SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Rajah berikut berkaitan dengan undang-undang yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka. Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka: • Hukum Kanun Melaka • Undang-Undang Laut Melaka

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan dua perkara yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka.

      [2]
    2. (b)

      Undang-Undang Laut Melaka menjamin keselamatan dan urusan perdagangan di Selat Melaka. Jelaskan.

      [4]
    3. (c)

      Poster berikut berkaitan statistik jenayah di negara kita. [Poster: Statistik Jenayah Indeks Negara pada 2023. Sumber: Bernama, 25 Mac 2024] Beri ulasan anda.

      [4]
      Diagram for question 1 (c)
  2. Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihanraya Umum 1955.

    10 marks
    1. (a)

      Namakan dua wakil tempatan yang menyertai pembentukan kabinet tersebut.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan peranan kabinet pertama.

      [4]
    3. (c)

      Teliti gambar berikut. PENYATUAN BANGSA DALAM KABINET PERTAMA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1955 [Gambar. Sumber diubahsuai: https://www.fama.gov.my/] Bagaimanakah semangat perpaduan dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh kabinet pertama tersebut dapat menjadi teladan kepada masyarakat hari ini?

      [4]
      Diagram for question 2 (c)
  3. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa atau peranan yang luas dalam pemerintahan negara.

    10 marks
    1. (a)

      Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dilantik?

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan negara.

      [4]
    3. (c)

      Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara?

      [4]
  4. Rukun Negara dibentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 hasil pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dibentuk oleh MAGERAN pada 29 Januari 1970.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan dua prinsip Rukun Negara.

      [2]
    2. (b)

      Huraikan prinsip Rukun Negara di 4(a).

      [4]
    3. (c)

      Maklumat berikut berkaitan dengan lafaz ikrar Rukun Negara yang dibaca penuh bermula dengan mukadimah dalam program rasmi kerajaan. RUKUN NEGARA Bahawasanya negara kita Malaysia Mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Jelaskan mesej lafaz ikrar tersebut kepada rakyat Malaysia.

      [4]

Section B

  1. Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik bermula apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan faktor kedatangan Jepun ke negara kita.

      [4]
    2. (b)

      Pernyataan berikut berkaitan dasar yang dijalankan oleh pemerintahan Jepun di negara kita. • Dasar ekonomi • Dasar sosial Huraikan.

      [8]
    3. (c)

      Baca petikan berikut. Penjajahan bentuk baru era modenisasi ancaman negara Bentuk penjajahan moden yang muncul ketika ini dan semua negara di dunia terkena kesannya, yakni penjajahan baharu dalam bidang ekonomi, teknologi serta budaya. Anasir luar ini menggunakan pelbagai cara untuk menjajah semula dalam bentuk yang lebih canggih. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, hanya rasa cinta kepada negara membolehkan semua rakyat terus bekerjasama dan bersatu padu dalam menjaga nilai-nilai tempatan demi kedaulatan negara. Semangat perjuangan pahlawan kemerdekaan perlu digilap kepada generasi baharu supaya mengenal sejarah pejuang terdahulu. Sumber diubahsuai: Utusan Melayu, 30 Ogos 2022 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]
  2. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948 antara Sultan dengan Edward Gent, wakil kerajaan British di King's House, Kuala Lumpur. Sumber: Raja, Negeri dan Pelembagaan, Sejarah Masih Relevan

    20 marks
    1. (a)

      Mengapakah Perjanjian tersebut diterima oleh kedua-dua pihak?

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan pada 1 April 1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Februari 1948, meskipun telah melahirkan sebuah negara bangsa baru, namun dari segi perundangan dan struktur pemerintahannya memperlihatkan pertentangan yang ketara. Perlembagaan Malayan Union, memindahkan segala kekuasaan Raja-raja Melayu kepada Raja Britain sekaligus telah melenyapkan kedaulatan para baginda manakala dalam Perlembagaan Persekutuan 1948, kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan. Sumber: https://eprints.um.edu.my Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesannya terhadap pembinaan negara bangsa Malaysia.

      [8]
  3. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting untuk memastikan pembangunan dapat memberikan manfaat untuk kesejahteraan rakyat di seluruh negara. (a) Jelaskan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam aspek berikut:

    20 marks
    1. (a)(i)

      Kerjasama pembangunan sosioekonomi

      [4]
    2. (a)(ii)

      Kerjasama pemuliharaan khazanah negara

      [4]
    3. (a)(iii)

      Kerjasama penyediaan perumahan rakyat

      [4]
    4. (b)

      Teliti infografik berikut. [Infografik: Hubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia] Beri ulasan anda.

      [8]
      Diagram for question 7 (b)
  4. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka khusus untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan latar belakang DPN.

      [4]
    2. (b)

      Huraikan langkah kerajaan untuk menjayakan matlamat DPN.

      [8]
    3. (c)

      Teliti poster berikut. [Poster: Perindustrian berteknologi tinggi; Sistem pengangkutan moden; Kereta Nasional; Pembangunan pendidikan; Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2)] Jelaskan pencapaian DPN dan kesannya terhadap rakyat Malaysia.

      [8]
      Diagram for question 8 (c)
  5. Hubungan luar di negara bermula sejak zaman kerajaan Melayu lagi dan semakin jelas ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan hubungan luar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

      [4]
    2. (b)(i)

      Malaysia terlibat dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dalam usaha mengekalkan keamanan dan kemajuan sejagat. Terangkan pelibatan Malaysia melalui pertubuhan berikut: (i) ASEAN

      [4]
    3. (b)(ii)

      (ii) OIC

      [4]
    4. (c)

      Teliti maklumat berikut. Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk mengekalkan kedaulatan negara. Namun begitu pelbagai cabaran terpaksa dihadapi Malaysia untuk mengukuhkan dasar luarnya. Perubahan yang berlaku dalam politik pada peringkat antarabangsa memberi kesan besar kepada Malaysia. Pada bulan Mei 1974, Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke China. Pemimpin China telah menyokong cadangan Malaysia mewujudkan kawasan Aman Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara. China juga memberi jaminan tidak akan mengganggu urusan dalam negara khususnya berhubung dengan kegiatan pengganas komunis. Akhirnya wujud hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Perluasan pengaruh komunis di Indochina turut menyebabkan ketidakstabilan kepada rantau Asia Tenggara. Berlaku kebanjiran pendatang asing Kampuchea di Asia Tenggara. Pada era pentadbiran Tun Hussein Onn, terdapat lebih 50 000 orang pelarian Kampuchea di Malaysia. Bagi memastikan mereka benar-benar mendapat perlindungan, Tun Hussein Onn menempatkan mereka di Pulau Bidong, Terengganu. Malaysia telah menggerakkan usaha menyokong Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN di Bali, Indonesia bagi membincangkan pergolakan di Indochina. Sumber diubahsuai: Buku Siri Tokoh-Tokoh Sejarah, 2004 Mengapakah pemimpin Malaysia komited dalam mendepani cabaran bagi mengukuhkan dasar luar negara kita?

      [8]