Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Gambar di bawah menunjukkan penentangan individu terhadap penjajahan Jepun. [Gambar: Gurchan Singh; Sybil Kathigasu]
10 marks
- (a)
Berdasarkan gambar di atas, jelaskan tindakan mereka semasa menentang Jepun.
[4] - (b)
Penjajahan Jepun telah membawa kesedaran politik di Sabah dan Sarawak. Bincangkan pernyataan tersebut.
[2] - (c)
Pemimpin berwibawa mampu membawa kemakmuran kepada negara. Berikan pendapat anda.
[4]
Pada tahun 1949, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan oleh pentadbir di bawah pimpinan Sir Malcolm MacDonald. Penubuhan ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dan meningkatkan persefahaman antara masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.
10 marks- (a)
Apakah matlamat pembentukan CLC?
[2] - (b)
Huraikan peranan jawatankuasa tersebut dalam menyelesaikan pelbagai isu yang timbul akibat pertikaian antara kaum.
[4] - (c)
[Poster: Perpaduan kaum] Berdasarkan poster di atas, jelaskan usaha-usaha kerajaan bagi mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.
[4]
Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah mengukuhkan serta memantapkan negara bangsa kita yang bebas dan berdaulat.
10 marks- (a)(i)
Nyatakan dua takrif kedaulatan mengikut bahasa berikut. (i) Bahasa Yunani
[1] - (a)(ii)
(ii) Bahasa Inggeris
[1] - (b)
Jelaskan kepentingan mewujudkan negara berdaulat.
[4] - (c)
Teliti pernyataan berikut: “Kemerdekaan yang sebenar bukan sekadar pembebasan dari penjajahan, tetapi juga pengiktirafan dan penghargaan terhadap nilai-nilai agama dan budaya yang membentuk jati diri bangsa.” Sumber: http://isma.org.my Ulaskan pernyataan tersebut.
[4]
Rukun Negara merupakan ideologi yang dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan.
10 marks- (a)
Nyatakan dua prinsip Rukun Negara.
[2] - (b)
Jelaskan prinsip Rukun Negara di atas.
[4] - (c)
Rukun Negara bukan sekadar dilafazkan semasa perhimpunan sekolah tetapi perlu dihayati dan diamalkan. Sebagai seorang warganegara, bagaimanakah anda mengaplikasikan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan?
[4]
Section B
Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka. • Hukum Kanun Melaka • Undang-Undang Laut Melaka
20 marks- (a)
Jelaskan perkara yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka.
[6] - (b)
Undang-Undang Laut Melaka dilaksanakan oleh beberapa nakhoda Melaka iaitu Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak. Jelaskan mengenai Undang-Undang Laut Melaka sehingga membawa kemajuan kepada Melaka.
[6] - (c)
Baca maklumat dalam petikan. Negara Malaysia mempunyai jata yang menjadi lambang rasmi negara. Jata negara telah diperkenan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada tahun 1952. Sesebuah negara mestilah mempunyai identiti. Tanpa identiti, sesebuah negara itu tidak mempunyai karakter atau personaliti. Dalam hal ini, jata negara berfungsi sebagai identiti negara. Setiap warna, objek, binatang, dan cogan kata mempunyai maksud dan falsafahnya yang tersendiri. Selain menjadi identiti negara, jata negara juga berfungsi sebagai simbol perpaduan negara ini. Negara ini terbentuk daripada gabungan banyak negeri. Dalam jata ini, kewujudan setiap negeri dalam pembentukan negara ini diabadikan dalam bentuk keris, kepelbagaian warna, dan logo negeri masing-masing. Cogan kata yang berbunyi "Bersekutu Bertambah Mutu" dengan jelas menunjukkan penerapan unsur perpaduan. Selain itu, jata negara menjadi alat penyatupaduan semua rakyat daripada pelbagai negeri. Cogan kata pada jata menunjukkan bahawa rakyat digesa agar bersatu. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat yang bersatu padu akan melahirkan negara yang kuat dan stabil. Kestabilan negara ini akan mengekalkan keamanan dan keharmonian. Di samping itu, jata negara dapat meningkatkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat. Perbezaan negeri tidak menghalang rakyat Malaysia bersatu padu. Sebagai contoh, masalah bencana alam yang menimpa rakyat negeri Kelantan turut dirasai oleh rakyat negeri lain seperti Selangor dan Kedah. Masing-masing menghulurkan bantuan kepada rakyat negeri lain atas faktor kemanusiaan dan kekitaan. Kesimpulannya, jata negara ialah lambang negara yang sangat penting. Peranannya bukan sekadar menjadi identiti dan gambaran keperibadian negara malahan sebagai agen penyatuan rakyat. Sumber diubahsuai: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 muka surat 139 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingannya membina negara dan bangsa Malaysia.
[8]
Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibubarkan pada tahun 1955 untuk membolehkan kerajaan mengadakan pilihan raya umum buat pertama kalinya bagi memilih ahli-ahli untuk mewakili rakyat di Majlis Perundangan Persekutuan. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahli_Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
20 marks- (a)
Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan pilihan raya yang pernah diadakan di Persekutuan Tanah Melayu sepanjang tahun 1951 hingga 1955.
