Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Kesengsaraan yang dialami oleh penduduk dan dasar pentadbiran tentera Jepun telah membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu. [Gambar: Kad catuan makanan; Pembinaan landasan kereta api maut] Sumber : arkib.gov.my
10 marks

- (a)
Apakah bentuk keperitan hidup tersebut?
[3] - (b)
Pendudukan Jepun telah mencetuskan kesedaran nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. Jelaskan.
[3] - (c)
Mengapakah semangat patriotisme penting kepada rakyat Malaysia?
[4]
Jawatankuasa Pilihan Raya dibentuk bagi mengkaji hal ehwal Pilihan Raya Umum Pertama dan mengeluarkan dua bentuk penyata susunan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) tahun 1955.
10 marks- (a)
Senaraikan dua parti yang bertanding dalam pilihan raya di atas. (i) ... (ii) ...
[2] - (b)
Jelaskan bentuk penyata susunan MPP tersebut.
[4] - (c)
Mengapakah pilihan raya penting kepada sesebuah negara?
[4]
Kedaulatan merupakan aspek utama yang mencorakkan prinsip perlembagaan sesebuah kerajaan atau negeri. Sumber : https://journalarticle.ukm.my
10 marks- (a)
Apakah maksud kedaulatan?
[2] - (b)
Jelaskan peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara.
[4] - (c)
Teliti maklumat berikut. "Menjaga kedaulatan negara sentiasa dijadikan keutamaan di dalam setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan." Sumber diubahsuai : www.bharian.com. Ulaskan.
[4]
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13. Sumber: Malaysia.gov.my
10 marks- (a)
Senaraikan dua prinsip Rukun Negara. (i) ... (ii) ...
[2] - (b)
Jelaskan prinsip Rukun Negara di 4 (a) tersebut.
[4] - (c)
Teliti petikan berikut. Arahan pelaksanaan lafaz ikrar Rukun Negara semasa majlis rasmi kerajaan merupakan satu simbolik bagi menyemai dan memupuk nilai-nilai murni yang beridentiti negara bangsa. Sumber: Jabatan Perpaduan Negara Jelaskan kepentingan melafazkan ikrar Rukun Negara.
[4]
Section B
Sistem perundangan yang sistematik berjaya mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
20 marks- (a)(i)
Jelaskan Fasal (perkara) dalam undang-undang berikut: i) Hukum Kanun Melaka
[6] - (a)(ii)
ii) Undang-undang Laut Melaka
[6] - (b)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Dalam kehidupan kita, pasti ada peraturan atau undang-undang, kerana peraturan dibuat untuk mengatur dan mendisiplinkan manusia. Jika tidak ada peraturan, pasti kehidupan kita akan menjadi huru-hara dan tidak ada ketenangan dalam hidup. Setiap undang-undang dan sistem perundangan secara universal mempunyai tujuan utama, iaitu menyediakan peraturan yang mesti dipatuhi oleh setiap ahli masyarakat dengan cara menetapkan standard serta batasan dalam setiap aktiviti. Tidak ada sesiapa atau mana-mana pihak yang boleh dibiarkan melampau atau berlebih-lebihan sehingga menindas anggota masyarakat yang lain. Undang-undang juga untuk mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat. Ia bertujuan menghalang ahli masyarakat daripada melakukan perkara jahat atau tidak bermoral. Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]
Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946 yang ditolak oleh penduduk tempatan.
20 marks- (a)
Mengapakah orang Melayu menolak Malayan Union?
[4] - (b)(i)
Sebuah Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk merangka perjanjian bagi Persekutuan Tanah Melayu 1948. (i) Jelaskan cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut.
