SPM Tuition
Subject
  1. Dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka terdapat Pembesar Berempat iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Apakah tugas Temenggung pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

  2. Berdasarkan Fasal 4 dalam Hukum Kanun Melaka, apakah kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman bunuh? I Menyelar tindakan raja II Memalsukan titah raja III Mengingkari arahan raja IV Mempersenda kurnia raja

  3. Gambar berikut menunjukkan tokoh nasionalis di Filipina. [Gambar: Jose Rizal] Apakah jasa tokoh tersebut?

    Diagram for question 3
  4. Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

  5. Maklumat berikut berkaitan dengan pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama • Kuasa Tengah • Pakatan Bertiga Apakah iktibar yang anda peroleh daripada Perang Dunia Pertama?

  6. Berikut ialah propaganda yang digunakan oleh Tentera Jepun sewaktu mara ke Tanah Melayu • Semangat Asia • Asia untuk Orang Asia Apakah tujuan propaganda tersebut?

  7. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Raja Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British? I Desakan Kerajaan British II Masalah perwarisan takhta III Eksploitasi kekayaan Sarawak IV Memenuhi permintaan penduduk

  8. Gambar berikut menunjukkan tokoh yang terlibat dengan anggota Rukun Tiga Belas. [Gambar: Rosli Dhobi] Apakah tindakan yang diambil oleh tokoh tersebut dalam Gerakan Antipenyerahan Sarawak?

    Diagram for question 8
  9. Maklumat berikut merujuk kepada proses ke arah mewujudkan negara berdaulat. 25 Julai 1946 – Penubuhan Jawatankuasa Kerja Apakah peranan jawatankuasa tersebut?

  10. Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 pada 21 Januari 1948. Mengapakah Raja-raja Melayu menandatangani perjanjian tersebut? I Syarat kewarganegaraan dilonggarkan II Taraf tanah naungan dikembalikan III Raja berkuasa dalam perundangan IV Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan

  11. Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua persidangan di Calcutta, India pada tahun 1948. • Persidangan Kongres Belia Asia • Persidangan Parti Komunis India Apakah kesan persidangan tersebut terhadap Parti Komunis Malaya?

  12. Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British menangani ancaman komunis di Tanah Melayu. Tarikh: 17 Jun 1948 | Peristiwa: Undang-undang Darurat diisytiharkan Apakah peristiwa yang menyebabkan undang-undang tersebut diisytiharkan?

  13. Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) • Dr. Burhanuddin al-Helmi • Ishak Haji Muhammad • Ahmad Boestaman Bagaimanakah tokoh tersebut berusaha untuk mencapai matlamat parti mereka?

  14. Rajah berikut berkaitan dengan penubuhan parti di Tanah Melayu X: • Terbuka kepada semua kaum • Tanah Melayu untuk Malayan • Kerjasama kaum dalam sesebuah parti Apakah parti X?

  15. Jadual berikut berkaitan dengan Keputusan Pilihan Raya Umum 1955. Nama Parti | Bilangan Calon | Kerusi dimenangi Perikatan | 52 | 51 Parti Negara | 30 | 0 Parti Islam Se-Tanah Melayu | 11 | 1 Mengapakah Parti Perikatan memenangi pilihan raya tersebut?

  16. Selepas Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, beberapa perubahan berlaku secara berperingkat di negara kita. Apakah kesan penubuhan Majlis tersebut? I Pengenalan Sistem Ahli II Pilihan Raya Bandaran dijalankan III Amalan demokrasi dalam pentadbiran IV Tunku Abdul Rahman mengetuai kerajaan

  17. Apakah gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

  18. Majlis Raja-raja Melayu telah menghantar sebuah memorandum kepada Suruhanjaya Reid. Apakah kandungan memorandum yang dicadangkan oleh Majlis Raja-raja Melayu tersebut?

  19. Apakah cabaran politik yang dihadapi oleh Kerajaan Persekutuan setelah merdeka?

  20. Jawatankuasa berikut ditubuhkan sebagai persediaan menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu. • Jawatankuasa Persediaan Fizikal Apakah tujuan Jawatankuasa Persediaan Fizikal diwujudkan bagi persediaan sambutan Kemerdekaan?

  21. Maklumat berikut berkaitan dengan jenis kedaulatan. Jenis Kedaulatan • Kedaulatan Moden • Kedaulatan Tradisional • Kedaulatan Undang-undang • X Apakah X?

  22. Maklumat berikut berkaitan usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara. • Kestabilan politik • Kemakmuran ekonomi Apakah langkah yang perlu diambil untuk mencapai usaha tersebut? I Meningkatkan kecekapan pentadbiran II Memodenkan aset ketenteraan III Mewujudkan lambang kebesaran negara IV Mengagihkan kekayaan negara secara adil

  23. Mengapakah undang-undang di negeri-negeri Melayu mengalami perubahan pada abad ke-19?

  24. Apakah pentadbiran yang memperkenalkan kewarganegaraan Persekutuan bagi kerakyatan berikut? • Rakyat Raja • Rakyat British

  25. Manakah antara berikut kuasa perundangan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara? I Mengisytiharkan darurat II Membubarkan parlimen III Melantik Jemaah Menteri IV Mengetuai Angkatan Tentera Malaysia

  26. Anggota Jemaah Menteri berpegang pada prinsip tanggungjawab bersama secara kolektif kepada Parlimen. Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang ahli Jemaah Menteri sekiranya tidak bersetuju dengan dasar kerajaan?

  27. Jadual berikut berkaitan perkembangan sistem pentadbiran Persekutuan di negara kita. Tahun | Pentadbiran 1896 | Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1927 | Penstrukturan Majlis Perundangan Persekutuan 1946 | Penubuhan Malayan Union Apakah kepentingan pembentukan sistem tersebut?

  28. Apakah perkara yang terkandung dalam senarai bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

  29. Maklumat berikut berkaitan dengan faktor pembentukan Malaysia. Faktor Pembentukan Malaysia • Keselamatan • Pembangunan Wilayah • X Apakah X?

  30. Mengapakah Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan?

  31. Apakah tanggungjawab Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)? I Mengembalikan keamanan II Mengembalikan keharmonian kaum III Memansuhkan Akta Hasutan 1948 IV Membantu penerbitan akhbar dan majalah

  32. Apakah usaha kerajaan bagi mengatasi ancaman komunis di Sarawak?

  33. Gambar berikut menunjukkan Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan pada tahun 1956. [Gambar: Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka] Apakah tujuan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka?

    Diagram for question 33
  34. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, institusi pendidikan swasta dikehendaki mengadakan pengajaran bahasa kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral. Apakah nilai yang ditekankan bagi langkah tersebut?

  35. Gambar berikut berkaitan Rancangan Buku Hijau yang telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974. [Gambar: Rancangan Buku Hijau] Apakah matlamat rancangan ini diperkenalkan?

    Diagram for question 35
  36. Zon Perindustrian Bebas merupakan kawasan perdagangan yang diberi pelepasan cukai atau tarif sebagai insentif. Apakah tujuan Zon Perindustrian Bebas diwujudkan?

  37. Apakah pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?

  38. Maklumat berikut berkaitan dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) yang ditubuhkan pada tahun 1961. Negara Anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) • Malaysia • Filipina • X Apakah X?

  39. Pelibatan Malaysia dalam Isu Palestin terbukti apabila Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga turut memberi pelbagai bantuan dan sumbangan. Apakah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tersebut?

  40. Mengapakah Malaysia bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi menubuhkan Rizab Sekuriti Makanan ASEAN?