Wilayah naungan ialah wilayah yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka.
Bagaimanakah wilayah tersebut diperoleh?
Rajah berikut menunjukkan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan
→ Bendahara
→ Temenggung | X | Laksamana
Apakah peranan X?
Maklumat berikut berkaitan prinsip yang dijadikan asas membina semangat nasionalisme di Asia.
• Sanggup menanggung risiko
• Bersungguh-sungguh mencapai cita-cita
• Sedia berkorban demi negara
Apakah prinsip tersebut?
Tokoh-tokoh berikut menunjukkan kesungguhan dalam menentang penjajah pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.
• Dato' Maharaja Lela
• Dato' Bahaman
• Tok Janggut
Apakah persamaan perjuangan mereka?
Maklumat berikut merupakan ideologi yang muncul di Eropah semasa Perang Dunia Kedua.
Fasisme
Apakah fahaman ideologi tersebut?
Jadual berikut berkaitan peluasan kuasa Jepun sehingga Perang Dunia Kedua.
Tahun | Peristiwa
1932 | Menduduki Manchuria
1937 | Menduduki China
1941 | Menduduki Indochina
Apakah tindak balas pihak Bersekutu bagi menghalang peluasan kuasa tersebut?
Antara berikut yang manakah tindakan rakyat bagi menentang Malayan Union?
I Mengadakan rapat umum
II Menghantar surat bantahan
III Menyokong Kongres Melayu
IV Menggunakan akhbar tempatan
Maklumat berikut berkaitan pertubuhan yang membangkitkan kesedaran politik di Sabah.
Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
Apakah tindakan British bagi menindas pertubuhan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan jawatankuasa yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
Tarikh | Perkara
25 Julai 1946 | Jawatankuasa Kerja
Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
Mengapakah British menubuhkan majlis berikut dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?
• Majlis Mesyuarat Persekutuan
• Majlis Perundangan Persekutuan
Gambar berikut merupakan kad pengenalan yang diperkenalkan semasa darurat di Persekutuan Tanah Melayu.
Mengapakah British bertindak sedemikian?
Antara berikut yang manakah merupakan kesan zaman darurat terhadap negara kita?
I Merapatkan hubungan antara kaum
II Mengadakan catuan bekalan makanan
III Meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan
IV Mengetatkan syarat kewarganegaraan
Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) menyokong syarat kewarganegaraan dilonggarkan kepada kaum bukan Melayu?
Maklumat berikut berkaitan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan.
• Memperkasakan pendidikan peringkat rendah dan menengah
• Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur
Apakah sistem pendidikan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan pilihan raya peringkat negeri pada tahun 1954.
Parti Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan.
Apakah rumusan anda daripada kemenangan tersebut?
Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) ditubuhkan selepas Pilihan Raya 1955.
Apakah peranan majlis tersebut?
Maklumat berikut berkaitan misi rundingan di London pada tahun 1956.
• Empat orang wakil Raja-raja Melayu
• Empat orang wakil Parti Perikatan
Apakah tujuan rundingan tersebut?
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
I Agama Islam sebagai agama Persekutuan
II Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
III Pegawai British menasihati raja dalam pentadbiran
IV Sultan menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menghadapi cabaran untuk mengurus bidang berikut di peringkat awal kemerdekaan.
• Pertahanan
• Pendidikan tinggi
• Bidang profesional
Bagaimanakah kerajaan menghadapi cabaran tersebut?
Senarai berikut berkaitan prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
• Kerajaan
• Lambang kebangsaan
• X
Apakah X?
Antara berikut yang manakah merupakan jenis kedaulatan?
I Kedaulatan Sempadan
II Kedaulatan Demokrasi
III Kedaulatan Tradisional
IV Kedaulatan Antarabangsa
Bagaimanakah pemimpin boleh memainkan peranan dalam mempertahankan kedaulatan negara?
