Antara berikut yang manakah bukan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?
Apakah yang menyebabkan rakyat tidak akan menderhaka kepada pemerintah?
Istilah di bawah menjadi asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah Jepun semasa era Pemulihan Meiji.
Semangat Bushido
Apakah yang anda peroleh kesan daripada semangat di atas?
Jadual berikut menunjukkan tuntutan yang diminta oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS).
Persatuan: Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
Tuntutan: Kebajikan dan pendidikan orang Melayu
Apakah tindakan British untuk memenuhi tuntutan tersebut?
Pernyataan berikut berkaitan dengan sekatan ekonomi terhadap Jepun.
Amerika Syarikat telah menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah yang diperlukan untuk operasi perangnya.
Bagaimanakah Jepun menangani tindakan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan Dasar Pendudukan Jepun di negara kita.
Pentadbiran tentera Jepun memperkenalkan Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting untuk mengawal bekalan barangan.
Apakah kesan dasar tersebut kepada penduduk di negara kita?
I Menghasilkan ciptaan baharu
II Menjadikan rakyat lebih berdikari
III Memupuk semangat berjimat cermat
IV Mengimport makanan dari negara luar
Antara berikut yang manakah cara bantahan Raja-raja Melayu terhadap penentangan Malayan Union?
Pada tahun 1946, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British untuk menyerahkan Sabah menjadi tanah jajahan British. Mengapakah SBUB bersetuju menyerahkan Sabah kepada kerajaan British?
Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan politik di Tanah Melayu.
1 April 1946: Malayan Union
1 Februari 1948: Persekutuan Tanah Melayu 1948
Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Mengapakah pentadbir British menyokong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Jadual berikut menyenaraikan pasukan askar Komanwel di Tanah Melayu.
Tahun: 1954
Jumlah:
• 25 ribu orang askar Britain
• 10 ribu orang askar Gurkha
• Satu Batalion askar Afrika
Mengapakah pasukan keselamatan tersebut berada di negara kita?
Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan komunis.
• Bergerak pada waktu malam
• Tinggal di pinggir hutan
• Membekalkan makanan dan ubat-ubatan
Apakah anggota yang dikaitkan dengan aktiviti tersebut?
Rajah berikut berkaitan dengan hasil rundingan CLC ke arah berkerajaan sendiri.
Pilihan Raya Peringkat Persekutuan Tanah Melayu:
• Majlis Perbandaran
• X
• Majlis Perundangan Persekutuan
Apakah X?
Bagaimanakah Sistem Ahli dapat memperkukuhkan perpaduan rakyat?
Apakah syarat untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
I Berumur 21 tahun ke atas
II Berpendidikan sekolah Inggeris
III Berkhidmat dalam perkhidmatan awam
IV Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Persekutuan?
Wakil Parti Perikatan yang terlibat dalam rombongan kemerdekaan Tanah Melayu ke London terdiri daripada
I Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
II Encik Abdul Aziz Abdul Majid
III Dato’ Abdul Razak Hussein
IV Dr. Ismail Abdul Rahman
Maklumat berikut berkaitan dengan rombongan kemerdekaan Tanah Melayu ke London.
Rombongan Tanah Melayu diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau merancang perjalanan rombongan ke Karachi dengan menaiki kapal laut.
Apakah tujuan Tunku Abdul Rahman berbuat demikian?
Jawatankuasa Persediaan Fizikal dan Jawatankuasa Sambutan ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu.
Mengapakah persediaan tersebut penting?
Rancangan Buku Merah telah dilancarkan pada 25 Januari 1961.
Apakah tujuan Rancangan Buku Merah?
Kedaulatan tradisional merujuk kepada raja berkuasa mutlak yang mempunyai kuasa tertinggi. Bagaimanakah kedaulatan raja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka diperkukuh?
Maklumat berikut berkaitan dengan lambang-lambang negara kita.
• Jata Negara
• Lagu Kebangsaan
• Bendera Jalur Gemilang
Mengapakah rakyat perlu menghormati lambang negara?
Mengapakah pelaksanaan undang-undang penting kepada raja dan pembesar dalam urusan pemerintahan negara?
Apakah ciri-ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
I Pemerintahan beraja
II Kewarganegaraan
III Demokrasi Berparlimen
IV Kedudukan istimewa orang Melayu
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Apakah hak rakyat dalam sistem tersebut?
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara kita. Mengapakah kuasa pengimbang penting kepada seorang raja?
Senarai Bersama membolehkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang untuk perkara yang sama. Apakah perkara tersebut?
Bagaimanakah Sistem Persekutuan dapat memberi kestabilan kepada negara?
Berikut adalah tokoh Melayu yang mencadangkan idea penggabungan wilayah sejak sebelum Perang Dunia Kedua.
• Dr. Burhanuddin al-Helmi
• Ibrahim Haji Yaakob
• Ahmad Boestamam
Mereka mencadangkan supaya Tanah Melayu digabungkan dengan
Mengapakah Suruhanjaya Cobbold penting dalam menjayakan pembentukan Malaysia?
Malaysia menghadapi cabaran dalaman setelah pembentukan Malaysia. Apakah cabaran tersebut?
Apakah isu pembangunan ekonomi yang ingin diatasi melalui Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970?
Apakah faktor sejarah yang menjadi punca kepada masalah perpaduan kaum di negara kita selepas merdeka?
I Politik berasaskan kaum
II Pendidikan vernakular
III Penyebaran berita palsu
IV Penghijrahan imigran asing
Perkara berikut berkaitan dengan cadangan aktiviti kokurikulum dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
• Kegiatan persatuan
• Unit Beruniform
• Sukan dan Permainan
Mengapakah aktiviti kokurikulum diberi tumpuan?
Maklumat berikut merujuk kepada projek perindustrian berteknologi tinggi di negara kita.
Lokasi – Projek
Raub, Pahang – Stesen Janakuasa
Perak, Pulau Pinang – Besi Keluli
Limbungan, Pasir Gudang, Johor – Membaiki kapal
Apakah agensi yang mengendalikan projek perindustrian tersebut?
Mengapakah zon perindustrian bebas diwujudkan oleh kerajaan?
Apakah manfaat Rancangan Colombo kepada negara anggota Komanwel?
Deklarasi Kuala Lumpur diisytiharkan dalam Sidang Kemuncak NAM ke-13 pada tahun 2003 di Malaysia. Apakah isu yang dibangkitkan dalam deklarasi tersebut?
I Isu Palestin
II Isu pelarian
III Isu alam sekitar
IV Serangan Amerika terhadap Iraq
Kempen antiminyak kelapa sawit dilancarkan negara maju secara tidak langsung menggugat ekonomi negara kita.
Mengapakah negara maju melaksanakan kempen tersebut?
Mengapakah isu pelepasan gas rumah hijau menjadi agenda penting dalam Sidang Kemuncak Bumi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992?