SPM Tuition
Subject
  1. Apakah ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?

  2. Apakah tugas Bendahara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

  3. Pasangan manakah yang betul tentang perkembangan nasionalisme di Barat? Revolusi Keagungan (1688) | Revolusi Amerika (1776)

  4. Berikut adalah tokoh nasionalisme di Tanah Melayu pada penghujung abad ke-19. • Penghulu Dol Said • Dato Bahaman Apakah bentuk perjuangan tokoh tersebut?

  5. Maklumat berikut berkaitan dengan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di negara kita pada abad ke-20. • Peranan agama • Penulisan kreatif • X Apakah X?

  6. Mengapakah Itali tidak berpuas hati terhadap Perjanjian Versailles?

  7. Manakah antara berikut merupakan matlamat Orde Baharu Asia yang dilaksanakan oleh Jepun? I Mengembangkan kuasa tentera II Mewujudkan kebebasan ekonomi III Memperkenalkan sistem birokrasi IV Membuka pasaran antarabangsa

  8. Kelewatan pendaratan semula tentera British menyebabkan wujud kekosongan kuasa politik di Tanah Melayu. Apakah implikasi daripada peristiwa tersebut?

  9. Apakah kesan tinjauan wakil Parlimen British, Gammans dan Rees Williams berkaitan penentangan penduduk tempatan terhadap Malayan Union?

  10. Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British telah diisytiharkan di Kuching pada 1 Julai 1946. Apakah kesan penyerahan tersebut?

  11. Rosy lahir di Britain tetapi ayahnya memiliki kerakyatan Tanah Melayu. Apakah bentuk kewarganegaraan yang layak untuk Rosy?

  12. Apakah usaha kerajaan dalam menguatkuasakan Undang-undang Darurat?

  13. Kesan zaman darurat di Tanah Melayu ialah

  14. Maklumat berikut berkaitan dengan cadangan Laporan Woodhead di Sarawak. • Menyeragamkan sukatan pelajaran dan peperiksaan • Mengajar pendidikan Sivik secara formal di sekolah Apakah nilai yang diperoleh melalui laporan tersebut? I Kerjasama II Kemanusiaan III Kesetiaan IV Kekitaan

  15. Mengapakah Dato' Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1951?

  16. Maklumat berikut berkaitan perkembangan pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu. Tahun | Peringkat Pilihan Raya 1951 | Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town 1954 | Pilihan Raya peringkat negeri 1955 | X Apakah X?

  17. Apakah syarat untuk menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Umum Pertama di Tanah Melayu?

  18. Mengapakah Tunku Abdul Rahman dan rombongan kemerdekaan menggunakan kapal laut dari Singapura ke Karachi pada 1 Januari 1956?

  19. Antara berikut, yang manakah merupakan peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? I Menggubal syarat kerakyatan II Menentukan sempadan negeri III Merangka perlembagaan negara IV Melindungi kedudukan institusi beraja

  20. Gambar berikut menunjukkan detik pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu. [Gambar: Bendera Union Jack diturunkan. | Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.] Apakah simbolik daripada peristiwa tersebut?

    Diagram for question 20
  21. Kedaulatan tradisional merujuk kepada

  22. Sebagai rakyat dalam sebuah negara yang merdeka, kita mesti I Mengutamakan kepentingan peribadi II Meninggalkan warisan bangsa III Menghormati lambang negara IV Memupuk kerjasama kaum

  23. Maklumat berikut berkaitan ciri moden dalam perlembagaan negara. Memberikan kebebasan kepada rakyat untuk memilih wakil pemimpin dan menubuhkan kerajaan. Ciri tersebut ialah

  24. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963. Mengapakah berlaku pindaan tersebut?

  25. Apakah fungsi Majlis Raja-raja dalam Perlembagaan Persekutuan?

  26. Bagaimanakah kerajaan berikut berjaya menerajui pemerintahan negara melalui amalan Demokrasi Berparlimen? 1974 | Barisan Nasional 2008 | Pakatan Rakyat 2015 | Pakatan Harapan

  27. Antara yang berikut manakah merupakan Senarai Bersama?

  28. Gambar berikut menunjukkan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Apakah kepentingan mesyuarat tersebut?

    Diagram for question 28
  29. Mengapakah British berminat menyatukan wilayah penguasaannya di Asia Tenggara?

  30. Mengapakah Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari menentang cadangan gagasan Malaysia? I Mengukuh kedudukan penjajah II Kehilangan sumber kekayaan III Kedudukan negeri yang jauh IV Memerlukan sokongan rakyat

  31. Berikut merupakan peristiwa cabaran selepas pembentukan Malaysia. Pengisytiharan mengenai pemisahan Singapura telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di Dewan Rakyat pada 9 Ogos 1965. Apakah pendekatan yang digunakan untuk menangani isu tersebut?

  32. Bagaimanakah kerajaan mengatasi ancaman komunis di Semenanjung Malaysia dan Sarawak? I Mendapat bantuan tentera luar II Mengguna gerakan radikal III Melancarkan perang saraf IV Melaksanakan kerjasama sempadan

  33. Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah

  34. Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) telah dilaksanakan di peringkat sekolah. Apakah tujuan dasar tersebut?

  35. Apakah strategi yang digunakan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru?

  36. Agensi berikut ditubuhkan untuk menyokong pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). • Institut Latihan Perindustrian (ILP) • Pusat Latihan Kemahiran Giatmara Bagaimanakah agensi tersebut berperanan?

  37. Apakah faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar? I Ikatan sejarah II Keperluan nasional III Amalan demokrasi IV Sumber ekonomi

  38. Apakah peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

  39. Apakah manfaat ekonomi yang diperoleh Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)?

  40. Logo berikut berkaitan Anugerah Langkawi yang diperkenalkan tahun 1991. Apakah tujuan anugerah tersebut diperkenalkan?

    Diagram for question 40