Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Rajah berikut menunjukkan undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. • Hukum Kanun Melaka • Undang-undang Laut Melaka
10 marks- (a)
Nyatakan perkara yang dibincangkan dalam Hukum Kanun Melaka. (i) (ii)
[2] - (b)
Jelaskan hukuman terhadap perbuatan jenayah yang terdapat dalam senarai undang-undang di atas.
[4] - (c)
Maklumat berikut merujuk kepada prinsip keempat Rukun Negara. Kedaulatan Undang-undang Mengapakah pengamalan prinsip tersebut penting kepada rakyat sesebuah negara?
[4]
Gambar berikut merupakan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas Pilihanraya Umum 1955.
10 marks
- (a)
Senaraikan tokoh-tokoh tempatan dalam kabinet tersebut. i) ii)
[2] - (b)
Huraikan peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955.
[4] - (c)
Buktikan kabinet pertama berjaya mewujudkan kompromi antara kaum.
[4]
Berikut merupakan keratan akhbar berkaitan dengan peristiwa pemisahan Singapura dalam gagasan Malaysia.
10 marks
- (a)
Nyatakan faktor pemisahan Singapura dalam gagasan Malaysia.
[3] - (b)
Huraikan faktor yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
[3] - (c)
Teliti poster berikut. Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
[4]
Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum dengan menggunakan strategi serampang dua mata.
10 marks- (a)
Nyatakan dua strategi yang dilaksanakan. i) ii)
[2] - (b)
Bagaimanakah penubuhan FELDA dapat mencapai matlamat DEB?
[4] - (c)
Sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi dan kesejahteraan negara. Buktikan.
[4]
Section B
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 setelah Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
20 marks- (a)
Jelaskan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[6] - (b)
Huraikan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[6] - (c)
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dianggap sebagai usaha ke arah menyatukan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu. Pada pendapat anda, sejauh manakah Persekutuan ini berjaya memupuk perpaduan kaum?
[8]
Suruhanjaya Perlembagaan Tanah Melayu menerima banyak memorandum daripada pelbagai pihak.
20 marks- (a)
Jelaskan isi kandungan memorandum bertulis daripada Pihak Raja-Raja Melayu.
[6] - (b)
Huraikan inti pati perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[6] - (c)
Baca petikan berikut. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman, damai dan perpaduan. Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara iaitu kedudukan Raja Berpelembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 menjaga kedudukan orang Melayu dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah. (Berita Harian Online Disember 2018) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan dan kesan sekiranya rakyat tidak mematuhi perlembagaan negara.
[8]
Kedaulatan ditakrifkan sebagai kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas dan mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.
20 marks- (a)
Jelaskan jenis-jenis kedaulatan negara.
[6] - (b)
Huraikan kepentingan mewujudkan negara berdaulat.
[6] - (c)
Teliti poster berikut. Terangkan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
[8]
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa dan fungsi dalam sistem Raja Berperlembagaan.
20 marks- (a)
Jelaskan fungsi Majlis Raja-Raja Melayu.
[4] - (b)
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dan peranan dalam pemerintahan negara meliputi kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman. Terangkan fungsi Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kuasa perundangan.
[8] - (c)
Baca petikan berikut. Sesungguhnya beta telah menggalas amanah dengan telus dan adil selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita. Pada masa yang sama beta juga menghargai kematangan dan kerjasama semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat jelata yang memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika sehingga membolehkan Beta menggalas amanah ini. (Sumber: http://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/perkhidmatan/koleksi-titah-ydp-agong) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan dan sebab konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen perlu dipertahankan.
[8]
Dasar luar Malaysia terus diperkukuh selepas kemerdekaan. Hal ini bagi mencorakkan dan menggubal dasar yang mampu memberikan faedah kepada kedaulatan negara.
20 marks- (a)
Jelaskan cabaran bagi mengukuhkan dasar luar.
[4] - (b)(i)
Terangkan peranan Malaysia dalam pertubuhan berikut: (i) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
[4] - (b)(ii)
(ii) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
[4] - (c)
Teliti petikan berikut. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian yang serius dalam aspek hubungan luar Malaysia terutama dalam menyelesaikan isu cabaran ketidaktentuan ekonomi dan politik global. Hubungan ekonomi dan perdagangan penting untuk mempelbagaikan sumber perdagangan dan pelaburan, seterusnya mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada satu-satu negara. Rakyat tanpa mengira fahaman politik perlu memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi menghadapi cabaran luar mendatang dalam usaha mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara. (Sumber ubah suai: https://www.bharian.com.my) Pada pendapat anda, bagaimanakah hubungan Malaysia dengan negara luar dapat diperkukuh?
[8]