Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai undang-undang yang berasaskan peraturan adat dan hukum syariah. Undang-undang tersebut diperkenalkan untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka.
10 marks- (a)
Namakan dua undang-undang yang diperkenalkan dalam Kesultanan Melayu Melaka. (i) … (ii) …
[2] - (b)
Terangkan hukuman bagi perbuatan jenayah berdasarkan daripada undang-undang di 1(a).
[4] - (c)
Mengapakah undang-undang penting terhadap pembentukan negara dan bangsa?
[4]
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955. Kabinet pertama ini memainkan peranan ke arah berkerajaan sendiri.
10 marks- (a)
Kabinet ini dianggotai oleh 10 orang menteri yang masing-masing memegang portfolio dibawah kekuasaan mereka. Namakan jawatan yang dipegang oleh menteri-menteri di bawah. (i) Tunku Abdul Rahman (ii) H.S. Lee
[2] - (b)
Jelaskan peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955.
[4] - (c)
Gambar di bawah menunjukkan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas kejayaan dalam Pilihan Raya Umum tahun 1955. Jika anda adalah bakal pemimpin yang akan menerajui pentadbiran negara, jelaskan sikap yang perlu anda amalkan demi kesejahteraan negara.
[4]
Perpaduan kaum menjadi cabaran utama selepas pembentukan Malaysia.
10 marks- (a)
Apakah yang menyebabkan rusuhan kaum berlaku di Singapura?
[3] - (b)
Jelaskan faktor berlakunya tragedi 13 Mei 1969.
[3] - (c)
Konflik perkauman merencatkan pembangunan sesebuah negara. Berikan ulasan anda.
[4]
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun bermula 1970 hingga tahun 1990 sebagai Rancangan Pembangunan Ekonomi dan Perpaduan negara.
10 marks- (a)
Apakah latar belakang pembentukan DEB?
[3] - (b)
Jelaskan pelaksanaan DEB dalam meningkatkan taraf hidup rakyat.
[3] - (c)
Teliti poster berikut. [Poster: EKONOMI MALAYSIA DIUNJUR BERKEMBANG 5.8% PADA SUKU TAHUN KE-2 2024 (Jabatan Penerangan Malaysia / Berita RTM, 19 Julai 2024)] Bincangkan maklumat yang terdapat dalam poster di atas dan langkah untuk membentuk ekonomi yang lebih mapan.
[4]
Section B
Penentangan terhadap Malayan Union telah membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
20 marks- (a)
Jelaskan faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[6] - (b)
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[6] - (c)
Poster berikut berkaitan kesan pelaksanaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. [Poster: KERJASAMA ANTARA KAUM / MENGUKUHKAN PERPADUAN / KEMBALIKAN KUASA RAJA / MEMELIHARA HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU] Berikan ulasan anda.
[8]
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 merupakan asas kepada pembentukan sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
20 marks- (a)
Jelaskan memorandum bertulis yang diterima daripada pihak Raja-raja Melayu.
[6] - (b)
Huraikan reaksi terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
[6] - (c)
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 membuktikan bahawa permuafakatan antara pelbagai pihak mampu mengekalkan kestabilan politik negara. Ulaskan pernyataan ini.
[8]
Setiap negara yang merdeka mempunyai kedaulatan yang tersendiri dalam memacu kemajuan dan kemakmuran negara.
20 marks- (a)
Jelaskan takrifan kedaulatan.
[4] - (b)
Terangkan kepentingan mewujudkan sebuah negara yang berdaulat.
[8] - (c)
Poster berikut menggambarkan kedaulatan di negara kita. [Poster: KEDAULATAN NEGARA – Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pemerintahan dan pentadbiran sendiri. Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia kini sebuah negara berdaulat yang berupaya menentukan hala tuju negara baik dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial.] Beri ulasan anda.
[8]
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, terdapat tiga Institusi Beraja iaitu Yang di-Pertuan Agong, Institusi Beraja pada peringkat negeri dan Majlis Raja-Raja.
20 marks- (a)
Apakah bidang kuasa Majlis Raja-Raja?
[4] - (b)
Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong melaksanakan kuasa perundangan?
[8] - (c)
Institusi beraja memayungi rakyat ke arah kesejahteraan dan kemakmuran. Bincangkan pernyataan tersebut.
[8]
Dasar luar Malaysia memasuki fasa baharu sejak tahun 1970-an. Perubahan yang berlaku dalam ekonomi, sosial dan politik pada peringkat antarabangsa turut memberi kesan kepada negara kita.
20 marks- (a)
Jelaskan cabaran politik dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia.
[4] - (b)(i)
Huraikan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan berikut: (i) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
[4] - (b)(ii)
(ii) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
[4] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut Seiring dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, isu ini telah diberi keutamaan dalam agenda serantau. Malaysia telah mengambil langkah konkrit untuk membangkitkan perkara ini bersama negara-negara anggota ASEAN. Semasa Mesyuarat Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN pada Januari 2025 di Langkawi, para Menteri Luar telah mengulangi komitmen bersama untuk membanteras jenayah rentas negara, termasuk penyeludupan manusia, pemerdagangan orang, pengedaran dadah, jenayah siber, pengubahan wang haram dan ancaman penipuan dalam talian yang semakin meningkat. Malaysia telah menekankan keperluan mendesak untuk tindakan tegas dalam menangani jenayah rentas sempadan yang semakin berleluasa. Para Menteri ASEAN telah bersetuju untuk mengkaji semula Pelan Tindakan ASEAN untuk membanteras Jenayah Rentas Sempadan (2016–2025), dengan tujuan memperkukuh kerjasama dan mekanisme penyelarasan serantau, serta memastikan dokumen pengganti yang sedang dibangunkan mampu menangani ancaman jenayah baharu dan yang sedang berkembang. Malaysia kekal komited sepenuhnya untuk bekerjasama rapat dengan rakan-rakan ASEAN dan semua pihak berkepentingan, termasuk masyarakat sivil, bagi memperkukuh langkah pencegahan, meningkatkan kerjasama serantau dan memastikan perlindungan untuk semua mangsa. Sumber : https://www.kln.gov.my/-/malaysia-tangani-sindiket-penipuan Jelaskan maklumat dalam petikan berikut dan kesan sekiranya tidak diatasi.
[8]