Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai ciri-ciri negara bangsa yang tersendiri dan mencapai kegemilangan kerana keunggulan undang-undangnya.
10 marks- (a)
Nyatakan dua ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
[2] - (b)
Berikut adalah undang-undang yang dilaksanakan semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka - Hukum kanun Melaka - Undang-Undang Laut Melaka Jelaskan isi kandungan undang-undang tersebut.
[4] - (c)
Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai undang-undang yang tegas?
[4]
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihanraya Umum 1955. [Gambar: anggota Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu]
10 marks
- (a)
Nyatakan jawatan dalam kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
[2] - (b)
Jelaskan peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu.
[4] - (c)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, buktikan bahawa kabinet pertama berjaya mewujudkan kerjasama antara kaum.
[4]
Pemisahan Singapura merupakan salah satu cabaran utama selepas pembentukan Malaysia.
10 marks- (a)
Nyatakan dua faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia?
[2] - (b)
Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah mencatat satu titik hitam di negara kita. Sejauh manakah langkah-langkah berikut mampu mengatasi rusuhan kaum di negara kita pada masa itu.
[4] - (c)
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 kepada rakyat Malaysia dan cadangkan langkah-langkah bagi mengelakkan peristiwa tersebut daripada berulang.
[4]
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dengan menggunakan beberapa pendekatan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui agihan ekonomi yang seimbang.
10 marks- (a)
Rancangan meningkatkan taraf penduduk melibatkan penduduk miskin di luar bandar. Nyatakan tiga golongan penduduk miskin tersebut. (i) (ii)
[2] - (b)
Jelaskan langkah kerajaan mengatasi masalah kemiskinan di bandar disebabkan pendapatan yang rendah dan masalah perumahan.
[4] - (c)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang dilaksanakan telah membawa perubahan kepada kemajuan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup penduduk. Huraikan pencapaian DEB dan DPN dari aspek sosial.
[4]
Section B
Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948.
20 marks- (a)
Apakah faktor-faktor yang mendorong penubuhan PTM 1948?
[6] - (b)
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[6] - (c)
Teliti poster berikut. Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
[8]
Pada 8 Mac 1956, setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.
20 marks- (a)
Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
[6] - (b)
Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu daripada pelbagai pihak. Jelaskan tentang memorandum tersebut.
[6] - (c)
Jika anda menjadi ahli Jawatankuasa Kerja yang meneliti draf Perlembagaan Persekutuan, apakah perkara utama yang akan anda beri perhatian bagi menjamin kestabilan negara selepas merdeka? Berikan hujah anda.
[8]
Kedaulatan merupakan aspek penting kepada sesebuah negara.
20 marks- (a)
Jelaskan maksud kedaulatan
[4] - (b)
Mengapakah kita perlu mempertahankan kedaulatan negara?
[8] - (c)
Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kedaulatan negara yang kita kecapi pada masa kini.
[8]
Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, peranan Majlis Raja-Raja dikekalkan, namun keanggotaannya mengalami perubahan.
20 marks- (a)
Apakah fungsi Majlis Raja-Raja?
[4] - (b)
Huraikan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan negara.
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan tersebut. Majlis Raja-Raja mempunyai hubungan dengan Kesultanan Melayu bukan sahaja kerana raja-raja menjadi anggota majlis berkenaan, tetapi kerana majlis juga diberi tanggungjawab mengambil alih kuasa pengampunan di peringkat negeri. Majlis Raja-Raja juga berada dalam kedudukan menjadi jurubicara bagi institusi beraja dan pihak yang mempertahankan kepentingan dan kehormatan institusi berkenaan. Majlis Raja Raja juga boleh berfungsi sebagai penasihat kepada Yang Di Pertuan Agong. Nasihat yang boleh diberikan perlu dibataskan kepada soal-soal yang bersifat budi bicara, yang tidak terletak di bawah penguasaan kabinet. Hubungan Majlis Raja-Raja dengan institusi beraja wujud dalam pelbagai bentuk. Yang terpenting ialah kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja sebagai pihak berkuasa yang diberi kuasa mempertahankan segala keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja daripada dikurangi oleh Parlimen. Kuasa ini dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan sejak tahun 1957 Sumber ubah suai: Abdul Aziz Bari, 2002. Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia, DBP. Kuala Lumpur Jelaskan maklumat yang terdapat dalam petikan dan mengapakah institusi ini perlu dikekalkan?
[8]
Dasar luar Malaysia terus diperkukuhkan selepas kemerdekaan. Hal ini mencorakkan dan menggubal dasar yang mampu memberikan faedah kepada kedaulatan negara.
20 marks- (a)
Jelaskan cabaran bagi mengukuhkan dasar luar.
[4] - (b)(i)
Terangkan peranan Malaysia dalam pertubuhan berikut: (i) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
[4] - (b)(ii)
(ii) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
[4] - (c)
Baca dan teliti maklumat dalam petikan di bawah PUTRAJAYA: Asas-asas utama dasar luar Malaysia seperti dasar berkecuali dan kerjasama dengan negara-negara lain akan terus dikekalkan, beberapa aspek akan menjadi keutamaan termasuk hubungan dengan negara-negara tertentu yang memerlukan tinjauan semula. Sebagai contoh, hubungan dengan ASEAN, satu daripada dasar luar yang sangat penting untuk diberikan keutamaan, hubungan dengan negara-negara kuasa besar, Asia Barat dan sebagainya. Senator Datuk Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Sumber: https://www.astroawani.com Bincangkan maklumat yang terdapat dalam petikan dan kesan pengamalan dasar tersebut kepada negara.
[8]