SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Maklumat berikut berkaitan slogan yang diperkenalkan oleh Jepun semasa penaklukannya di Tanah Melayu 1941. • "Asia untuk Asia" • "Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya"

    10 marks
    1. (a)

      Mengapakah slogan tersebut berjaya mendapat sokongan penduduk tempatan?

      [2]
    2. (b)

      Pendudukan Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Jelaskan.

      [4]
    3. (c)

      Mengapakah semangat nasionalisme penting kepada negara kita?

      [4]
  2. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liaison Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949 oleh British di Tanah Melayu.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan objektif pembentukan jawatankuasa tersebut.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan peranan CLC dalam menyelesaikan isu yang melibatkan pertikaian antara kaum di Tanah Melayu.

      [4]
    3. (c)

      Baca pernyataan berikut. Perundingan serta muafakat menjadi asas arena politik di Malaysia sehingga sekarang, yang mana setiap parti politik di Malaysia agak sukar menang dalam pilihan raya tanpa kerjasama parti politik lain. Sumber : https://www.bharian.com.my.5 September 2020 Berikan ulasan anda.

      [4]
  3. Peta berikut adalah negeri (wilayah) yang menyertai Persekutuan Malaysia tahun 1963. [Peta: Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah - negeri yang menyertai Malaysia 1963. Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka 2021]

    10 marks
    Diagram for question 3
    1. (a)

      Nyatakan idea gagasan Malaysia.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan reaksi penduduk tempatan terhadap idea pembentukan Malaysia.

      [4]
    3. (c)

      Baca maklumat berikut. Penubuhan Malaysia merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah berjaya membentuk sebuah negara yang aman dan bebas daripada pengaruh luar khususnya komunis. Nikmat yang paling berharga Sabah dan Sarawak ini adalah bermulanya pembebasan daripada naungan British. Sumber : https://news.ump.edu.my Berdasarkan maklumat tersebut apakah faedah yang diperoleh daripada pembentukan Malaysia?

      [4]
  4. Prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci kepada keharmonian dan kestabilan Malaysia.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan latar belakang ideologi Rukun Negara.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan matlamat pembentukan Rukun Negara.

      [4]
    3. (c)

      Teliti maklumat berikut. Tragedi berdarah 13 Mei 1969 'ajar' kita erti perpaduan Melihat kepada impak insiden berdarah itu, seharusnya peristiwa berkenaan dijadikan pengajaran di mana masyarakat berbilang kaum di Malaysia perlu terus bersatu padu dan hidup secara harmoni. Sumber : https://www.kosmo.com.my/2023/05/16 Mengapakah peristiwa tersebut perlu dijadikan iktibar kepada generasi hari ini?

      [4]

Section B

  1. Sistem perundangan dan pentadbiran tersusun membolehkan Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah kerajaan yang masyhur.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan sistem pentadbiran pusat Kesultanan Melayu Melaka.

      [4]
    2. (b)

      Huraikan undang-undang berikut: (i) Hukum Kanun Melaka [4 markah] (ii) Undang-undang Laut Melaka [4 markah]

      [8]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Sistem perundangan yang mantap adalah antara prasyarat pembinaan negara dan seterusnya sebuah peradaban. Perkara yang tidak dapat dinafikan keperluannya dalam pembentukan peradaban ialah kehidupan masyarakat yang teratur. Keteraturan sosial adalah prasyarat sebuah peradaban. Dalam rangka itu Malaysia hendaklah mempunyai undang-undang dan sistem perundangannya yang tersendiri. Hanya undang-undang bercirikan identiti tersendiri dan meletakkan prinsip serta nilai agama boleh mempertahan peradaban negara. Hingga ke hari ini. Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri mampu membentuk perundangan yang stabil. Ini terbukti dengan terserlahnya kejayaan Malaysia mengekalkan kesejahteraan negara sehingga kita hampir mencecah enam puluh tahun merdeka. Sumber : Dr Shamrahayu A Aziz - April 1, 2015 @ 7:22 [email protected] Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]
  2. Sebanyak 131 memorandum bertulis telah diterima daripada pelbagai pihak dalam usaha merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan memorandum berikut: (i) Raja-raja Melayu [3 markah] (ii) Parti politik dan pihak awam [3 markah]

      [6]
    2. (b)

      Huraikan prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu.

      [6]
    3. (c)

      Teliti poster berikut. [Poster: HAYATI SEJARAH KEMERDEKAAN SEBAGAI PEMANGKIN SEMANGAT MEMPERTAHANKAN KEHARMONIAN NEGARA - KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA] Berdasarkan poster tersebut mengapakah kita perlu menghargai kemerdekaan negara?

      [8]
      Diagram for question 6 (c)
  3. Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen berkait rapat dengan latar belakang sejarah pemerintahan beraja di negara kita.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan latar belakang pemerintahan beraja di Malaysia.

      [6]
    2. (b)

      Rajah berikut berkaitan dengan ciri Demokrasi Berparlimen di negara kita. Demokrasi Berparlimen: • Amalan Pilihan Raya • Kebebasan Asasi • Pembahagian Kuasa Terangkan ciri Demokrasi Berparlimen tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Baca petikan berikut. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran). Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukkan oleh Perlembagaan, institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Raja-raja Melayu adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sumber : https://www.parlimen.gov.my/ Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingannya terhadap kestabilan negara kita.

      [8]
  4. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia keempat pada 17 Jun 1991.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah yang anda faham tentang dasar tersebut?

      [4]
    2. (b)

      Bagaimanakah dasar tersebut berjaya menyelesaikan isu berikut : (i) Pembasmian kemiskinan [4 markah] (ii) Penyusunan semula masyarakat [4 markah]

      [8]
    3. (c)

      Maklumat berikut berkaitan pencapaian pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). BIDANG | PENCAPAIAN Ekonomi | KDNK berkembang purata 7% setahun (1991-1997) Kemiskinan | Kadar kemiskinan menurun daripada 17.1% (1990) kepada 7.5% (1999) Pembangunan Wilayah | Pelaksanaan program pembangunan kawasan luar bandar dan koridor ekonomi Prasarana | Projek mega seperti KLIA, Menara Kuala Lumpur dan Putrajaya dimulakan. Berikan ulasan anda.

      [8]
  5. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan ekonomi antarabangsa bagi menjamin kestabilan dan kemajuan negara.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan peranan Malaysia dalam aspek berikut: (i) Kerjasama pembangunan ekonomi segi tiga. [3 markah] (ii) Mengantarabangsakan sistem ekonomi Islam. [3 markah]

      [6]
    2. (b)

      Huraikan kepentingan hubungan ekonomi antarabangsa kepada Malaysia.

      [6]
    3. (c)

      Teliti infografik berikut. [Infografik: Cabaran Malaysia Dalam Perkembangan Ekonomi Antarabangsa - Cabaran: Pandemik Covid-19; Ketidakstabilan ekonomi global; Penurunan permintaan eksport. Langkah: Mempelbagaikan produk; Menarik pelaburan asing; Meneroka pasaran baharu] Berdasarkan infografik tersebut huraikan cabaran ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia dan langkah mengatasinya.

      [8]
      Diagram for question 9 (c)