SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Undang-undang ini diperkenalkan bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka

    10 marks
    1. (a)

      Namakan perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan perkara yang terkandung di 1(a).

      [4]
    3. (c)

      Teliti poster berikut. [Poster: "Kerajaan sambut baik titah DYMM Sultan Selangor yang mahu semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara" - YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri] Sumber : https://www.penerangan.gov.my Beri ulasan anda.

      [4]
      Diagram for question 1 (c)
  2. Pengenalan Malayan Union amat mencemaskan fikiran dan perasaan orang Melayu mengenai masa depan mereka. Sumber : Utusan Melayu, 12 Oktober 1945

    10 marks
    1. (a)

      Mengapakah orang Melayu menentang Malayan Union?

      [3]
    2. (b)

      Bagaimanakah rakyat menentang Malayan Union melalui Kongres Melayu?

      [3]
    3. (c)

      Baca pernyataan berikut. Semangat cinta akan negara harus ada dalam jiwa rakyat Malaysia. Sumber ubah suai : www.utusanborneo.com Beri ulasan anda.

      [4]
  3. "Kedaulatan merupakan perkara asas dalam sesebuah negara". Sumber: https://repo.uum.edu.my/

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan kepentingan mewujudkan negara yang berdaulat. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan perkara di 3 (a).

      [4]
    3. (c)

      Sebagai rakyat yang patriotik, apakah cadangan anda untuk mengekalkan kedaulatan negara?

      [4]
  4. Malaysia adalah sebuah negara yang aktif di persada dunia dengan keanggotaan dalam organisasi antarabangsa.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)?

      [3]
    2. (b)

      Jelaskan pelibatan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

      [3]
    3. (c)

      Teliti pernyataan berikut. Malaysia adalah sebuah negara bebas dan enggan mengikut sahaja mana-mana pandangan kuasa besar dunia. Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia Buktikan.

      [4]

Section B

  1. Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara termasuklah negara kita.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah yang anda faham mengenai nasionalisme?

      [4]
    2. (b)

      Huraikan peristiwa yang membawa kepada gerakan nasionalisme berikut: (i) Revolusi Keagungan (1688) [4 markah] (ii) Revolusi Amerika (1776) [4 markah]

      [8]
    3. (c)

      Bagaimanakah media massa menjadi pemangkin untuk mengukuhkan kedaulatan negara.

      [8]
  2. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani bagi membentuk sebuah negara yang merdeka.

    20 marks
    1. (a)

      Mengapakah pentadbir British menyokong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

      [6]
    2. (b)

      Terangkan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

      [6]
    3. (c)

      Baca petikan berikut. Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sumber: https://www.malaysia.gov.my Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap negara sekiranya perlembagaan negara tidak dipatuhi.

      [8]
  3. Kejayaan pemulihan ekonomi negara, kestabilan politik dan kesejahteraan sosial yang sedang dikecapi ketika ini, adalah hasil kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Sumber : www.sinarharian.com.my

    20 marks
    1. (a)

      Terangkan kerjasama dalam pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan oleh kedua-dua kerajaan tersebut selepas merdeka.

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan kerjasama dalam penyediaan perumahan rakyat selepas kemerdekaan di negara kita.

      [6]
    3. (c)

      Baca petikan berikut. Jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, sama ada seiring jajaran politik atau tidak, perlu diperkukuh demi kepentingan rakyat keseluruhannya. Kerajaan yang dibentuk ketika ini mempunyai makna lebih besar dalam memacu kemajuan dan pembangunan negara, justeru, perbezaan politik perlu diketepikan kerana ia hanya akan menimbul ketidakstabilan politik di negara kita. Ini untuk membentuk (Malaysia) menjadi sebuah negara yang stabil politiknya dan pertumbuhan ekonominya semakin rancak kerana akan menarik pelabur dari luar negara. Pertumbuhan ekonomi (negara) perlu diberikan keutamaan kerana yang penting adalah kesejahteraan rakyat dalam pelbagai aspek. Sumber diubah suai: www.astroawani.com Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan dan cadangkan langkah untuk memperkukuh sistem persekutuan di negara kita.

      [8]
  4. Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baharu dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Sumber : pmo.gov.my

    20 marks
    1. (a)

      Terangkan strategi pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara (DPN) di negara kita.

      [6]
    2. (b)

      Huraikan usaha kerajaan berdasarkan aspek berikut: (i) Pembasmian kemiskinan [3 markah] (ii) Penyusunan semula masyarakat [3 markah]

      [6]
    3. (c)

      Infografik berikut berkaitan perbelanjaan infrastruktur asas di negara kita. [Infografik: Merancakkan Pembangunan Negara - Keutamaan perbelanjaan infrastruktur asas antaranya: Kesihatan & Pendidikan; Tenaga; Rangkaian Jalan; Bekalan Air; Pengangkutan; Keterjaminan Makanan; Keselamatan Sempadan] Sumber : Bernama. 12 September 2023 Jelaskan maklumat yang terdapat dalam infografik tersebut dan kepentingan penyediaan infrastruktur yang selesa kepada rakyat.

      [8]
      Diagram for question 8 (c)
  5. Malaysia terus memperkukuh hubungan ekonomi dengan pengagihan dana pelaburan utama untuk mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tunggal. Sumber: https://www.astroawani.com

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan peranan Malaysia dalam hubungan ekonomi antarabangsa berikut: (i) Meluaskan pasaran ekonomi. [6 markah] (ii) Menangani masalah kemelesetan ekonomi [6 markah]

      [12]
    2. (b)

      Baca petikan berikut. Sesebuah negara harus bebas menentukan dasar yang terbaik demi kepentingan negara, tanpa menurut telunjuk kepada mana-mana pihak luar. Kehendak dan keperluan rakyat merupakan asas utama dalam merangka dasar negara, terutama dalam hubungan perdagangan dan ekonomi. Kita tidak boleh tunduk kepada mana-mana pihak dalam menentukan polisi kita. Kita perlu berpandukan kepada apa yang terbaik untuk negara kita, berpandukan aspirasi rakyat sendiri. Malaysia bekerjasama secara efektif dalam pelbagai bidang dan inilah haluan masa hadapan kita. Terdapat keperluan untuk memperluaskan jalinan kerjasama Malaysia dengan negara-negara Selatan Global. Usaha ini mampu membuka peluang baharu yang besar serta memanfaatkan potensi ekonomi yang belum diteroka di rantau ini. Kita perlu mengalihkan fokus sedikit daripada hanya mengutamakan rakan kongsi tradisional dan melihat potensi serta peluang baharu dengan Selatan Global. Sumber diubah suai: https://www.astroawani.com/ Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]