Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Rajah berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Sultan ↓ X ↓ Penghulu Bendahari | Y | Laksamana (Pembesar Empat Lipatan) Sumber: Kesultanan Melayu Melaka, Edisi Kedua: Dewan Bahasa dan Pustaka
10 marks- (a)
Nyatakan jawatan pembesar berikut: X: ... Y: ...
[2] - (b)
Jelaskan peranan Pembesar Empat Lipatan.
[4] - (c)
Kepimpinan yang baik melahirkan pemerintahan yang stabil dan dihormati oleh rakyat. Beri penjelasan anda.
[4]
Gambar berikut merupakan anggota kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas Pilihan Raya Umum 1955. [Gambar] Sumber : www. Utusan.com.my, Mei 2018
10 marks
- (a)
Namakan dua pemimpin tempatan yang menganggotai kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu. (i) ... (ii) ...
[2] - (b)
Senaraikan dua jawatan yang terdapat dalam kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu. (i) ... (ii) ...
[2] - (c)
Nyatakan dua peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu. (i) ... (ii) ...
[2] - (d)
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu menjadi simbol penyatuan kaum. Buktikan.
[4]
Antara cabaran yang dihadapi selepas pembentukan Malaysia termasuklah pemisahan Singapura daripada Malaysia dan peristiwa 13 Mei yang dikenang sebagai sebuah tragedi nasional sumber : http // : www.jpnin.gov.my
10 marks- (a)
Mengapakah pemisahan Singapura tidak dapat dielakkan?
[3] - (b)
Jelaskan faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
[3] - (c)
Teliti poster berikut. PELIHARA KEHARMONIAN KAUM DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA [Poster] sumber : http: // .jabatanpenerangan Malaysia.gov. Berikan cadangan anda dalam usaha untuk memupuk semangat perpaduan kaum dalam negara.
[4]
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah memberikan peluang kepada rakyat berbilang bangsa untuk menikmati kemakmuran negara dengan lebih adil dan saksama. DEB • Matlamat: Mencapai perpaduan dan kesejahteraan • Menggunakan strategi serampang dua mata
10 marks- (a)
Terangkan latar belakang Dasar Ekonomi Baru.
[2] - (b)
Jelaskan langkah diambil kerajaan untuk mencapai matlamat DEB.
[4] - (c)
Maklumat berikut berkaitan kejayaan Industri Kecil Sederhana (IKS) dalam usaha membasmi kemiskinan. IKS bukan sahaja menjana ekonomi negara, bahkan membuka peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat Malaysia. Sumber: Utusan Malaysia, 17 Februari 2010 Beri ulasan anda.
[4]
Section B
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 selepas mendapat perkenan Raja-raja Melayu
20 marks- (a)
Terangkan faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[6] - (b)
Jelaskan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang berikut: (i) Pentadbiran [3 markah] (ii) Kewarganegaraan [3 markah]
[6] - (c)
Teliti lirik lagu tersebut. Permainya bumi malaysia Sungguh permai bumi bertuah Tanah tempat ku dilahirkan Pemandangannya indah Tetap tak menjemukan Dinaungi payung mahkota Rakyat bahagia berbilang bangsa Negara makmur sejahtera Kaya hasil buminya Pembangunan desa dan kota Kebanggaan rakyat jelata Negaraku malaysia Pencipta : Mohammad Rauzan Alwi Jelaskan mesej yang terkandung dalam lagu tersebut dan kepentingan mengekalkan keamanan untuk negara.
[8]
Rombongan kemerdekaan Tanah Melayu ke London disertai wakil Raja-Raja Melayu dan wakil Perikatan dalam usaha berunding dengan kerajaan British bagi mendapatkan taraf berkerajaan sendiri.
20 marks- (a)
Jelaskan kronologi perjalanan rombongan kemerdekaan tersebut.
[6] - (b)
Terangkan perkara yang dirundingkan dan disepakati antara kerajaan British dengan perwakilan Tanah Melayu di London.
[6] - (c)
Teliti gambar setem berikut. [Gambar setem] Sumber : www.jabatanperpaduannegara.gov.my Jelaskan maklumat yang terkandung dalam gambar tersebut dan berikan pendapat anda.
[8]
Malaysia kini sebuah negara berdaulat yang berupaya menentukan hala tuju negara baik dari segi aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Sumber : Online.anyflip.com
20 marks- (a)
Jelaskan maksud kedaulatan.
[4] - (b)
Terangkan kepentingan kedaulatan kepada negara Malaysia.
[8] - (c)
Teliti petikan berikut. Sesungguhnya, memelihara kemakmuran negara merupakan tanggungjawab bersama demi memastikan kedaulatan tanah air sentiasa terpelihara. Justeru, perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat amatlah penting dan tidak boleh dikompromi. Seperti yang diungkapkan dalam pepatah Melayu “serumpun bak serai, sesusun bak sirih.” Sumber : sinarharian.com.my, 15 Januari 2019 Beri ulasan anda.
[8]
Kewujudan institusi Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja menjadi dasar kepada identiti tanah air kita dan perkara ini telah diambil perhatian dalam proses penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Sumber: A. Aziz, Shamrahayu (2012) Kuasa dan peranan Raja-Raja Melayu dalam perlembagaan : Sejarah dan masa depan
20 marks- (a)
Jelaskan peranan Majlis Raja-Raja di negara kita.
[4] - (b)
Terangkan bidang kuasa Yang Di-pertuan Agong berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
[8] - (c)
Maklumat berikut berkaitan satu peristiwa bersejarah Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. [Gambar] Sumber: Portal Rasmi Majlis Raja-Raja, majlisraja-raja.gov.my Pada pendapat anda, mengapakah hubungan institusi beraja dan rakyat perlu dipertahankan? Bagaimanakah untuk mengekalkan hubungan ini?
[8]
Setelah mencapai kemerdekaan, dasar luar Malaysia mengalami cabaran dan perubahan signifikan apabila negara mula menunjukkan komitmen terhadap pertubuhan serantau dan antarabangsa yang dianggotainya.
20 marks- (a)
Jelaskan cabaran dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia.
[4] - (b)
Terangkan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan berikut: (i) Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) [4 markah] (ii) Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) [4 markah]
[8] - (c)
Baca petikan berikut. Malaysia dan China mempunyai hubungan erat sejak 1974, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Hubungan ini dijangka terus berkembang pada masa hadapan. Namun, isu Laut China Selatan khususnya Kepulauan Spartly menjadi cabaran utama kerana Malaysia dan China mempunyai tuntutan bertindih di kawasan tersebut. Tuntutan China membina struktur ketenteraan menimbulkan kebimbangan. Malaysia perlu kekal tegas mempertahankan sempadan negara dan hak maritim. Pada masa yang sama, hubungan baik dengan China perlu dikekalkan secara diplomatik dan bukan menggunakan peperangan. Kerjasama ASEAN dan undang - undang antarabangsa perlu diutamakan untuk mengelakkan tercetusnya konflik terbuka. Justeru, dasar luar Malaysia yang dinamik telah dilaksanakan untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan negara serta bebas daripada campur tangan kuasa asing. Dasar luar Malaysia yang berbaik-baik dengan semua negara membolehkan Malaysia dihormati dan kenali oleh negara lain. sumber diubah suai : https://www. pmo.gov.my Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]