SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Kesultanan Melayu Melaka memiliki sistem perundangan yang mantap dalam menjamin kemakmuran dan kesejahteraan empayarnya. Undang-Undang → Hukum Kanun Melaka Undang-Undang → Undang-Undang Laut Melaka

    10 marks
    1. (a)

      Senaraikan 2 perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut?

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan perkara di 1(a).

      [4]
    3. (c)

      Berikut adalah prinsip Rukun Negara yang keempat. Kedaulatan undang-undang Mengapakah prinsip tersebut dijadikan sebagai prinsip Rukun Negara?

      [4]
  2. Pernyataan berikut berkaitan dengan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu. Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.

    10 marks
    1. (a)

      Senaraikan anggota Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu.

      [4]
    3. (c)

      Baca petikan berikut. Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu memperlihatkan barisan pemimpin yang berwibawa. Mereka berusaha membangunkan negara menerusi jawatan yang diamanahkan, di samping bekerjasama dan berkongsi kuasa antara satu sama lain. Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, hlmn 207. Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan harapan anda kepada pemimpin negara bagi memastikan kecemerlangan negara dapat diteruskan.

      [4]
  3. Berikut merupakan cabaran yang dihadapi oleh negara selepas pembentukan Malaysia. [Gambar: keratan akhbar 'Singapore is out' dan '13 Mei']

    10 marks
    Diagram for question 3
    1. (a)

      Mengapakah berlakunya pemisahan Singapura?

      [3]
    2. (b)

      Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 merupakan titik hitam kepada negara. Sejauhmanakah raja berperanan dalam menangani peristiwa ini?

      [3]
    3. (c)

      Tragedi 13 Mei mengajar kita erti perpaduan. Berikan komen anda.

      [4]
  4. Petikan berikut merujuk kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dengan memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum untuk menikmati kemakmuran negara dengan lebih adil dan saksama. Petikan ucapan Tun Abdul Razak Hussein ketika pelancaran DEB

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan dua strategi bagi mencapai matlamat dasar tersebut.

      [2]
    2. (b)

      Bagaimanakah usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat? (i) Bandar [2 markah] (ii) Luar Bandar [2 markah]

      [4]
    3. (c)

      Sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara. Berikan pandangan anda.

      [4]

Section B

  1. Rajah berikut berkaitan dengan perkembangan politik di negara kita sebelum merdeka. MALAYAN UNION 1946 → PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

      [6]
    2. (b)

      Terangkan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

      [6]
    3. (c)

      Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas kukuh kepada sistem pentadbiran Malaysia pada hari ini. Buktikan.

      [8]
  2. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah menerima memorandum bertulis dari Raja-Raja Melayu, parti politik, badan awam dan orang perseorangan.

    20 marks
    1. (a)

      Bincangkan memorandum yang diterima daripada parti politik dan pihak awam kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan.

      [6]
    2. (b)

      Terangkan reaksi terhadap draf perlembagaan oleh pihak berikut: (i) Orang Melayu [3 markah] (ii) Orang bukan Melayu [3 markah]

      [6]
    3. (c)

      Berikut adalah gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Gerak Kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu: • Meminta cadangan daripada semua penduduk yang berminat secara bertulis atau lisan. Suruhanjaya ini menerima memorandum bertulis daripada pelbagai pihak untuk diteliti. • Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan, menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri. Mereka juga bermesyuarat dan melawat negeri Melayu serta Negeri-negeri Selat. • Mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu. Sebanyak 118 perjumpaan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Oktober 1956. • Mengkaji dan membuat laporan serta cadangan membentuk perlembagaan bagi sebuah negara merdeka. Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan di atas dan iktibar yang boleh diambil.

      [8]
  3. Kedaulatan negara kita telah mendapat pengiktirafan daripada kuasa luar sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga berlakunya pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dan kedaulatan ini diperkukuhkan lagi sebagai sebuah negara dan bangsa.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan?

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan kepentingan kedaulatan terhadap negara kita.

      [8]
    3. (c)

      Teliti poster berikut. [Poster: TOLERANSI KUNCI KEAMANAN, KEDAULATAN NEGARA. "Dalam usaha menyelamatkan negara daripada ancaman terutamanya komunis, ramai anggota terkorban dan terpaksa hidup dalam keadaan cacat seumur hidup." Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara. Sumber: BERNAMA] Huraikan mesej yang terkandung dalam poster.

      [8]
      Diagram for question 7 (c)
  4. Majlis Raja-raja Melayu berkuasa dalam memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah fungsi Majlis Raja-Raja selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 1957?

      [4]
    2. (b)

      Terangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

      [8]
    3. (c)

      Institusi Yang di-Pertuan Agong perlu dikekalkan. Bincangkan.

      [8]
  5. Penggubalan dasar luar merupakan satu proses yang dinamik dan penuh dengan cabaran kesan daripada perubahan geopolitik di dunia.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam mengukuhkan dasar luar negara?

      [4]
    2. (b)

      Terangkan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan berikut dalam usaha mengekalkan keamanan dan kemajuan sejagat. (i) ASEAN [4 markah] (ii) OIC [4 markah]

      [8]
    3. (c)

      Gambar berikut menggambarkan situasi yang berlaku di Asia Barat [Gambar] Mengapakah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dikatakan gagal mengawal konflik tersebut?

      [8]
      Diagram for question 9 (c)