Maklumat berikut berkaitan ciri rakyat dalam Kerajaan Melayu Melaka.
• Taat setia kepada sultan
• Mengakui kekuasaan sultan
• X
Apakah X?
Bagaimanakah sumber pendapatan dan kewangan Kesultanan Melayu Melaka diperoleh?
I Kegiatan perdagangan
II Pembayaran ufti
III Aktiviti pertanian
IV Sistem serah
Revolusi berikut berlaku di Barat.
• Revolusi Keagungan di England
• Revolusi Perancis
Apakah persamaan kedua-dua revolusi tersebut?
Raden Adjeng Kartini telah menulis karya berikut.
Habis Gelap Terbitlah Terang
Apakah isu yang dibincangkan dalam karya tersebut?
Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi bagi menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah yang diperlukan untuk operasi perangnya.
Bagaimanakah Jepun menangani sekatan tersebut?
Maklumat berikut merujuk individu yang menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
• Cekal membantu mangsa perang dan gerila di Perak
• Memberi bantuan ubat-ubatan kepada gerila anti-Jepun
Siapakah individu tersebut?
Apakah iktibar yang diperoleh daripada kegagalan British Military Administration (BMA) untuk memulihkan keadaan selepas perang?
Desakan kerajaan British terhadap Vyner Brooke telah membawa kepada penyerahan Sarawak kepada British.
Mengapakah British berminat untuk menguasai Sarawak?
Bagaimanakah reaksi PUTERA-AMCJA terhadap perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Mengapakah orang Melayu menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Bagaimanakah fahaman komunis dapat disekat daripada mempengaruhi rakyat di negara ini?
Mengapakah Parti Komunis Malaya menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis?
British memberi mesej bahawa kemerdekaan hanya akan diberikan apabila kerjasama antara kaum dapat diwujudkan.
Bagaimanakah untuk mencapai matlamat tersebut?
Siapakah yang memegang portfolio Hasil Bumi dalam Sistem Ahli?
Apakah proses yang membolehkan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan?
Bagaimanakah kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu berperanan ke arah berkerajaan sendiri?
I Mengurangkan kuasa pentadbiran British
II Membentuk kerjasama politik pelbagai kaum
III Melatih penduduk tempatan untuk mentadbir
IV Membincangkan isu keselamatan dalam negeri
Maklumat berikut berkaitan misi kemerdekaan.
• Berlangsung dari 18 Januari 1956 - 6 Februari 1956
• Di Lancaster House, London
Apakah peristiwa yang berlaku?
Mengapakah orang Melayu diberikan kedudukan istimewa di Tanah Melayu?
Mengapakah lambang berikut dicipta oleh kerajaan Persekutuan?
Mengapakah Rancangan Buku Merah diperkenalkan selepas negara mencapai kemerdekaan?
Apakah kepentingan konsep daulat dalam sistem politik Melayu tradisional?
I Memperkukuh kedudukan Raja-raja
II Memperluas peranan golongan pembesar
III Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat
IV Mengukuhkan kesetiaan rakyat terhadap raja
Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengukuhkan pertahanan negara?
Mengapakah British memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat pada abad ke-19?
Apakah yang menyebabkan berlakunya pindaan perlembagaan negara pada tahun 1963?
Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong memainkan peranan dalam bidang kuasa eksekutif?
Bagaimanakah pemerintahan beraja berperanan bagi mengimbangi pemerintahan demokrasi di negara kita?
I Bertindak dengan budi bicara
II Meredakan konflik pertikaian
III Mengamalkan sikap berkecuali
IV Berkuasa penuh dalam pentadbiran
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran di negara kita.
X
↓
Menyenggara jalan | Membangunkan perumahan awam | Mengindahkan kawasan
Apakah X?
Pada peringkat awal kemerdekaan, kerajaan telah melancarkan program In-Situ.
Apakah penekanan program tersebut?
Apakah manfaat pembentukan Malaysia 1963 kepada Sarawak dan Sabah?
I Kesatuan ideologi politik
II Keseragaman budaya
III Kemerdekaan negeri
IV Kemajuan ekonomi
Jawatankuasa berikut merupakan sebahagian daripada usaha pembentukan Malaysia.
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan kekejaman komunis.
Pengeboman Tugu Negara oleh PKM pada 26 Ogos 1975
Apakah tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan agar peristiwa tersebut tidak berulang?
Peristiwa berikut telah mengancam keamanan dan keharmonian negara.
Rusuhan kaum 13 Mei 1969
Apakah pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa tersebut?
Kajian Aminuddin Baki telah memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan.
Apakah kepentingan sistem tersebut?
Berikut adalah prinsip keempat Rukun Negara.
Kedaulatan Undang-undang
Apakah sikap warganegara Malaysia yang menepati prinsip berikut?
Pernyataan berikut berkaitan dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1971.
Mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum
Bagaimanakah strategi tersebut dapat dicapai?
Mengapakah Zon Perindustrian Bebas diwujudkan oleh kerajaan?
Malaysia memberikan kebenaran kepada PBB untuk membuka pejabat United Nation High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Kuala Lumpur.
Apakah fungsi organisasi tersebut?
Gambar menunjukkan penyertaan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel.
[Gambar]
Malaysia menjadi tuan rumah sukan Komanwel pada tahun 1998
Apakah manfaat penyertaan Malaysia dalam sukan tersebut?
Aktiviti pemerdagangan orang merupakan jenayah terancang yang turut berlaku di Malaysia.
Apakah tindakan kerajaan menangani isu tersebut?
Apakah cadangan Malaysia untuk melindungi benua Antartika?
I Diisytiharkan sebagai warisan manusia sejagat
II Mewujudkan pusat kajian saintifik antarabangsa
III Menghalang penerokaan oleh kuasa besar dunia
IV Ditadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu