SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Rajah berikut menunjukkan undang-undang kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka: • Hukum Kanun Melaka • Undang-Undang Laut Melaka

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan aspek yang terkandung dalam undang-undang di atas. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan tentang aspek jenayah yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka.

      [4]
    3. (c)

      Undang-undang dapat membentuk komuniti yang harmoni. Beri komen anda.

      [4]
  2. Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah dibentuk selepas Pilihan Raya Umum pada tahun 1955.

    10 marks
    1. (a)

      Namakan dua anggota kabinet pertama PTM. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan tugas kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

      [4]
    3. (c)

      Gambar di bawah menunjukan pelbagai kaum di Malaysia. Mengapakah kepimpinan pelbagai kaum penting dalam mewujudkan kestabilan politik negara?

      [4]
      Diagram for question 2 (c)
  3. Negara kita menghadapi cabaran perpaduan kaum selepas pembentukan Malaysia.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah faktor yang mencetuskan rusuhan kaum di Singapura?

      [3]
    2. (b)

      Mengapakah rusuhan kaum berlaku di negara kita pada 13 Mei 1969?

      [3]
    3. (c)

      Bincangkan usaha kerajaan untuk membentuk keperibadian kebangsaan dalam masyarakat.

      [4]
  4. Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum dengan menggunakan strategi bersifat serampang dua mata.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah strategi Dasar Ekonomi Baru?

      [2]
    2. (b)(i)

      Jelaskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha yang berikut: (i) Rancangan Buku Hijau

      [2]
    3. (b)(ii)

      (ii) Pendidikan Tenaga Kerja Mahir

      [2]
    4. (c)

      Gambar di bawah menunjukkan graf kadar pengangguran di Malaysia pada tahun 2020. Jelaskan kesan sekiranya kadar pengangguran rakyat Malaysia masih meningkat.

      [4]
      Diagram for question 4 (c)

Section B

  1. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 adalah lambang kejayaan perjuangan orang Melayu mempertahankan maruah bangsa dan negara.

    20 marks
    1. (a)

      Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya dibentuk?

      [6]
    2. (b)

      Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Penolakan Malayan Union melahirkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan perjuangan kemerdekaan menghasilkan Perjanjian Kemerdekaan 1957. Kontrak sosial bukan sekadar sebuah dokumen mengenai peraturan dan cara pengendalian sesebuah negara. Namun yang lebih penting lagi ia asas kontrak sosial antara pelbagai komponen yang saling berkaitan. Kontrak sosial antara orang Melayu sebagai kaum pribumi dengan kaum lain, antara raja dan rakyatnya dan negeri-negeri yang berdaulat dengan Persekutuan. Melalui kontrak sosial itu, semua kaum diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan sebahagian daripada hak yang lain. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain. Kaum lain mendapat jaminan hak mengamalkan adat resam, bahasa dan agama masing-masing. Di samping hak mereka yang terpenting iaitu hak kewarganegaraan untuk berkongsi hidup sebagai rakyat di bumi Malaya ini. (Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article) Berikan ulasan anda.

      [8]
  2. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mendapat memorandum daripada pelbagai pihak ketika merangka draf perlembagaan.

    20 marks
    1. (a)

      Terangkan memorandum bertulis yang diterima daripada parti politik dan pihak awam.

      [6]
    2. (b)

      Huraikan reaksi terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid.

      [6]
    3. (c)

      Sikap keterbukaan dengan menerima pandangan daripada pelbagai pihak perlu dipertahankan agar negara kekal maju dan harmoni. Berikan pandangan anda.

      [8]
  3. Kedaulatan merujuk kuasa tertinggi sesebuah kerajaan bagi menjalankan pemerintahan negara yang bebas dan merdeka.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan maksud kedaulatan?

      [4]
    2. (b)

      Mengapakah kita perlu mempertahankan kedaulatan negara?

      [8]
    3. (c)

      Teliti poster berikut. Beri ulasan anda berdasarkan poster tersebut.

      [8]
      Diagram for question 7 (c)
  4. Institusi beraja terdiri daripada Majlis Raja-Raja, institusi beraja di negeri-negeri dan Yang Dipertuan Agong pada peringkat persekutuan.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan fungsi Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan.

      [4]
    2. (b)(i)

      Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang luas dalam pemerintahan di negara kita. Jelaskan kuasa baginda dalam aspek berikut: (i) Kuasa Eksekutif

      [4]
    3. (b)(ii)

      (ii) Kuasa Perundangan

      [4]
    4. (c)

      [Gambar: 9 Raja-Raja Melayu di Malaysia] Pada pendapat anda, bagaimanakah institusi Raja Berperlembagaan memberi impak dalam mengekalkan kestabilan politik di negara kita?

      [8]
      Diagram for question 8 (c)
  5. Dasar luar negara merupakan tindakan pihak kerajaan dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan cabaran politik dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia?

      [4]
    2. (b)(i)

      Malaysia memberikan perhatian yang serius dalam hubungannya dengan negara serantau. Huraikan peranan Malaysia dalam: (i) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

      [4]
    3. (b)(ii)

      (ii) Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

      [4]
    4. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu mengutamakan perkongsian amalan terbaik dan menggalakkan kerjasama teguh dalam kalangan negara Islam untuk membangunkan ekosistem kewangan moden, cekap dan inklusif, yang berkesan menghentikan kaedah tradisi lapuk. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata usaha sedemikian penting dalam memperkukuh sistem pembayaran digital dan memastikannya memenuhi pelbagai keperluan masyarakat Islam global di samping berpegang kepada prinsip kewangan Islam. Menurutnya OIC berperanan sebagai organisasi antara kerajaan kedua terbesar di dunia, yang berpotensi luas dalam pembangunan. "Dengan sumber asli yang luas, modal insan yang pelbagai dan pasaran luas merangkumi empat benua, negara anggota OIC berpotensi dalam pertumbuhan ekonomi yang teguh," katanya pada majlis perasmian Sesi Ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) di sini pada Isnin. Menurut Fahmi umat Islam kini membentuk kira-kira 25 peratus daripada populasi global, mewujudkan pasaran yang berpotensi menjadi kuasa ekonomi yang ketara. (Sumber: https://www.komunikasi.gov.my/en/public/news/26536-negara-anggota-oic-perlu-galak-kerjasama-dalam-ekosistem-kewangan-fahmi) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan berikan komen anda terhadap dasar luar Malaysia.

      [8]