I Memodenkan aset ketenteraan
II Mengadakan perjanjian pertahanan
III Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar
IV Memberikan maklumat tentang pencerobohan
Maklumat berikut berkaitan undang-undang di Negeri-negeri Selat (NNS).
Charter of Justice
Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?
Pilih pasangan yang tepat berkaitan pindaan perlembagaan di bawah.
(Pindaan Perlembagaan 1963 | Pindaan Perlembagaan 1965)
Maklumat berikut berkaitan badan eksekutif di negara kita.
Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan menteri-menteri yang memegang portfolio tertentu.
Apakah peranan badan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan keunikan amalan Demokrasi Berparlimen di negara kita.
Mekanisme semak dan imbang
Apakah kepentingan amalan tersebut kepada pentadbiran negara?
Maklumat berikut berkaitan pembahagian kuasa di negara kita.
Pembahagian Kuasa → Kerajaan Persekutuan; Kerajaan Negeri
Mengapakah peruntukan kuasa lebih besar diberikan pada peringkat Persekutuan?
Maklumat berikut berkaitan langkah bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri menubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah pada tahun 2013.
Mengapakah tindakan tersebut diambil?
Maklumat berikut berkaitan reaksi Brunei tentang pembentukan Malaysia.
Tokoh | Tindakan
A.M. Azahari | Menentang cadangan penggabungan Brunei dalam Persekutuan Malaysia.
Mengapakah tokoh tersebut bertindak sedemikian?
I Mengekalkan identiti rakyat tempatan
II Berminat membentuk Kalimantan Utara
III Khuatir kehilangan kekayaan Brunei
IV Risau kedudukan sultan tergugat
Maklumat berikut berkaitan tindakan ketenteraan Indonesia terhadap Malaysia.
• Pendaratan tentera dan separa tentera Indonesia di Tebedu, Sarawak
• Pendaratan seramai 30 orang gerila Indonesia di Labis, Johor
Apakah pendirian Malaysia terhadap tindakan tersebut?
Rusuhan kaum pada 21 Julai 1964 yang berlaku di Singapura telah menimbulkan ketegangan antara kaum.
Mengapakah rusuhan tersebut berlaku?
Maklumat berikut berkaitan langkah kerajaan bagi menangani isu pembangunan ekonomi selepas pembentukan Malaysia.
• Melancarkan program pembangunan
• Membuka kawasan baharu
• Mendapatkan bantuan Bank Dunia
Apakah isu tersebut?
Apakah matlamat penubuhan Majlis Perundingan Negara?
Gambar berikut menunjukkan logo rasmi Sukan Malaysia (SUKMA) yang dianjurkan buat pertama kali di Kuala Lumpur pada tahun 1986.
Mengapakah sukan tersebut diadakan?
Maklumat berikut berkaitan program pembangunan kerajaan di bawah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Rancangan Buku Hijau
Bagaimanakah kerajaan menggerakkan program tersebut?
Senarai berikut berkaitan industri pembuatan kereta dan motosikal di negara kita.
• Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON)
• Perusahaan Otomobil Kedua (PRODUA)
• Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS)
Apakah kesan kemunculan industri tersebut kepada negara?
Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.
Apakah sumbangan tersebut?
I Menyertai misi pengaman
II Menghantar pasukan pemerhati
III Membebaskan negara yang dijajah
IV Menyarankan penggunaan dinar emas
Malaysia terlibat secara aktif mencari penyelesaian dalam konflik yang berlaku di Indochina, terutamanya di Vietnam dan Kemboja.
Apakah iktibar yang diperoleh daripada pelibatan tersebut?
Mengapakah negara-negara anggota ASEAN menandatangani perjanjian berikut?
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
Antara berikut yang manakah program yang dijalankan oleh Yayasan Restu di Aceh?
I Melindungi hak pelarian
II Memulihkan ekonomi tempatan
III Menyediakan pendidikan percuma
IV Membangunkan rumah anak yatim