SPM Tuition
Subject
  1. Rajah di bawah menunjukkan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu: • Rakyat • Raja • Undang-undang • X Apakah X?

  2. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka. Rakyat sanggup mematuhi segala arahan pemerintah Kesultanan Melayu Melaka Apakah faktor yang mendorong tindakan tersebut?

  3. Mengapakah gerakan nasionalisme di China menentang pemerintahan Dinasti Manchu?

  4. Akhbar Bahasa Inggeris seperti The Malay Mail dan The Malayan Tribune berusaha untuk mengasaskan dana bagi membantu orang Melayu. Apakah tujuan dana tersebut dikumpulkan?

  5. Mengapakah Jerman melancarkan pengeboman terhadap Britain semasa Perang Dunia Kedua?

  6. Apakah kesan penggunaan mata wang Jepun yang dikenali “Wang Pokok Pisang”?

  7. • Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-Raja • Kewarganegaraan jus soli Berdasarkan maklumat di atas, yang manakah berkaitan dengan sistem pemerintahan British di Tanah Melayu?

  8. Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat penentangan daripada rakyat tempatan di Sabah. Mengapakah penyerahan ini tidak mendapat tentangan? I British menjaga kebajikan penduduk II Perbezaan etnik menyukarkan penyatuan III British memberi tekanan kepada kesedaran politik IV Penduduk tempatan diberi peluang dalam pentadbiran

  9. British telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946. Apakah cadangan yang dikemukakan jawatankuasa tersebut?

  10. Rakyat Raja mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang. Apakah syarat untuk menjadi rakyat Raja? I Kuasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris II Keluarganya rakyat tempatan III Bertutur bahasa tempatan IV Memahami adat resam

  11. Gambar di bawah menunjukkan tindakan komunis di Tanah Melayu. Mengapakah komunis bertindak demikian?

    Diagram for question 11
  12. British memperkasakan pasukan keselamatan tempatan untuk membanteras kegiatan komunis. Apakah tugas Polis Hutan?

  13. Persekutuan Tanah Melayu 1948 merintis kepada penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (CLC). Apakah kepentingan penubuhan jawatankuasa tersebut?

  14. Mengapakah Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Independence of Malayan Party (IMP) pada tahun 1951?

  15. Maklumat berikut berkaitan dengan Pilihan Raya Umum pertama di negara kita. Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 • Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan • Diisytiharkan oleh Sir Donald MacGillivray Apakah kepentingan pilihan raya tersebut?

  16. Apakah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955?

  17. Antara berikut, yang manakah menjadi pilihan masyarakat dan pemimpin Tanah Melayu dalam terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan 1956? I Kedudukan raja Melayu dipelihara II Kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja III Kepatuhan rakyat kepada demokrasi berparlimen IV Keistimewaan orang Melayu dan kepentingan kaum lain

  18. Bagaimanakah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merangka asas perlembagaan negara kita? I Mengambil kira semangat kenegerian II Menjalankan aktiviti menyebar luas maklumat III Mempertimbangkan isu kepelbagaian kaum IV Meneliti memorandum pelbagai pihak

  19. Apakah maksud kemerdekaan menurut pandangan Mahatma Gandhi?

  20. Maklumat berikut berkaitan kesan pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan • Membina sebuah bangsa bagi negara yang Bersatu • Mengeluarkan Penyata Rahman Talib Apakah elemen yang diberikan penekanan dalam menjalankan usaha tersebut?

  21. Jadual berikut berkaitan takrif kedaulatan dalam pelbagai bahasa. Bahasa | Takrif kedaulatan Bahasa Yunani | Agung atau tertinggi Bahasa Melayu | Kekuasaan tertinggi Bahasa Arab | Daulah Apakah unsur persamaan berdasarkan takrif tersebut?

  22. Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran negara kita. Dasar pentadbiran negara dilaksanakan dengan berkesan tanpa campur tangan pihak luar. Apakah yang dapat dikaitkan dengan penyataan tersebut?

  23. Pada tahun 1948, undang-undang di Negeri-negeri Selat telah digubal oleh Majlis Undangan Negeri. Apakah badan yang menggubal undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu?

  24. Mengapakah kandungan perlembagaan persekutuan mengambil kira ciri tradisional?

  25. Selepas merdeka, keanggotaan Majlis Raja-Raja mengalami perubahan. Antara berikut, yang manakah keanggotaan Majlis Raja-Raja? I Menteri Besar II Perdana Menteri III Raja-Raja Melayu IV Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang.

  26. Mengapakah kebebasan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia tidak bersifat mutlak tetapi tertakluk kepada sekatan tertentu?

  27. Mengapakah kerajaan berbentuk Kesatuan 1946 gagal diteruskan oleh British?

  28. Senarai berikut merupakan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. • Pembangunan sosioekonomi • Pemuliharaan khazanah negara • Menjamin keselamatan negara Apakah iktibar daripada kerjasama tersebut?

  29. Mengapakah pemimpin dan penduduk Sabah menolak cadangan pembentukan Malaysia pada peringkat awal?

  30. Jadual berikut berkaitan perjanjian yang ditandatangani antara Indonesia dan Malaysia. Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia - Malaysia Tarikh | 11 Ogos 1966 Tempat | Jakarta, Indonesia Wakil Malaysia | Tun Abdul Razak Wakil Indonesia | Adam Malik Apakah kepentingan persetujuan tersebut?

  31. Mengapakah Singapura berpisah daripada Malaysia?

  32. Maklumat berikut adalah isu pembangunan ekonomi negara. Terlalu bergantung kepada eksport getah dan bijih timah. Apakah tindakan kerajaan mengatasi isu tersebut?

  33. Pasangan yang manakah menunjukkan perbezaan konsep perpaduan kaum dan integriti nasional? (Perpaduan Kaum | Integriti Nasional)

  34. Senarai di bawah menunjukkan sekolah di Malaysia. • Sekolah Seri Puteri • Sekolah Alam Shah • Kolej Sultan Abdul Halim Apakah persamaan ketiga-tiga sekolah tersebut?

  35. Maklumat berikut berkaitan dengan pemilihan modal saham. • Amanah Saham Nasional (ASN) • Amanah Saham Bumiputera (ASB) Apakah tujuan syarikat pengurusan tersebut ditubuhkan?

  36. Antara berikut, yang manakah strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam pembangunan kemudahan fizikal? I Melaksanakan program penanaman semula II Menyediakan kemudahan kredit kepada pemaju III Pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar IV Menyediakan dan menambah baik kemudahan asas

  37. Senarai negara berikut telah menjalin hubungan luar dengan Malaysia sejak sekian lama. • Turki • Mesir • Yaman • Arab Saudi Apakah faktor yang mempengaruhi hubungan luar tersebut?

  38. MAPHILINDO merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia. Apakah matlamat penubuhannya?

  39. Maklumat berikut berkaitan dengan isu kemanusiaan dan keamanan yang melibatkan rakyat Malaysia. • Isu Palestin • Isu Syria • Isu Tsunami di Acheh Apakah nilai daripada penglibatan rakyat Malaysia dalam isu tersebut?

  40. Malaysia tidak bersetuju kuasa besar dunia memiliki kuasa veto dalam pertubuhan dunia. Apakah alasan Malaysia?