlembagaan penting kepada sesebuah negara?
[8]
Agensi berikut ditubuhkan di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. • Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang/ Rajang Area Security Command [RASCOM] • Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah/ Eastern Sabah Security Command [ESSCOM]
20 marks- (a)
Bagaimanakah penubuhan agensi-agensi tersebut menjamin keselamatan dan kedaulatan negara?
[6] - (b)
Jelaskan faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan.
[6] - (c)
Maklumat menunjukkan Kerangka Pertahanan Negara. VISI PERTAHANAN NEGARA "Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, berdaulat dan makmur" KEPENTINGAN PERTAHANAN NEGARA • Keselamatan: Mempertahankan kawasan daratan, Zon Maritim Malaysia, laluan perairan strategik, ruang udara dan laluan komunikasi kritikal • Kedaulatan: Memelihara kemerdekaan negara dan menyekat campur tangan pihak luar • Kemakmuran: Mempertahankan kemakmuran, pembangunan dan peluang pertumbuhan ekonomi negara termasuk kepentingan di luar negara (Sumber: Kementerian Pertahanan, Kertas Putih Pertahanan ISBN 978-967-16437-5-4) Berikan ulasan anda.
[8]
Kegiatan komunis menjadi ancaman kepada keselamatan negara sejak sebelum merdeka.
20 marks- (a)(i)
Jelaskan bentuk ancaman komunis di wilayah berikut: (i) Sarawak
[4] - (a)(ii)
(ii) Semenanjung Malaysia
[4] - (b)
Terangkan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi ancaman tersebut.
[4] - (c)
Maklumat berikut berkaitan pandangan terhadap komunis. KUALA LUMPUR: Seorang pakar antikeganasan mendakwa, negara kini diancam kegiatan terancang kumpulan pro perjuangan subversif, yang secara halus cuba menghidupkan kembali ideologi komunis. Pakar Kajian Strategik dan AntiKeganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Madya Dr. Mizan Mohammad Aslam, berpendapat jika isu itu tidak ditangani segera, keselamatan negara berada pada tahap kritikal kerana ancaman komunis lebih bahaya daripada militan agama. Katanya, ideologi komunis yang mahukan kesamarataan hak, sekali gus menghapuskan keistimewaan bangsa asal di negara ini boleh menimbulkan rasa tidak tenteram dan huru-hara. "Sejarah dan bukti menunjukkan tindakan komunis terhadap orang awam lebih kejam berbanding kumpulan subversif lain di dunia ini, terutamanya melalui lipatan sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu." (Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/633513/waspada-gerakan-hidupkan-ideologi-komunis-di-negara-ini, November 30, 2019) Jelaskan maklumat dalam petikan tersebut dan kepentingan mengekalkan keamanan di negara kita.
[8]
Selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah menganggotai pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel dan OIC.
20 marks- (a)
Jelaskan manfaat yang diperoleh Malaysia sebagai negara dalam pertubuhan Komanwel.
[6] - (b)
Malaysia merupakan anggota Pertubuhan OIC yang aktif. Buktikan.
[6] - (c)
Infografik berikut menunjukkan bidang kerjasama antara negara anggota Komanwel. MESYUARAT KETUA-KETUA KERAJAAN KOMANWEL (CHOGM) KE-27 BIDANG-BIDANG KEUTAMAAN KERJASAMA NEGARA-NEGARA KOMANWEL • Pencegahan ekstremisme dan keganasan • Pembangunan lestari • Diplomasi kesihatan • Pemerkasaan wanita dan belia Mengapakah Malaysia komited untuk terus bekerjasama dalam bidang tersebut?
[8]