SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Rajah berikut berkaitan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. [Rajah: Ciri negara bangsa Alam Melayu → X, Raja, Y, Rakyat]

    10 marks
    1. (a)

      Apakah X dan Y? X: ... Y: ...

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan ciri-ciri negara bangsa berdasarkan di 1(a).

      [4]
    3. (c)

      Bagaimanakah anda menunjukkan rasa bangga terhadap warisan negara?

      [4]
  2. Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah faktor penubuhan persekutuan tersebut?

      [3]
    2. (b)

      Terangkan ciri-ciri persekutuan tersebut.

      [3]
    3. (c)

      Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggambarkan wujudnya kerjasama rakyat ke arah kemerdekaan. Jelaskan.

      [4]
  3. Perlembagaan negara menyatakan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan.

    10 marks
    1. (a)

      Jelaskan peranan baginda dari aspek berikut: (i) Kuasa Eksekutif [2 markah] (ii) Kuasa Perundangan [2 markah] (iii) Kuasa Kehakiman [2 markah]

      [6]
    2. (b)

      Mengapakah rakyat perlu mengukuhkan taat setia kepada pemerintah?

      [4]
  4. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dalam usaha mengukuhkan dasar luar Malaysia sejak tahun 1970-an.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan dua cabaran tersebut. (i) ... (ii) ...

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi di 4(a).

      [4]
    3. (c)

      Poster berikut menggambarkan pertubuhan luar negara yang dianggotai Malaysia. [Poster: SIAPA ANGGOTA ASEAN? Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Indonesia (8 Ogos 1967); Brunei Darussalam (7 Januari 1984); Vietnam (28 Julai 1995); Laos, Myanmar (23 Julai 1997); Kemboja (April 1999)] Beri ulasan anda.

      [4]
      Diagram for question 4 (c)

Section B

  1. Nasionalisme (tiada pernyataan pengenalan dalam kertas soalan).

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan maksud nasionalisme.

      [4]
    2. (b)

      Terangkan peranan akhbar dalam menggerakkan semangat nasionalisme di negara kita.

      [8]
    3. (c)

      Teliti puisi berikut. "Negara Kita, Jiwa Merdeka" Tanah ini bukan sekadar peta, Ia nadi, ia roh, ia jiwa merdeka. Dari jerih moyang yang rela berkorban, Lahir semangat, teguh bertahan Bahasa dijunjung, budaya dipelihara, Agama dihormat, bangsa dibela. Dari utara hingga ke selatan, Kita berdiri - satu wawasan. Huraikan mesej yang terkandung dalam puisi tersebut dan kesan sekiranya generasi muda tidak mempunyai semangat nasionalisme.

      [8]
  2. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1957.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah maksud kemerdekaan?

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan usaha kerajaan untuk membangunkan negara selepas merdeka dari aspek: (i) Ekonomi [4 markah] (ii) Sosial [4 markah]

      [8]
    3. (c)

      Teliti ilustrasi berikut. Jelaskan mesej yang terkandung dalam ilustrasi tersebut dan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut.

      [8]
      Diagram for question 6 (c)
  3. Kedaulatan merupakan kewibawaan sesebuah negara yang membolehkan kerajaan melaksanakan pemerintahan dengan berkesan.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan peranan pemerintah dan rakyat bagi mencapai matlamat berikut: (i) Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi [4 markah] (ii) Mengekalkan Perpaduan Kaum [4 markah] (iii) Mengukuhkan Pertahanan Negara [4 markah]

      [12]
    2. (b)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Kedaulatan undang-undang menjadi prinsip keempat Rukun Negara. Ia bermaksud kerajaan mahupun rakyat tanpa mengira pangkat dan darjat adalah sama dan terikat di sisi undang-undang. Rakyat pula perlu mengikut undang-undang supaya keharmonian negara terpelihara. Dari segi kedaulatan antarabangsa, keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuktikan dunia mengiktiraf Malaysia sebagai negara bebas, merdeka dan berdaulat. Kedaulatan negara amat penting kerana dapat mengelakkan negara terus dijajah atau dijarah. Kerajaan perlu menangani isu ini secara berhemah, tetapi tegas demi memberi isyarat bahawa Malaysia tidak berkompromi dalam hal kedaulatan dan keselamatan negara. Sumber diubah suai: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/06/829927 Berikan ulasan anda.

      [8]
  4. Maklumat berikut berkaitan isu selepas Pembentukan Malaysia. • Cabaran Pembangunan dan Sosioekonomi di Sarawak dan Sabah • Cabaran Politik di Sarawak • Cabaran Perpaduan Kaum

    20 marks
    1. (a)

      Terangkan cabaran pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah.

      [6]
    2. (b)

      Krisis politik di Sarawak dan cabaran perpaduan kaum muncul selepas pembentukan Malaysia. Huraikan.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Cabaran Malaysia semakin kompleks, terutama dalam menghadapi ketegangan dan konflik kuasa besar dunia yang belum pernah dihadapi. Perpaduan dan kerjasama setiap warganya, menjadi syarat asas bagi mengharungi segala cabaran. Beberapa tahun kebelakangan ini, dunia menyaksikan perubahan besar dalam landskap geopolitik. Ketegangan antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China dan Rusia mempengaruhi banyak aspek hubungan antarabangsa termasuk perdagangan, keselamatan dan diplomasi. Perubahan dasar luar negara kuasa besar boleh menjejaskan ekonomi Malaysia terutama dalam sektor perdagangan dan pelaburan asing. Malaysia sangat bergantung kepada perdagangan luar negara terutama eksport minyak sawit, elektronik dan produk perkilangan. Ketegangan perdagangan antara kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat boleh menjejaskan pasaran global dan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi. Sumber diubah suai: Harian Metro, 18 September 2024 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]
  5. Pembangunan ekonomi diteruskan selepas pembentukan Malaysia demi kemakmuran negara.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

      [6]
    2. (b)

      Terangkan usaha kerajaan mengekalkan pembangunan ekonomi melalui pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Pembangunan negara melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermatlamat membasmi kemiskinan rakyat, di samping mewujudkan perpaduan nasional. Peruntukan kewangan disediakan untuk menghantar pelajar pintar terutama bumiputera ke luar negara, khususnya ke Australia dan Eropah. Kerajaan juga mengembangkan akses pengajian tinggi dengan menghantar pelajar ke Jepun dan Korea Selatan di bawah Dasar Pandang ke Timur. Pelan Pendidikan Tinggi Negara (PPTN) digubal untuk memastikan pelaksanaan sistem pendidikan tinggi berkualiti, bertaraf global serta mampu memenuhi kebolehpasaran pekerjaan dalam pelbagai bidang. Transformasi bidang pendidikan bukan sekadar menjana peluang pekerjaan bahkan membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Sumber diubah suai: https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2024/07/1277630 Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan peranan rakyat dalam pembangunan negara.

      [8]