Rajah berikut berkaitan perubahan gelaran yang digunakan semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Raja → Sultan
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
Senarai berikut merupakan lambang kebesaran kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
• Warna
• Nobat
• Regalia
Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?
Maklumat berikut berkaitan perkembangan idea nasionalisme di Barat.
• Revolusi Keagungan (1688)
• Revolusi Perancis (1789)
Mengapakah revolusi tersebut berlaku?
Maklumat berikut berkaitan tokoh nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.
• Harun Aminurrashid
• Ishak Haji Muhammad
Bagaimanakah tokoh tersebut berjaya meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat?
Pada tahun 1930-an, muncul golongan masyarakat India yang dilahirkan di Tanah Melayu dan dikenali sebagai "the Strait born people".
Bagaimanakah masyarakat tersebut memberi kesan kepada perkembangan nasionalisme di negara kita?
Kekejaman tentera Jepun dan kesengsaraan hidup semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mencetuskan penentangan penduduk.
Apakah cara penentangan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan pentadbiran British di Tanah Melayu pada tahun 1946.
X: Diketuai oleh Gabenor; Kewarganegaraan melalui prinsip jus soli
Apakah X?
Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British?
I Mengabaikan surat wasiat
II Memenuhi desakan pelabur
III Mengatasi kekurangan dana
IV Masalah perwarisan takhta
Peristiwa berikut berlaku di negara kita pada tahun 1940-an.
20 SEPTEMBER 1947–Parti gabungan PUTERA-AMCJA telah menganjurkan hartal dengan meminta semua peniaga menutup kedai mereka.
Mengapakah parti tersebut bertindak demikian?
Apakah faktor yang menjayakan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Apakah matlamat penubuhan parti tersebut?
Rajah berikut berkaitan dengan Rundingan Baling 1955.
Chin Peng → Menolak tawaran pengampunan oleh wakil Persekutuan Tanah Melayu
Mengapakah tawaran tersebut ditolak?
Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan?
I Melonggarkan syarat kewarganegaraan
II Mewujudkan keadaan harmoni penduduk
III Mengkaji hubungan antara kaum
IV Meningkatkan hubungan diplomatik
Berikut berkaitan dengan Penyata Razak 1956.
• Kurikulum yang seragam
• Sistem persekolahan yang sama
• Bahasa pengantar ialah bahasa Melayu
Apakah teras pembentukan sistem pendidikan tersebut?
Apakah kepentingan Pilihan Raya Umum 1955?
Tokoh berikut merupakan anggota dalam kabinet pertama.
Dato Abdul Razak Hussein
Apakah sumbangan tokoh tersebut?
Gambar berikut berkaitan dengan rundingan ke London pada tahun 1956.
Apakah tujuan utama rundingan tersebut?
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 8 Mac 1956.
Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
Gambar menunjukkan lambang negara kita.
Siapakah pihak yang meluluskan penggunaan lambang negara tersebut?
Pengiktirafan sebagai rakyat membolehkan kita mendapat hak asasi.
Apakah hak asasi tersebut?
Penyataan berikut merupakan antara tafsiran berkaitan kedaulatan.
Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya.
Siapakah tokoh yang membuat tafsiran tersebut?
Bagaimanakah rakyat dapat memastikan perpaduan dikekalkan?
I Menghormati agama dan budaya
II Mengekalkan kuasa mutlak raja
III Menjalinkan hubungan diplomatik
IV Menggunakan bahasa kebangsaan
Maklumat berikut berkaitan dengan pengurusan pentadbiran di Sarawak.
• Mendapat kuasa daripada Perlembagaan Sarawak
• Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha
Maklumat tersebut merujuk kepada
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan?
I Agama Islam
II Kerajaan Persekutuan
III Demokrasi Berparlimen
IV Bahasa Melayu
Pada tahun 1897, Durbar telah dibentuk seiring dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB).
Apakah tujuan pembentukan Durbar?
Apakah kuasa eksekutif yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong?
Agensi berikut telah ditubuhkan pada tahun 1956 oleh Kerajaan Persekutuan.
Mengapakah agensi tersebut ditubuhkan?
Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Apakah tujuan mesyuarat tersebut?
Sir Geofroy Tory, Pesuruhjaya Tinggi British telah mencadangkan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura.
Mengapakah cadangan tersebut diusulkan?
Laporan Setiausaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berjaya disiapkan pada 14 September 1963.
Apakah implikasi daripada laporan tersebut?
Apakah kesan krisis perlembagaan yang berlaku di Sarawak pada bulan Jun 1966?
Bagaimanakah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) melaksanakan tanggungjawab bagi mengawal ketenteraman negara selepas Peristiwa 13 Mei 1969?
Bagaimanakah Laporan Rahman Talib 1960 dapat mewujudkan perpaduan?
Apakah matlamat penubuhan Rukun Negara?
I Melahirkan rakyat progresif
II Menyemai semangat kenegerian
III Memberi kebebasan mutlak
IV Mewujudkan masyarakat liberal
Mengapakah Rancangan Buku Hijau dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974?
Apakah faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia?
I Keperluan tenaga buruh
II Ikatan sejarah negara
III Kebijaksanaan seseorang pemimpin
IV Implikasi kewangan dunia
Malaysia menyertai Rancangan Colombo di bawah Komanwel sejak tahun 1951.
Apakah manfaat rancangan ini kepada negara kita?
Bagaimanakah Malaysia menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam atau The Organisation of Islamic Cooperation (OIC)?
Bagaimanakah Malaysia menangani krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 hingga 1998?
Maklumat berikut berkaitan usaha mengatasi masalah global.
• Deklarasi Agenda 21
• Protokol Kyoto 1997
Apakah isu berkaitan usaha tersebut?