[4] - (b)(ii)
(ii) Huraikan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[4] - (c)
Maklumat berikut berkaitan sistem Persekutuan negara kita. Sistem Persekutuan dilihat sebagai pelampung penting bagi negeri tidak memiliki saiz ekonomi besar. Bagi negeri kaya dengan hasil bumi serta memiliki ekosistem ekonomi rancak, mungkin mempunyai banyak kelebihan. Namun, melalui sistem Persekutuan, jurang itu diatasi supaya rakyat kurang bernasib baik tidak ketinggalan menikmati kemudahan asas diperlukan. Justeru, amat penting bagi pemimpin negeri dan Persekutuan mempunyai hubungan baik demi kepentingan rakyat. Malaysia adalah negara mengamalkan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan dengan doktrin pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Sistem ini perlu diterima semua pihak selama kita bersetuju dengan Persekutuan. Perlembagaan menjadi prinsip kepada tatacara pentadbiran negara perlu dihormati semua pemimpin pusat dan negeri kerana ia undang-undang tertinggi negara. Sumber: https://www.bharian.com.my Beri ulasan anda.
[8]
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 untuk menyelesaikan isu pertikaian antara kaum di Tanah Melayu.
20 marks- (a)
Jelaskan isu tersebut.
[6] - (b)
Bagaimanakah CLC menyelesaikan isu di 7(a) tersebut?
[6] - (c)
Teliti infografik di bawah. [Infografik: Logo Harmoni Madani, Kementerian Perpaduan Negara] Burung merpati melambangkan keharmonian dan keamanan. Lima jalur bermaksud penghayatan dan pengamalan 5 prinsip Rukun Negara. Tangan melambangkan nilai-nilai kemanusiaan dan rasa tanggungjawab untuk menjaga keharmonian dan keamanan negara. Pemilihan warna iaitu putih, biru, kuning dan merah adalah bertemakan warna pada Jalur Gemilang agar semangat cintakan negara tersemat dalam sanubari diri kita. Faham . Hormat . Terima Sumber diubahsuai : Kementerian Perpaduan Negara. Jelaskan maklumat dalam infografik tersebut.
[8]
Kesepakatan dan kerjasama tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura adalah kunci utama kejayaan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
20 marks- (a)(i)
Jelaskan idea penubuhan gagasan Malaysia seperti berikut: (i) Pegawai British.
[3] - (a)(ii)
(ii) Penduduk tempatan.
[3] - (b)
Huraikan langkah-langkah yang diambil ke arah pembentukan Malaysia.
[6] - (c)
Teliti petikan berikut. "Penubuhan Malaysia, melahirkan sebuah negara pelbagai bangsa dengan nama Malaysia yang gah dan masyhur menjadi perhatian seluruh dunia. Penggabungan ini merangsang ekonomi yang kukuh dan politik yang sukar ditandingi. Dalam hal ini, keselamatan negara perlu sentiasa dipantau dari semasa ke semasa. Jadikan peristiwa di Lahad Batu sebagai peringatan buat rakyat Malaysia semua agar sentiasa bersatu padu dan berdiri teguh di belakang pemimpin bagi bersama-sama menjaga kedaulatan negara Malaysia yang tercinta." Sumber diubahsuai : bharian.gov.my Beri komen anda.
[8]
Malaysia berpandangan keutuhan masa depan negara berkait rapat dengan kemantapan ekonomi dan keamanan negara-negara ASEAN.
20 marks- (a)
Jelaskan peranan Malaysia dalam usaha mengekalkan keamanan rantau Asia Tenggara selepas tahun 1971.
[6] - (b)
Terangkan pelibatan Malaysia dalam kerjasama ekonomi dengan negara anggota ASEAN.
[6] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. KUALA LUMPUR : Malaysia dan China komited untuk memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, perdagangan dan pelaburan, selain teknologi baharu seperti inisiatif kecerdasan buatan (AI), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malaysia dan China turut memeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang berpotensi kepada kedua-dua negara. Pengukuhan hubungan tersebut turut melibatkan pertukaran dokumen berkaitan perdagangan perkhidmatan, taman berkembar dan penstandardan. Taman berkembar itu berkaitan dengan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia di China, yang telah menjadi model kerjasama rentas sempadan moden. Malaysia dan China turut dijangka akan memudahkan urusan sedia ada yang melibatkan komoditi seperti minyak sawit dan produk berkaitan durian. Sumber diubah suai : Bernama, 17 Jun 2024 Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan hubungan ekonomi yang baik dengan negara lain.
[8]