[4] - (b)
Bagaimanakah proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dilaksanakan?
[8] - (c)
Pada pandangan anda, mengapakah pilihan raya penting bagi menentukan kestabilan dan hala tuju sesebuah negara?
[8]
Amalan demokrasi di Malaysia boleh dilihat dengan jelas menerusi pilihan raya yang dijalankan sejak negara mencapai kemerdekaan. Selain itu, asas kebebasan asasi menjadi tunjang kepada amalan demokrasi termaktub dalam Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan. Sumber: Kamarulnizam Abdullah (ed), Malaysia dalam Hubungan Antarabangsa Serantau, Penerbit Universiti Utara Malaysia
20 marks- (a)
Terangkan amalan demokrasi di Malaysia dilaksanakan melalui proses pilihan raya.
[4] - (b)
Jelaskan kebebasan asasi di negara kita berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
[8] - (c)
Teliti petikan berikut. Dalam konteks kehidupan bermasyarakat dan bernegara, undang-undang mempunyai peruntukan yang mengawal kebebasan rakyat supaya kehidupan bermasyarakat tidak menjadi huru-hara. Kawalan yang dilaksanakan bertujuan menjamin kerukunan, keharmonian dan solidariti serta keselamatan negara supaya tidak diganggu-gugat oleh anasir subversif. Oleh itu, untuk memastikan ada kawalan terhadap perkara tersebut, maka di bawah Perkara 10(2) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Parlimen boleh menggubal undang-undang untuk mengenakan sekatan yang perlu demi kepentingan keselamatan negara. Undang-undang itu diwujudkan untuk mengawal aktiviti berkaitan hak asasi supaya tidak membawa mudarat kepada negara dan masyarakat. Sumber diubahsuai: www.utusan.com.my Berikan ulasan anda berkaitan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]
Malaysia turut memberi perhatian dalam hubungan di peringkat serantau khususnya dalam pertubuhan ASEAN.
20 marks- (a)
Huraikan latar belakang pertubuhan ASEAN.
[6] - (b)
Bagaimanakah Malaysia berperanan menangani masalah politik negara-negara Asia Tenggara terutamanya dalam pertubuhan ASEAN?
[6] - (c)
Baca petikan berikut. Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk mengekalkan kedaulatan negara. Namun begitu, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi Malaysia untuk mengukuhkan dasar luarnya. Perubahan yang berlaku dalam politik pada peringkat antarabangsa memberi kesan besar kepada Malaysia. Pada bulan Mei 1974, Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke China. Pemimpin China telah menyokong cadangan Malaysia mewujudkan kawasan Aman Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara. China juga memberi jaminan tidak mengganggu urusan dalam negara khususnya berhubung dengan kegiatan pengganas komunis. Akhirnya wujud hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Langkah Tun Abdul Razak ini diikuti oleh negara-negara ASEAN yang lain. Dasar luar Tun Abdul Razak berjaya membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang bebas serta dapat memberi sumbangan kepada rantau Asia Tenggara. Perluasan pengaruh komunis di Indochina turut menyebabkan ketidakstabilan kepada rantau Asia Tenggara. Berlaku kebanjiran pendatang asing Kampuchea di Asia Tenggara. Pada era pentadbiran Tun Hussein Onn, terdapat lebih 50,000 orang pelarian Kampuchea di Malaysia. Bagi memastikan mereka benar-benar mendapat perlindungan, Tun Hussein Onn menempatkan mereka di Pulau Bidong, Terengganu. Malaysia telah menggerakkan usaha menyokong Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN di Bali, Indonesia bagi membincangkan pergolakan di Indochina. Sumber: Diubah suai dari buku Siri Tokoh-tokoh Sejarah, 2024 Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]
Malaysia yang mengamalkan sifat terbuka berhadapan dengan pelbagai isu di peringkat global. Walau bagaimanapun, kebijaksanaan pemimpin telah membolehkan negara kita menempuh cabaran tersebut dengan cemerlang.
20 marks- (a)(i)
Jelaskan langkah yang diambil oleh kerajaan kita menghadapi isu global berikut: (i) Penyalahgunaan dadah
[4] - (a)(ii)
(ii) Pertindihan sempadan
[4] - (a)(iii)
(iii) Kempen antiminyak sawit
[4] - (b)
Teliti petikan berikut. Peningkatan kes pemerdagangan manusia dan penyeludupan masuk pendatang memberi kesan negatif kepada ekonomi negara. Ia mencemarkan nama baik Malaysia dalam arena antarabangsa melainkan jika kerajaan menyediakan lebih banyak sumber daripada segi kewangan dan modal insan bagi membanteras kegiatan haram ini. Selain mengancam undang-undang dan keselamatan negara, kes-kes tertentu juga mencetuskan pertikaian diplomatik antara negara berhubung layanan terhadap mangsa penyeludupan. Sumber: http://www.malaysiakini Berikan komen anda.
[8]