Rajah berikut berkaitan ciri-ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka:
• Kedaulatan
• Kerajaan
• Rakyat
• X
Apakah X?
Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 meliputi Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumatera.
Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka meluaskan wilayah pengaruhnya?
Jadual berikut berkaitan dengan pemerintahan di Thailand.
Pemerintah: • Raja Mongkut • Raja Chulalongkorn
Tindakan: Menggunakan diplomasi dan pemodenan
Apakah kesan tindakan tersebut terhadap politik di Thailand?
Novel berikut diterbitkan di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
• Anak Mat Lela Gila
• Putera Gunung Tahan
Apakah persamaan mesej antara novel tersebut?
Pakatan kuasa berikut telah terbentuk di Eropah pada awal abad ke-20.
• Pakatan Bertiga
• Perikatan Kuasa Tengah
Antara berikut, faktor yang manakah menjadi pencetus peperangan antara kedua-dua pakatan kuasa tersebut?
I Perjuangan mengekalkan kemerdekaan
II Persaingan memperluas kawasan pengaruh
III Perebutan menguasai sumber bahan mentah
IV Percubaan mewujudkan pertubuhan antarabangsa
Maklumat berikut berkaitan perjuangan rakyat menentang pendudukan Jepun.
• MPAJA
• Force 136
• Pasukan Wataniah
Apakah persamaan pertubuhan tersebut?
British Military Administration (BMA) merupakan pentadbiran tentera di Tanah Melayu yang bermula pada 12 September 1945.
Apakah fungsi pentadbiran tersebut?
Apakah taktik yang digunakan oleh Sir Harold MacMichael bagi mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu berkenaan Malayan Union?
I Pujukan
II Sogokan
III Desakan
IV Ugutan
Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai pada 21 Januari 1948 di Kuala Lumpur.
Apakah kandungan perjanjian tersebut?
I Gabenor Jeneral mengetuai pentadbiran
II Kewarganegaraan secara pendaftaran
III Pembentukan Majlis Raja-raja Melayu
IV Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
Maklumat berikut berkaitan dengan keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu.
• Menyerang pekerja ladang
• Membunuh penduduk tempatan
• Mengancam keselamatan penduduk
Mengapakah PKM bertindak demikian?
Bagaimanakah pasukan berikut membantu membanteras ancaman komunis?
• Sarawak Rangers
• Pasukan Senoi Praaq
British memperkenalkan Sistem Ahli pada tahun 1951.
Mengapakah sistem tersebut diperkenalkan?
Apakah kandungan Penyata Jawatankuasa Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1956?
Mengapakah tanggungjawab untuk mengundi penting dalam sesuatu pilihan raya?
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Apakah peranan kabinet tersebut?
I Membincangkan keselamatan negeri
II Mewujudkan sistem politik dwiparti
III Meminta kuasa veto Gabenor dibatalkan
IV Mengurangkan kuasa British dalam pentadbiran
Maklumat berikut berkaitan tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
• Menetapkan kuasa Kerajaan Pusat dan kuasa Kerajaan Negeri
• Mewujudkan rupa bangsa kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
• X
Apakah X?
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 15 Ogos 1957.
Mengapakah perjanjian tersebut penting kepada penduduk Tanah Melayu?
Agensi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1956.
Bagaimanakah agensi tersebut mencapai objektif penubuhannya?
Bagaimanakah kedaulatan sesebuah negara dapat menjamin hak rakyatnya?
Kedaulatan tradisional merujuk kepada raja berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya pentadbiran negara.
Bagaimanakah kedaulatan raja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka diperkukuhkan?
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri negara berdaulat?
I Pemerintahan teratur
II Sempadan yang jelas
III Rakyat pelbagai kaum
IV Hakim menggubal undang-undang
British telah memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat.
Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah dipinda sebanyak dua kali sehingga tahun 1965.
Mengapakah berlaku pindaan tersebut?
I Pemisahan Singapura
II Pembentukan Malaysia
III Pelaksanaan pilihan raya umum
IV Pengagihan peruntukan belanjawan negara
Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong di negeri-negeri berikut?
Yang di-Pertuan Agong:
• Melaka
• Pulau Pinang
• Wilayah Persekutuan
Senarai berikut berkaitan dengan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita.
• Rakyat terlibat dalam pemerintahan
• Membentuk kerajaan yang mantap
• X
Apakah X?
Senarai Bersama ialah perkara yang membolehkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang untuk perkara yang sama.
Antara berikut, yang manakah perkara dalam Senarai Bersama?
I Kewangan
II Kewarganegaraan
III Kebajikan awam
IV Kebudayaan dan sukan
Mengapakah Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri diadakan?
Pada peringkat awal, penduduk Sabah berasa curiga dan bimbang dengan rancangan pembentukan Malaysia.
Mengapakah situasi tersebut wujud?
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan oleh British bagi melicinkan proses pembentukan Malaysia.
Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
Alasan berikut digunakan oleh Lee Kuan Yew untuk membawa masuk Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
• Melemahkan ancaman komunis
• Mempercepat proses kemerdekaan
Mengapakah Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965?
Maklumat berikut berkaitan isu pembangunan dan ekonomi selepas pembentukan Malaysia.
• Kadar pengangguran meningkat
• Peluang pekerjaan yang terhad
Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?
Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.
Apakah implikasi pelaksanaan dasar tersebut?
I Menyediakan tenaga mahir
II Memperkukuh perpaduan kaum
III Menggalakkan kemasukan pelajar asing
IV Meningkatkan kualiti perkhidmatan awam
Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) dilaksanakan pada peringkat sekolah.
Apakah matlamat pelaksanaan rancangan tersebut?
Bagaimanakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan pada tahun 1970 hingga 1990 dapat memberi keadilan kepada semua kaum?
Mengapakah agensi berikut ditubuhkan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga?
• Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
• Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Mengapakah Malaysia menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setelah mencapai kemerdekaan?
Mengapakah pemimpin dunia perlu menyokong tindakan Malaysia menentang Dasar Aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan?
Maklumat berikut berkaitan isu tuntutan sempadan dan hak milik bertindih yang melibatkan beberapa buah negara.
Wilayah tuntutan: Kepulauan Spratly
Negara terlibat: China, Vietnam, Brunei dan Filipina
Mengapakah kepulauan tersebut menjadi rebutan?
I Kesuburan tanah
II Kemajuan perdagangan
III Kepentingan geostrategik
IV Keluasan wilayah jajahan
Perjanjian berkaitan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ditandatangani pada sidang Kemuncak ASEAN 1992 di Singapura.
Apakah kepentingan perjanjian tersebut kepada Malaysia?