Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana dilengkapi dengan ciri negara bangsa dan sistem perundangan yang tersusun. Sumber diubah suai: malaysia.gov.my
10 marks- (a)
Nyatakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
[2] - (b)(i)
Jelaskan kandungan undang-undang berikut: (i) Hukum Kanun Melaka
[2] - (b)(ii)
(ii) Undang-undang Laut Melaka
[2] - (c)
Teliti pernyataan berikut. Kedudukan semua warganegara sama di sisi undang-undang Sumber: www.astroawani.com, 4 Julai 2020 Beri pandangan anda.
[4]
Rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London bermula pada 18 Januari sehingga 6 Februari 1956.
10 marks- (a)
Namakan dua tokoh tempatan yang menyertai rundingan tersebut. (i) ... (ii) ...
[2] - (b)
Jelaskan perkara yang dipersetujui oleh wakil Tanah Melayu dan British dalam rundingan tersebut.
[4] - (c)
Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan pertumpahan darah. Sumber : pustakailmu.arkib.gov.my Berdasarkan pernyataan tersebut, beri ulasan anda.
[4]
Rajah berikut berkaitan keunikan amalan Demokrasi Berparlimen di negara kita. Keunikan Demokrasi Berparlimen • Mekanisme semak dan imbang • Kuasa budi bicara raja
10 marks- (a)
Jelaskan mekanisme semak dan imbang dalam pentadbiran negara kita.
[3] - (b)
Terangkan kuasa budi bicara raja menurut Perlembagaan Persekutuan.
[3] - (c)
Teliti poster berikut. [Poster: DEMOKRASI MENJAMIN KEDAULATAN NEGARA] Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
[4]
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.
10 marks- (a)
Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan?
[2] - (b)
Berikut adalah usaha kerajaan untuk mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional. • Penyusunan semula modal saham • Pembangunan wilayah Jelaskan usaha tersebut.
[4] - (c)
Rakyat memainkan peranan penting dalam memakmurkan ekonomi negara. Beri pendapat anda.
[4]
Section B
Peluasan kuasa Jepun di negara kita bermula 8 Disember 1941 sehingga 12 September 1945.
20 marks- (a)
Mengapakah negara kita menjadi sasaran tentera Jepun?
[4] - (b)(i)
Jelaskan dasar pendudukan Jepun dalam aspek berikut: (i) Pentadbiran
[4] - (b)(ii)
(ii) Sosial
[4] - (c)
Maklumat berikut berkaitan kekejaman tentera Jepun di negara kita. • Membunuh golongan antipentadbiran • Menangkap sesiapa sahaja yang melakukan penentangan • Menyeksa penduduk Bagaimanakah masyarakat tempatan menghadapi situasi tersebut? Gunakan pengetahuan sejarah anda.
[8]
British telah mengisytiharkan Malayan Union di Tanah Melayu pada 1 April 1946.
20 marks- (a)
Jelaskan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union.
[4] - (b)
Bagaimanakah rakyat Tanah Melayu menentang Malayan Union?
[8] - (c)
Baca petikan berikut. Kejayaan penamatan Malayan Union adalah hasil permuafakatan dan sokongan padu seluruh rakyat kepada pemimpin dan Raja-raja Melayu. Rentetan peristiwa sejarah negara ini amat penting difahami dan dihayati oleh semua rakyat negara ini, tanpa mengira lapisan masyarakat dan batas kaum. Malayan Union walaupun singkat usianya, meninggalkan impak yang amat hebat dan ia merupakan satu pengajaran yang amat berharga buat kita semua sebagai generasi pewaris. Satu perkara menarik yang perlu diketahui umum, kegagalan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu tidak langsung bergantung kepada kekuatan bala tentera atau jumlah senjata yang digunakan. Tidak juga melalui sebarang pertempuran atau keganasan. Sebaliknya, penentangan yang diajukan adalah melalui pergabungan kuat suara rakyat serta pemimpin yang dipayungi Raja-raja Melayu. Hakikat yang perlu kita fahami ialah institusi raja yang diwarisi secara tradisi sejak dari dahulu ini sesungguhnya amat penting buat kita semua dan wajar untuk ia dipertahankan bersama. Jika hilang tradisi ini, maka hilanglah tonggak warisan negara. Dan hilangnya juga tidak akan berganti lagi. Sumber ubah suai : pustakailmu.arkib.gov.my Jelaskan maklumat dalam petikan tersebut dan iktibar yang dapat anda teladani.
[8]
(Tiada pernyataan umum; lihat bahagian soalan.)
20 marks- (a)
Jelaskan konsep kedaulatan.
[4] - (b)
Sejak merdeka sehingga kini, Malaysia berjaya mengekalkan ciri-ciri sebuah negara berdaulat. Sumber diubah suai: www.sinarharian.com.my Terangkan ciri-ciri tersebut.
[8] - (c)
Infografik berikut berkaitan nilai teras Dasar Keselamatan Negara 2021-2025. NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA • Kedaulatan dan keutuhan wilayah • Tadbir urus yang baik • Keselamatan rakyat • Kestabilan sosio-politik Nilai-nilai teras keselamatan negara merupakan nilai yang perlu dipelihara, dikekalkan dan diperkukuh bagi menjamin Malaysia sebagai negara berdaulat, aman dan sejahtera. Sumber diubah suai : www.mkn.gov.my Berdasarkan infografik tersebut, mengapakah keselamatan negara perlu dipertahankan?
[8]
Pembentukan Malaysia telah berjaya direalisasikan pada 16 September 1963.
20 marks- (a)
Jelaskan faktor penubuhan Malaysia.
[6] - (b)
Bagaimanakah Suruhanjaya Cobbold menjayakan pembentukan Malaysia?
[6] - (c)
Teliti maklumat dalam petikan berikut. Kelahiran Persekutuan Malaysia sememangnya telah terukir dalam sejarah dunia. Dokumen Pemasyhuran Malaysia yang ditandatangani oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ini menjadi bukti dan simbol kepada pewujudan sebuah negara baharu bernama Malaysia di mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum, suku, bahasa, budaya dan agama. Kepelbagaian ini telah mencorak dan mewarnai Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di mana rakyat yang mengamalkan pelbagai budaya ini dapat hidup secara aman dan bersatu dalam suasana harmoni serta jauh daripada sengketa. Sumber: pustakailmu.arkib.gov.my Berikan ulasan anda.
[8]
Wawasan masa hadapan Malaysia merupakan strategi jangka panjang untuk mendepani isu serantau dan antarabangsa.
20 marks- (a)(i)
Jelaskan tindakan Malaysia dalam mendepani isu berikut: (i) Alam sekitar
[4] - (a)(ii)
(ii) Zon bebas nuklear
[4] - (a)(iii)
(iii) Pendatang asing tanpa izin (PATI)
[4] - (b)
Teliti poster berikut. [Poster: SELAMAT HARI SUKARELAWAN ANTARABANGSA, 5 DISEMBER; MISI BANTUAN SUKARELAWAN MALAYSIA KE TURKIYE-SYRIA – NILAI KEMANUSIAAN SEJAGAT YANG HARUS MENJADI CONTOH KEPADA MASYARAKAT DUNIA] Jelaskan maklumat yang terkandung dalam poster tersebut. Huraikan kepentingan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat dunia.
[8]