Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu.
• Raja
• Undang-undang
• Wilayah Pengaruh
• X
Apakah X?
Hubungan secara timbal balik antara pemerintah dan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah selaras dengan konsep waadat.
Apakah maksud waadat?
Nasionalisme di Vietnam muncul akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi lepas kedatangan Perancis.
Apakah akhbar yang digunakan sebagai medium penentangan terhadap Perancis?
I Kalayan
II El-filibusterismo
III Tribune Indige
IV Cloche Felee
Tokoh berikut mencetuskan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu.
• Abdul Rahim Kajai
• Harun Aminurrashid
Apakah medium yang digunakan untuk menyampaikan idea tersebut?
I Penubuhan madrasah
II Novel
III Cerpen
IV Gerakan Islah
Selepas Perang Dunia Kedua diisytiharkan, Jerman memulakan serangan bagi menakluki negara di Eropah Barat.
Apakah nama serangan tersebut?
Berikut adalah gambar mata wang Jepun yang dikenali sebagai “wang pokok pisang”.
[Gambar]
Apakah kesan penggunaan mata wang tersebut?
Bagaimanakah Raja-raja Melayu menzahirkan penentangan terhadap Malayan Union?
Pada tahun 1946, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British untuk menyerahkan Sabah menjadi tanah jajahan British.
Mengapakah SBUB bersetuju menyerahkan Sabah kepada kerajaan British?
Berikut adalah pegawai British yang menyokong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
• Sir Edward Gent
• Malcom MacDonald
• Sir Ralph Hone
Mengapakah mereka menyokong?
I Mewujudkan keamanan
II Mengukuhkan kedudukan British
III Malayan Union bersifat menindas
IV Kestabilan dan kemajuan ekonomi
Salah satu ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah status kewarganegaraan.
Antara berikut yang manakah syarat kewarganegaraan secara pendaftaran?
I Taat kepada raja
II Keturunan Melayu
III Tiada rekod jenayah
IV Tingkah laku yang baik
Sasaran utama serangan komunis ialah kawasan ladang getah dan lombong bijih timah. Mengapakah pihak komunis bertindak sedemikian?
British telah memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan Persekutuan Tanah Melayu pada 23 Julai 1948.
Mengapakah penggunaan kad tersebut diperkenalkan?
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha ke arah kemerdekaan.
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada Januari 1949.
Apakah cadangan jawatankuasa tersebut untuk mencapai objektifnya?
Gambar berikut menunjukkan logo yang digunakan oleh Parti Perikatan pada tahun 1954.
[Gambar]
Mengapakah logo tersebut dipilih?
Rajah berikut menunjukkan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Rang undang-undang diluluskan → X → Penamaan calon
Apakah X?
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Apakah peranan kabinet tersebut?
Maklumat berikut berkaitan memorandum Suruhanjaya Perlembagaan PTM.
Yang di-Pertuan Agong harus dipilih oleh Raja-raja Melayu berdasarkan kekananan
Pihak manakah yang menghantar memorandum tersebut?
Pernyataan berikut merujuk kepada jenis kerakyatan dalam Perjanjian Persekutuan 1957.
• Penguatkuasaan Undang-undang
• Memohon didaftarkan sebagai rakyat
• X
Apakah X?
Apakah perjuangan tokoh berikut terhadap pembebasan rakyat India.
[Gambar: Mahatma Gandhi]
Apakah tujuan pengenalan Rancangan Buku Merah pada tahun 1961 selepas negara mencapai kemerdekaan?
Kedaulatan berasal daripada perkataan Arab ‘daulah’ yang bermaksud..
Selepas negara mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Apakah usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut?
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957.
Apakah pihak yang menggubal perlembagaan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan kedudukan orang Melayu dan bumiputera.
• Kedudukan Istimewa orang Melayu
• Kedudukan Istimewa bumiputera Sarawak dan Sabah
• Kepentingan sah kaum lain
Siapakah yang bertanggungjawab memelihara kedudukan rakyat selepas kemerdekaan?
Mengapakah Majlis Raja-raja dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948 dianggap ekslusif untuk Raja-raja Melayu?
Maklumat berikut berkaitan dengan kebebasan asasi di Malaysia.
Kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam perlembagaan tidak bersifat mutlak, tetapi tertakluk pada sekatan yang ditentukan oleh undang-undang yang digubal oleh Parlimen Malaysia.
Mengapakah perlunya sekatan tertentu terhadap kebebasan asasi?
Gambar di bawah menunjukkan Raja-raja Melayu selepas menandatangani perjanjian penstrukturan semula Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1927.
[Gambar]
Mengapakah perjanjian itu ditandatangani?
Pada peringkat awal kemerdekaan, kerjasama sosioekonomi antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri tertumpu pada Pembangunan In-Situ.
Apakah yang diberikan penekanan dalam program In-Situ?
Cadangan pembentukan Malaysia mendapat tentangan daripada segolongan penduduk di Singapura.
Mengapakah Barisan Sosialis di Singapura menetang pembentukan Malaysia?
Gambar berikut menunjukkan Dr. Ismail Abdul Rahman. Beliau membentangkan aduan berkaitan isu konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia
[Gambar]
Apakah pendekatan yang digunakan oleh Malaysia dalam menangani isu tersebut?
Pada 9 Ogos 1965, Parlimen Malaysia meluluskan rang undang-undang pemisahan Singapura.
Apakah faktor yang membawa kepada pemisahan tersebut?
I Isu hak sama rata
II Pengaruh fahaman komunis
III Pertukaran pucuk kepimpinan
IV Masalah hubungan antara pemimpin
Maklumat berikut berkaitan dengan isu yang dihadapi selepas pembentukan Malaysia.
• Peluang pekerjaan meningkat
• Kadar pengganguran meningkat
Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?
Rukun Negara yang merupakan ideologi negara dibentuk dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.
Apakah pihak yang berperanan menggubal Rukun Negara?
Berikut merupakan logo Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
[Gambar]
Bagaimanakah DBP berperanan memartabatkan Bahasa Kebangsaan?
Pada 20 Disember 1974, Tun Abdul Razak melancarkan Rancangan Buku Hijau.
Mengapakah rancangan tersebut diperkenalkan?
Di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN), kerajaan berusaha menggalakkan bumiputera bersaing dalam perniagaan moden.
Bagaimanakah usaha tersebut dilaksanakan?
I Mempromosikan hasil
II Membekalkan pekerja asing
III Menyediakan kemudahan modal
IV Memberikan pendedahan teknologi baharu
Antara berikut, faktor manakah yang mempengaruhi penggubalan Dasar Luar Malaysia?
I Persekitaran luar
II Kehendak rakyat
III Persaingan politik
IV Keperluan nasional
Jadual berikut berkaitan dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
Tahun: 1971
Tempat: Kuala Lumpur
Peristiwa: Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean
Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah pertubuhan di Malaysia.
X
• Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006
• Membantu rakyat Palestin secara kolektif, sistematik, berterusan dan berkesan
• Menyalurkan sumbangan orang ramai kepada rakyat Palestin
Apakah X?
Senarai berikut berkaitan strategi jangka Panjang Malaysia menuju masa depan.
• Komuniti ASEAN
• Zon Bebas Nuklear
• Keselamatan makanan
Apakah matlamat strategi tersebut?