SPM Tuition
Subject
  1. Rakyat dalam kerajaan Srivijaya meminum air tadahan daripada Inskripsi Telaga Batu. Mengapakah upacara tersebut dijalankan?

  2. Apakah yang ditakuti oleh masyarakat jika mereka tidak mematuhi arahan pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

  3. Apakah prinsip perjuangan Satyagraha yang diperjuangkan oleh Mahatma Gandhi di India?

  4. Pihak Bersekutu telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun. Bagaimanakah Jepun menangani perkara tersebut?

  5. Apakah tujuan Operasi Barbarossa yang dilancarkan Adolf Hitler semasa Perang Dunia Kedua?

  6. Mengapakah Tentera Jepun memberikan layanan yang kejam kepada kaum Cina di Tanah Melayu?

  7. Maklumat berkaitan penentangan terhadap Malayan Union 1946. Bantahan terhadap Malayan Union telah dibuat melalui akhbar. Apakah akhbar tersebut?

  8. Apakah kesan penyerahan Sabah kepada kerajaan British pada 26 Jun 1946?

  9. Mengapakah Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar pada tahun 1930-an?

  10. Maklumat berkaitan dasar perluasan kuasa oleh Jepun Orde Baharu Apakah kepentingan pengenalan dasar tersebut?

  11. Kedatangan Jepun ke negara kita ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan ketenteraan. Apakah tindakan Jepun untuk mencapai misi tersebut?

  12. Dasar pendudukan Jepun meninggalkan pelbagai kesan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat. Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut? I Bertolak ansur II Berfikiran terbuka III Sentiasa berwaspada IV Semangat bekerjasama

  13. Maklumat berkaitan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). MOTO CLC “Kesamaan dan Keadilan Untuk Penduduk Tanah Melayu” Apakah implikasi moto tersebut?

  14. Maklumat berkaitan parti politik di negara kita selepas Perang Dunia Kedua. People Progressive Party (PPP) Siapakah pemimpin parti tersebut?

  15. Jawatankuasa Pilihan Raya telah mengeluarkan dua bentuk penyata susunan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang dinamakan Bentuk A dan Bentuk B. Apakah persamaan kedua-dua bentuk tersebut? I Dua orang ahli yang dilantik II Sebelas orang wakil negeri III Tiga orang mewakili golongan minoriti IV Empat puluh orang dipilih melalui pilihan raya

  16. Maklumat berkaitan ahli kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu. • Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj • Dato' Abdul Razak Hussein • Dr.Ismail Abdul Rahman • Tun H.S.Lee Bagaimanakah ahli kabinet tersebut dilantik?

  17. Tokoh di bawah mempunyai pengalaman dalam sistem Perundangan Komanwel. [Gambar 1: Lord Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William McKell, Mr. B. Malik, Mr. Abdul Hamid] Apakah suruhanjaya yang mereka anggotai?

    Diagram for question 17
  18. Apakah reaksi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

  19. Apakah definisi kemerdekaan menurut Nelson Mandela?

  20. Maklumat berkaitan prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Warganegara mempunyai hak asasi iaitu hak yang dimiliki oleh seseorang individu disisi undang-undang seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Apakah prinsip yang dimaksudkan?

  21. Mengapakah kedaulatan negara bangsa kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963?

  22. Senarai berikut berkaitan dengan pelaksanaan dasar sosial negara untuk kesejahteraan rakyat. • Rukun Negara • Sukan • Kebudayaan Apakah matlamat utama dasar tersebut?

  23. Apakah ciri Model Westminster yang diperkenalkan dalam Persekutuan Tanah Melayu? I Bermula selepas merdeka II Sebuah perlembagaan bertulis III Penetapan sempadan negara IV Undang-undang lisan

  24. Mengapakah Perlembagaan Persekutuan penting kepada negara kita?

  25. Mengapakah Durbar ditubuhkan pada tahun 1897? I Majlis Persidangan Raja-raja Melayu II Membincangkan hal pentadbiran III Majlis Perundangan Persekutuan IV Menguruskan sumber ekonomi

  26. Apakah peranan institusi tersebut? • Dewan Negara • Dewan rakyat

  27. Apakah maksud Persekutuan?

  28. Apakah tujuan penubuhan Taman-Taman Sabah oleh Kerajaan Negeri Sabah?

  29. Apakah faktor yang menyebabkan Thailand menyokong dan menerima idea pembentukan Malaysia?

  30. Apakah faktor yang menamatkan konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia?

  31. Apakah tuntutan Lee Kuan Yew dalam kempen berikut? Malaysian Malaysia

  32. Bagaimanakah kerajaan dapat mengatasi isu kebergantungan pada eksport getah dan bijih timah?

  33. Apakah usaha kerajaan dalam memperkasakan perpaduan kaum dari aspek sosial? I Penubuhan Jabatan Perpaduan II Pengenalan prinsip Rukun Negara III Penggunaan bahasa kebangsaan IV Pewartaan Majlis Muhibah Negara

  34. Apakah institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk mempergiatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar? I Sekolah Seri Puteri II Kolej Islam Kluang III Sekolah Shah Alam IV Kolej Sultan Abdul Halim

  35. Dasar Ekonomi Baru bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Bagaimanakah dasar tersebut dilaksanakan?

  36. Pasangan manakah yang menunjukkan usaha kerajaan dalam membasmi kemiskinan? Institusi | Peranan

  37. Rajah berkaitan perkembangan dasar luar Malaysia. Dasar pro-Barat → Dasar menjalinkan hubungan dengan negara lain tanpa mengira ideologi Mengapakah perubahan dasar tersebut berlaku?

  38. Rajah berkaitan anggota negara ASEAN. ASEAN: Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina Apakah tujuan gabungan negara tersebut?

  39. Maklumat berkaitan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam isu kemanusiaan. Cinta Gaza Malaysia (CGM) Apakah sumbangan pertubuhan tersebut?

  40. Senarai berikut berkaitan strategi jangka panjang Malaysia. • Komuniti ASEAN • Zon Bebas Nuklear • Keselamatan Makanan Apakah matlamat strategi tersebut?